Monday, January 12, 2009

Pesta kutuk Medinet Yisra'el

Sejak negara haram Yahudi- Medinet Yisra'el ditubuhkan melalui rampasan kuasa ke atas British Mandated Palestine oleh pengganas Yahudi pada 14 Mei 1948, tidak pernah sehari umat Islam Palastin aman daripada bangsa laknat itu. Terbaru, korban tentera Yahudi sudah hampir mencecah 1000 nyawa terutama dari kalangan kanak-kanak, para wanita dan orang yang tidak berdaya. Tanda-tanda bangsa angkuh yang sentiasa di bela oleh Amerika akan berhenti menyembelih mangsa tidak kelihatan. Dunia seluruhnya sebagai merestui tindakan zalim tersebut. Tiada tindakan yang dikira boleh merencatkan tempo kejahatan Yahudi kecuali keinginan mereka untuk berehat seketika.

Tindak balas masyarakat antara bangsa mengutuk kekejaman bagaikan pesta kutukan yang menyebabkan bangsa itu lebih kejam dan hilang sifat kemanusiaannya. Tidak ada media yang tidak memaparkan imej mangsa kekejamannya. Para seniman akan segera berkarya, bersajak, berteater yang semua mengecam tindakan zalim itu. Para aktivis kemanusian sibuk demonstrasi, menghantar bantuan kemanusiaan, memunggut derma dan sebagainya. Umat Islam akan adakan upacara solat hajat dan sebagainya. Riuh suara menganjurkan supaya memulau barangan keluaran negara Israil . Malah ada yang beusaha memikirkan bentuk tindakan yang boleh memberi pengajaran kepada bangsa yang angkuh itu. Semua pesta kutukan itu akan segera tamat apabila Israil berhenti mengganas. Keadaan menjadi reda seketika.

Variasi yang mewarnai pesta kutukan daripada seluruh dunia itu sepatutnya boleh merencat keangkuhan mereka. Kuatkah negara Israil untuk tunduk kepada tuntutan antara bangsa? Bangsa Yahudi bukan suatu bangsa yang kuat malah diyakini amat pengecut. Masalahnya kita sungguh-sungguh tidak pernah menentang Israil kecuali berpesta mengutuknya kerana:-

1) Tidak ada mana-mana kerajaan Arab atau negara Umat Islam yang mengancam Israil dengan kelengkapan persenjataan. Malah terlalu akur dengan tipu muslihat perjanjian sehingga gagal membuka sempadan negara masing-masing walaupun atas alasan bantuan kemanusiaan.

2) Sesungguhnya rakyat dan bukan kerajaan negara umat Islam yang menentang Israil dengan segala keupayaan dan keterbatasan. Malah kegiatan rakyat agak terbatas dikawal dan dipantau oleh kerajaan. Kerajaan sanggup membunuh rakyatnya yang dikira melampau membuat tuntutan mengutuk Israil.

3) Israil berperang dengan rakyat Palastin dan bukan dengan rakyat Palastin yang berkerajaan. Kalau di Malaysia, yang berperang dengan Israil ialah sekadar unit Amal Pas dan bukan kerajaan Malaysia. Kita tak tahu apa perasaan saudara sesama Islam apabila pejuang Hamas berperang dengan Israil sedangkan tangan mereka terbelenggu dan tidak sama membantu.

4) Kerajaan negara umat Islam terbelenggu di bawah tekanan Amerika Syarikat, di mana mereka cuba mengawal emosi dan tindakan rakyat yang menentang Israil pada tahap yang tidak merbahayakan entiti haram tersebut.

5) Negara umat Islam sendiri adalah dikuasai oleh golongan sekular yang dirantai oleh keinginan untuk hidup sejuta tahun dan takutkan kematian. Mereka terlalu merwah untuk menyahut seruan jihad.

6) Mereka boleh mengeluarkan bantuan berjuta-juta dollar AS atas nama bantuan kemanusiaan kepada mana-mana negara yang ditimpa musibah tetapi sekadar menyuruh rakyat berderma, solat hajat, membuat kutukan untuk melahirkan simpati ke atas saudara segama yang dicincang dan dihina. Berdemonstrasi lebih-lebih kena tangkap.

7) Rakyat hendaklah faham bahawa tindakan keatas Israil pasti berjaya melalui praktikal jihad dan hanya mampu digerakkan oleh kerajaan yang dipimpin oleh golongan yang ada roh dan semangat jihat Islam dan bukan pemimpin projek.

Permulaan menentang Yahudi di Malaysia ialah berusaha mengganti kerajaan sekular Umno dengan kerajaan Islam yang diketuai oleh Pas.

2 comments:

Muhammad Baihaqiey Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Baihaqiey Ahmad said...
This comment has been removed by the author.