Sunday, January 4, 2009

Kebijaksanaan Bakal Perdana Menteri...

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka akan menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam mac 2009 nanti. Penyokong Umno tentunya ghairah menunggu kepimpinan Najib. Ketika
menunggu kepimpinan Mr clean, orang Umno merasakan Abdullah akan membaiki segala onar lalu di bawah Dr Mahathir. Hasilnya, dalam pilihan raya 2004 BN di bawah Abdullah menang besar. Dalam pilihan raya 2008, kemurkaan rakyat kepada Abdullah menyebabkan BN kehilangan majoriti dua petiga di Dewan Rakyat.

Wajah Najib sebelum mengambil alih jawatan penting itu berbeza dengan Abdullah. Najib dikirakan amat comot dengan pelbagai tuduhan. Sehinga kini wajahnya kian cemar dengan tindakan beliau yang dikirakan tidak menghormati kehendak majoriti rakyat. Sejak diura-urakan mengambil alih jawatan penting itu sudah beberapa kali Najib kelihatan tersasul . Pembentangan bajet tambahan, penangguhan pengswastaan IJN dan pelbagai lagi hampir manampakkan wajah sebenar Najib.

Pada saya Najib tidak begitu bijak untuk menjadi seorang Perdana Menteri. Kenyataan beliau mengenai perbezaan dasar dan idealogi PAS, DAP dan Keadilan yang membentuk Pakatan Rakyat melucukan. Perbezaan dasar dan idealogi ditonjolkan oleh Najib sebagai asas pergolakan dalam Pakatan Rakyat. Berdasarkan kenyataan Najib, adakah UMNO, MCA, MIC dan lain-lain anggota kompenen Barisan Nasional mempunyai dasar dan idealogi yang sama? Persamaan dasar dan idealogi komponen Barisan Nasional menyebabkan tidak ada pergolakan di dalamnya? Maka UMNO, MCA atau MIC juga mempunyai tuntutan dan kepentingan yang sama? Atau itukah gambaran sebenarnya kemandulan BN membenihkan isu untuk menghadapi Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS dalam PRK P36 nanti setelah beberapa isu yang dicipta seperti liwat dan sumpah laknat telah mengorbankan UMNO sendiri di Permatang Pauh?

Nampaknya rakyat menjadi semakin faham dengan perbezaan dan persamaan dalam kesatuan Pakatan rakyat. Dasar dan idealogi mereka tidak pernah berbeza dalam soal-soal pembahagian khazanah negara yang adil, memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, keadilan, ketelusan sistem kehakiman dan sebagainya tetapi mereka boleh berbeza dalam beragama, dan mengamalkan budaya masing-masing . Mereka akan tetap menghormati anutan dan amalan agama dan kebudyaan semua pihak. Lebih menarik ialah kefahaman anggota Pakatan rakyat begitu ketara bila Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran dalam kenyataannya menghormati pendiri PAS dalam perlaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika hudud dilaksanakan. Adalah memalukan bila UMNO gagal memberi kefahaman berkenaan toleransi beragama dan berbudaya dalam Islam sebagaimana berjaya PAS memberi kefahaman kepada anggota dalam Pakatan Rakyat. Dan lebih memalukan ialah UMNO gagal menjadikan hudud sebagai modal kempen di Kuala Terengganu 17 Januari nanti.

Jadinya, orang UMNO perlu memikirkan secara serius untuk tidak memberi amanah kepada Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK P36 Kuala Terengganu boleh dijadikan masej yang jelas kearah itu. Seperti Najib, Wan Ahmad Farid agak naif untuk memikul amanah sebagai anggota Parlimen Kuala Terengganu. Haji Mohd Abdul Wahid Endut adalah pilihan yang paling tepat.

No comments: