Sekitar pukul 1.00 pagi hingga 5.00 pagi telah berlaku bebrapa rompakan di Daerah Setiu, Terengganu. Daerah kecil yang rata-rata penduduknya miskin, masih menjadi sasaran perompak sejak beberapa tahun kebelakangan. Sasaran perompak ialah rumah yang kelihatan mewah walau isi rumahnya belum tentu mewah. Biasanya para kaki tangan kerajaan yang membuat pinjaman perumahan selalu menjadi sasaran. Sekarang rumah sesiapa sahaja boleh dijadikan sasaran walaupun rumah pegawai polis paling tinggi.
Dalam kejadian di antara pukul 4. 00 pagi hingga 4.45 pagi tadi rumah sepasang guru di antara yang menjadi sasaran. Tahniah kepada anggota keselamatan yang segera sampai sebaik menerima laporan walaupun, agak sukar untuk melihat hasilnya. Kita sedar terlalu banyak kerja anggota keselamatan kita yang kini dalam keadaan sibuk dan tertekan. Beban kerja mereka makin bertambah terutama kerja-kerja PRK P 36 Kuala Terengganu. Pihak berkuasa polis khabarnya telah menghantar sekitar 6,000 anggota ke kawasan Kuala Terengganu dan mungkin akan mendapat tambahan lebih sedikit masa nanti.
Walau bagaimanapun kita menjadi keliru berkenaan tugas dan tanggung jawab polis dalam situasi begini. Kerahan anggota yang relatifnya ramai memungkinkan andaian bahawa tidak selamatnya suatu pilihan raya kecil di Malaysia. Peristiwa di Permatang Pauh telah melakar situasi tegang di antara polis dengan penyokong pembangkang. Mereka tidak mampu untuk melihat polis sebagai anggota keselamatan yang dapat memberi layanan yang adil kepada semua pihak.
Kita mengharapkan anggota keselamatan dapat meningkatkan tahap profesionalismanya dalam menghadapi keadaan yang mungkin tegang di Kuala Terengganu nanti. Esok di hari penamaan calon, pihak keselamatan diharap akan bertindak cekap untuk menangani setiap provokasi pihak yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Kenyatan ini tidak terlalu bebal kerana pemimpin Umno biasanya merujuk sesuatu suasana tegang dan mengaitkannya dengan pembangkang. Walaupun ketua Polis Negara memberi amaran kepada semua pihak yang terlibat, kerahan anggota yang begitu ramai selalu menjurus kepada menekan pihak pembangkang. Rentetan masa lebih 51 tahun merdeka tidak mampu mendewasakan polis. Bunga-bunga tekanan ke atas suatu pihak mula terasa di Kuala Terengganu. Kita amat berharap tuduhan negatif terhadap polis sebagaimana dalam peristiwa Batu Buruk, melepaskan bom asap di masjid Batu Enam dan yang seumpamanya tidak berlaku. Polis mesti profesional, dan kelihatan dan dianggap adil oleh semua pihak.
Sesungguhnya dalam apa keadaan sekalipun, rakyat amat bergantung harap kepada anggota keselamatan. Maka polis mesti bertindak sebagai anggota yang dibayar gaji daripada cukai yang dibayar oleh semua rakyat Malaysia. Amat tidak adil jika terlalu menurut kehendak Umno dan komponennya dalam menghadap pertelingkahan rakyat yang sah di sisi perlembagaan negara.
Sesungguhnya kita bimbang, anggota keselamatan kita sudah hilang fokus. Kejadian jenayah yang kian meningkat dan layanan yang kelihatan tidak adil tidak menjamin institusi yang begitu mulia diharmati di kalangan rakyat Malaysia.
SELAMATKAN MALAYSIA.
UNDILAH PAS
No comments:
Post a Comment