Friday, December 25, 2009

HARI NATAL.


SALAM SATU MALAYSIA TU APA?
APAKAH BUDAYA MENJADI SATU?
JUGA TANPA HAK KEYAKINAN INDUVIDU?
NAJIB UNTUK MENJAWABNYA BAGAIKAN KELU!

PERLUKAH KAMI MENGHARAPKAN KEPIMPINAN NAJIB YANG KELIRU?
KE DESTINASI DAN HALA TUJU!
RAKYAT MALAYSIA BERKETUAKAN SEORANG TANPA RESTU!
MENGKHIANATI PERJUANGAN ORANG TERDAHULU.

KEPADA SELURUH PENGANUT AGAMA NASRANI, MOGA ANDA BERGEMBIRA
MENYAMBUT HARI NATAL.

Saturday, December 19, 2009

Tahun Hijrah 1431

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah. Peristiwa penting dalam sejarah perjuangan Rasulullah dan umat Islam. Kehadirannya disambut dan sering dilihat sebagai tanda perubahan ke arah kebaikan.

InsyaAllah.Peristiwa paling menarik pada tarikh itu ialah kejayaan nabi Muhammad menyatukan dan mempersaudarakan masyarakat Arab Ansar dan Muhajirin. Penyatuan yang hebat didasarkan kepada iman dan penolakan sebarang bentuk amalan jahiliah. Nabi berjaya dan tidak pernah ada kejayaan sepertinya dalam mana-mana sejarah peradaban dunia. Nabi menolak dan tidak mengajak mereka bersatu di bawah payung nasionalisma Arab walaupun semua orang Arab beci kepada kaum Yahudi yang menguasai ekonomi Madianah pada ketika itu.

Sewajarnya sempena peristiwa basar ini, para pemimpin negara bercakap tentang perpaduan umat Islam. Seruan supaya Umat Islam bersatu padu dan meningkatkan perhubungan silaturahim tanpa mengira fahaman politik, darjat dan kedudukan. Begitu mudah mereka menjadikan peristiwa Hijrah Nabi sebagai "modul" perpaduan tapi untuk seketika sebagai pemanis mulut ketika sambutan perayaan. Kemudian mereka lebih selesa dengan modul Biro Tata Negara (BTN) yang direka khusus oleh para "opportunist rasis" untuk kepenting kelompok sendiri.

Lidah bercabang para pemimpin menyebabkan seruan "suci" dan disandarkan peristiwa Hijrah Nabi dan wahyu Illahi gagal mengetuk pintu sanubari umat Islam. Mereka akan terus berbeza fikrah dan menjadikan perbezaan itu sebagai tembok yang menghalang mereka bersatu padu. Amat mudah khutbah, ucapan, seruan dan selogan mengajak umat Islam bersatu padu, tapi apakah sandaran untuk mereka bersatu padu? Jika nabi menolak persaudaran di atas dasar kufur dan jahiliah, maka apakah para pemimpin dan mereka yang keliru akan cuba mengajak mereka meningkatkan persaudaran di atas dasar nasionalisma yang nabi tolak serta mengharapkan kejayaan sebagaimana kejayaan nabi?

Umat Islam pastinya amat berharap untuk melihat persaudaran Islam sebgaimana diasaskan dan dibayangkan oleh nabi bahawa persaudaran dalam Islam laksana satu jasad, bila satu bahagian merasa sakit semua turut merasa sakit dan sama-sama berjaga malam. Maka bagaimana kenyataan ini boleh dinyatakan jika:

1) Pemimpin menolak dasar perjuangan Islam yang asakan oleh nabi dan berbangga dengan nasionalisma Melayu yang terlarang oleh ajaran Islam.

2) Nabi menolak amalan kufur dan jahiliah, maka bagaimana kita mampu bersatu menyahut seruan dan amalan jahiliah yang ditaja dan disokong oleh para pemimpin?

3) Nabi tidak pernah menyuruh bermusuhan dengan penganut agama lain malah menghormati keyakinan mereka kecuali jika cahaya agama Allah itu terhalang untuk berkunjung secara bebas kesetiap sanubari umat manusia. Maka apakah standard toleransi beragama yang diamal oleh pemimpin sehingga Islam dipersenda dan dihina oleh sesiapa sahaja?

4) Mampukah rakyat yang tertindas dan sengaja ditindas serta dinafikan perlbagai hak oleh para pemimpin setiap peringkat untuk berlapang dada serta menyahut seruan pemimpin ( beragama Islam) untuk meningkat persaudaran Islam dan merealisasi semangat Hijrah nabi?

5) Tidak malukah para pemimpin "memintal" lidah menyeru rakyat ke arah kebaikan dan mencegah mungkar sedangkan semua rakyat sedia menghidu "hanyir" dosa mereka terhadap diri sendiri, rakyat dan negara?

Hijrah datang setiap tahun. Semangat hijrah akan selamanya malap menjelang senja setiap setiap hujungnya dan umat Islam terus lemah untuk membaca rencana jahat musuh sama ada dari luar dan dari kalangan umat Islam sendiri. Maka setelah lebih 50 tahun menyambut Hijrah di bawah kepimpinan Umno Barisan Nasional, maka apakah umat Islam masih yakin dengan keberkesanan parti itu untuk mengembalikan maruah umat Islam?

Garapkan "semangat hijrah" 1431 Hijrah untuk menolak Umno/BN dan menghukum para pemimpin yang jahat.

Wednesday, December 16, 2009

Perangai orang Kalah.

Sesiapa yang tidak pernah buta, tidak mengerti erti melihat. Sesiapa yang tidak pernah pekak tidak mengerti erti mendengar. Sesiapa yang tidak pernah bisu, tidak mengerti erti bercakap. Begitu dengan nikmat yang begitu banyak tidak pernah dimengerti ertinya oleh pemunya.

Umno dengan segala kuasa dan kemewahan tidak pernah mengerti erti berkuasa dan memiliki kuasa. Sekali jika parti itu tidak lagi berkuasa seperti di Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan seketika dahulu di Perak, mereka merasai sakitnya kehilangan kuasa dan erti kehilangan kuasa yang sebenar.

Pas dan Pakatan Rakyat yang biasa kalah dan terbiasa dengan kekalahan memahami erti kehilangan kuasa. Tidak hairan jika orang yang terbiasa dengan ketiadaan kuasa berperangai seperti orang yang tidak berkuasa, mudah "melatah" dan merasakan benarnya sumber pihak yang ada kuasa. Peluang sebegini digunakan oleh Umno yang berkuasa untuk mencipta "retak tari" untuk menjarakkan parti Pas dan Pakatan Rakyat dari medan kuasa. Tidak ramai yang peka untuk menyadari dan memahaminya. Saat Pas dan Pakatan Rakyat dikuasai oleh golongan ulama dan profesional, perangai orang kehilangan kuasa jelas dalam cara bercakap dan bertindak. Jenuh pemimpin dan cerdik pandai cuba menyadarkan mereka berkenaan duduk perkara, tetapi perangai orang kalah bagaikan sebati dengan jiwa mereka.

Kita sepatutnya merasa bangga dengan kepimpinan Pas dan Pakatan Rakyat. Bila Umno kata Tun Mahathir tua dan melepaskan kuasa, kita juga merasakan Tok Guru Nik Aziz tua dan patut meniru Tun Mahathir. Bila Umno ghairah menukar dan menghambat Tun Abdullah Badawi kerana lemah dan lembik, kita juga merasakan Tok Guru Haji Hadi juga lemah dan lembik. Begitu juga DS Anwar Ibrahim, ada orang Pas dan Pakatan Rakyat merasakan tokoh berkarisma ini perlu berhenti. Jelas sekali hebatnya jiwa orang yang menang, sentiasa mengungguli keadaan. Itulah Umno, dalam keadaan tenat kita tidak nampak bahawa parti itu sudah mereput kelubang "kolonnya".

Kenapa ketika mata masih nyalang, telinga belum tuli, lidah belum belum bisu dan selera belum punah kita tidak mensyukurinya. Kenapa kita terikut-ikut dengan perangai Umno yang kita tentang mereka kerana perangainya itulah. Bukankah kita ada dasar dan pegangan dalam setiap situasi dan permasalahan. Cenderungkah kita untuk berhukum dengan peraturan jahiliah yang menjadi anutan Umno?

Thursday, December 10, 2009

Apakah Umno untuk kini dan selamanya?

Tun Mahathir melihat Umno sebagai parti politik yang rosak teruk, (mereput?) hingga ke usus. Umno dan kepimpinan yang "mereput" itu, kini menjadi pemerintah di Malaysia. Logik Tun Mahathir mudah, kerana menjaga kedudukan ahli Umno akan segera mencantas pesaing yang lebih berkualiti (berwibawa/berkarisma) daripadanya. Pengerusi cawangan akan memastikan ahli Umno bukan daripada mereka yang mampu menggugat kedudukannya sebagai ketua, begitu juga di peringkat bahagian dan seterusnya. Akhirnya Umno dipimpin oleh mereka yang lemah di semua peringkat.

Teori sejarah ilmu mempertahankan diri orang Melayu sekali lagi menjadi sandaran andaian Tun Mahathir. Mahaguru silat Melayu tidak akan memberi semua ilmu persilatan kepada muridnya, kerana bimbang muridnya itu akan belot. Akhirnya ilmu persilatan Melayu yang unggul tinggal hampas dan tidak mungkin dibanggakan.

Mahathir sendiri sebenarnya mempraktikkan teori tersebut semasa mengendalikan Umno ketika 22 tahun ketika berkuasa. Hasilnya memang jelas, kabinat yang diketuai oleh Umno dipimpin oleh perasuah , pemabuk, penzina malah pembunuh. Tun Mahathir mencorakkan semuanya. Tindakan mencantas dan enggan memberi laluan kepada tokoh yang berwibawa diamalkan sendiri oleh Tun Mahathir.

Tun Mahathir akan memastikan Ketua Hakim Negara yang berwibawa disingkirkan. Kini siapa yang menghormati sistem kehakiman Malaysia yang berketuakan seorang yang diragui integritinya. Tun Mahathir meninggalkan legasi Linggam dalam sistem kehakiman di Malaysia.

Tun Mahathir seorang tokoh yang hebat dan mencemburui kehebatan orang lain. Tun Mahathir tidak segan silu untuk memecat 3 orang timbalan beliau sehingga Umno tidak berupaya menemui seorang tokoh yang hebat kecuali Tun Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak. Siapa yang mampu keluar dari kongkongan bayangan kehebatan Tun Mahathir kerana beliau telah mempastikan Umno sehingga ke pringkat tertinggi dianggotai oleh segolongan manusia yang lemah.

Jika hari ini Tun Mahathir kesal dengan keadaan Umno, beliau seharusnya menyesali peranannya merosakkan parti itu. Maknanya, adalah suatu tindakan yang bijak dan berpandangan jauh seorang tokoh ketika Tunku Abdul Rahman Putra memecat Tun Mahathir dari Umno. Tindakan Tun Razak membawa Mahathir kembali ke pangkuan Umno adalah silap sebagaimana silapnya rakyat Malaysia melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Malaysia telah mencapai standardnya tersendiri dan Mahathir seorang tokoh yang benar-benar mencorak standard "koman" Malaysia berbanding negara-negara sekelasnya seperti Korea Selatan atau Thailand dalam apa bidang sekalipun. Maka apa pula standard yang kita akan berikan kepada barisan kabinet Malaysia hari ini. Begitu pula tahap kecelaruan dan salah urus dalam pentadbiran negara kini. Rakyat Malaysia semestinya memikirkan nasib mereka yang lebih baik di bawah Pakatan Rakyat. Rakyat seharusnya lebih yakin dengan pemimpin Malaysia daripada Pakatan Rakyat daripada memperjudikan nasib mereka ditadbir urus oleh sebuah parti yang kian nazak.

Terima kasih Tun Mahathir. Rakyat Malaysia pasti boleh lakukan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Umno.

Friday, November 20, 2009

Omong kosong.

Rakyat diutamakan , pencapaian didahulukan. Najib merasakan Umno dibawah pimpinannya akan berjaya memulihkan imej parti itu yang kian buruk. Selogan kosong itu seperti juga konsep tajaan beliau "satu Malaysia" yang keliru dan mengelirukan hala tuju negara. kepelbagaian bangsa, budaya dan anutan agama menyebabkan acuan satu Malaysia lebih kabur. Sekabur pemahaman Najib berkenaan hamba dan rakyat itu sendiri.

Jika Najib faham bahawa rakyat itu adalah hamba Allah maka beliau sebagai hamba yang Allah beri amanah untuk memimpin hambaNya sesuai dengan petunjukNya. Najib semestinya memberi keutamaan setiap rakyat iaitu mencapai keridhaan Allah. Kemana rakyat Malaysia yang menjadi hamba Allah hendak Najib bawa dengan dasar Umno yang kian tersasar daripada ajaran Allah.

Untuk mengembalikan keyakinan rakyat Najib semestinya:-

1) Menjelaskan dan membersihkan diri dan isterinya daripada isu pembunuhan model Monggolia, Altantuya.

2) Membersihkan SPRM dan tidak memperalatkan badan tersebut untuk kepentingan politik diri dan Umno.

3) Menjadikan SPR sebagai badan yang benar-benar bebas dan bersih daripada segala tindakan memihak kepada Umno.

4) Membebaskan badan kehakiman daripada belenggu campur tangan politik jahat Umno.

5) Membebaskan sistem pemerintahan Malaysia daripada 'saka' peninggalan Mahathir yang menggangu ketenangan hidup rakyat dan negara.

6) Membebaskan ekonomi daripada beredar dan berlegar dalam kelompok penguasa yang dikuasai oleh Umno dan para pengkhianat yang bersedia menjual maruah dan negara untuk kepentingan perut dan syahwat mereka.

7) Pulihkan imej pasukan keselamatan, khususnya polis yang menjadi alat Umno dan bukan sebagai menjaga keamanan rakyat jelata. Musa Hassan sudah tidak layak untuk menjaga keamanan Malaysia.

8) Kurangkan kadar jenayah yang begitu mendadak dan amat mengerunkan. Rakyat berada dalam keadaan tidak selamat dan ketakutan.

9) Hentikan segala bentuk pembaziran, laporan ketua audit negara mejelaskan bahawa sistem yang terlaksana di Malaysia begitu punah dan akan mnghancurkan negara.

10) Hentikan segera tindakan politik jahat ke atas negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana jelas tindakan tersebut menjejskan keyakinan rakyat kepada Umno seperti di Perak. Rakyat amat benci dan Najib tidak akan cukup duit untuk membeli keyakinan rakyat terutama mereka yang menawarkan harga diri berdasarkan keyakinan dan iman.

Banyak yang Najib perlu ubah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kepimpinannya. Najib juga perlu cepat mengubahnya sebelum rakyat mengubah Najib sendiri. Najib tidak perlu memberi keutamaan kepada kepentingannya mengatasi kepentingan Tuhannya. Terima kasih.

Wednesday, November 18, 2009

Penasihat ekonomi RM 1.00

Tun Dr. Mahathir memperlekehkan perlatikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan Negeri Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor melihat matan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di bawah Tun Mahathir itu sebagai seorang yang harus diberi kepercayaan sebagai penasihat kewangan negeri yang paling maju di Malaysia.

Bila Tun Mahathir dalam kenyataannya mempersendakan perlantikan itu, khalayak melihatnya sebagai dendam yang tidak pernah surut. Mahathir yang begitu lama menaruh kepercayaan kepada Anwar sebagai Menteri Kewangan Malaysia sebenarnya membuka pekung kebodohannya sendiri. Kenapa orang yang hanya pandai berdebat, berpidato, pandai cakap tapi tak tahu bikin seperti Anwar diberi jawatan mengurus institusi pemerintahan yang begitu penting. Persoalannya, siapa yang lebih bodoh, Anwar yang menjadi Menteri Kewangan yang dilantik oleh Mahathir atau Mahathir sendiri benar-benar bodoh melantik orang yang bukan ahli dan tidak berkebolehan untuk menjadi Menteri Kewangannya.

Jika tidak bodohnya Mahathir, beliau akan segera mengesan kelemahan Anwar dan memberi jawatan selayak kepada tokoh yang pandai berpidato itu. Dengan kata mudah Mahathir tidak bijak untuk mengatur kabinet semasa pemerintahannya yang mencecah 22 tahun. Maka jadilah Malaysia sebuah negara yang seawal tahun 1980-an mempunyai pendapatan perkapita rakyatnya sebanding Korea Selatan tapi kini dikatakan pendapatan perkapita rakyat negara itu 4 kali ganda lebih tinggi daripada Malaysia. Siapa arkitek yang menyebabkan Malaysia begitu ketinggalan berbanding Korea Selatan jika bukan Mahathir. Mahathir yang memerintah, mentadbir dan mengurus sebuah negara yang kaya raya dengan hasil buminya termasuk emas hitam dari perut buminya. Apalaj kejayaan terbesar Mahathir jika bukan berjaya dua batang nesan di atas pusara keruntuhan bangsa Melayu dan "kemiskinan " majoriti rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa. Maka apakah layak Mahathir mencerca Anwar yang diberi kepercayaan suatu ketika dahulu atau sememangnya Mahathir bukan seorang tokoh yang bijak untuk mencari dan memberi kepercayaan tokoh benar-benar berwibawa dalam "pasukan" pemerintahannya. Sebagai contoh, bukankah Mahathir yang memberi ruang yang seluasnya kepada orang seperti Eric Chia, Daim Zainudin, Ananda Krishna atau Nor Mohamad Yaacob yang banyak menimbulkan masalah kepada ekonomi Malaysia. Bukankah zaman Mahathir juga merupakan zaman gelap kepada tokoh yang ikhlas dan bijaksana dalam pentadbiran negara dengan mencantas "golongan" ini dan membiarkan kabinetnya diisi dengan pengampu yang tidak pernah mempunyai tulang belakang.

Mahathir adalah perosak yang meninggalkan kesan amat buruk kepada sejarah perkembangan Malaysia khususnya bangsa Melayu dan agama Islam. Maka amat malang jika ada lagi suara sumbang yang mencadangkan orang tua itu sebagai Menteri Kanan. Malangnya sebuah bangsa Melayu yang terlalu bertolak ansur. Sikap malu mata dan malu alah orang Melayu, sikap berpada bangsa ini menyebabkan mereka selamanya mudah diperdayakan oleh orang seperti orang seperti Mahathir.

Bayang Mahathir yang sukar hilang dari lipatan sejarah hidup bangsa Malaysia, barangkali akan segera hilang bersama hilangnya sikap yang mencorak "dalema" sebuah bangsa, bangsa Melayu.

Tuesday, November 10, 2009

Haiwan politik

Bekas musti Perlis yang kontroversi, Dr. Maza bertemu dan berkongsi pengalaman dengan MB Kelantan di Kota Bharu. MB yang pernah melalui zamannya sendiri, pernah dituduh sebagai berfahaman "Kaum Muda" atau (Wahabi? - Wahabi ketika itu bukan dikenali sangat jadi pertentangan melibatkan Kaum Muda dengan Kaum Tua!). MB Kelantan yang menyokong pendirian Dr. Maza meminta beliau bersabar dan meneruskan kerja dakwah terutama untuk terus menulis.

Seperkara yang menarik di Kelantan, Dr. Maza membayangkan bahawa beliau akan menyertai politik jika kegiatan beliau untuk berdakwah mendapat halangan sebgaimana yang beliau alamai di Selangor baru-baru lalu. Satu keputusan menarik malah ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar peminat Dr. Maza sendiri. Walau apapun wadah politik yang akan beliau sertai, seperkara menarik daripada kenyataan beliau itu akan menjelaskan pengertian politik itu sendiri. Pengertian politik daripada perspektif barat dan Islam.

Sebagai haiwan politik, tindakan Dr Maza untuk tidak menyertai mana-mana pertubuhan politik adalah penyertaan beliau ke dalam kancah politik negara mengikut caranya sendiri. Beliau tidak menyertai mana-mana pertubuhan politik, tidak mengundi mungkin, tetapi beliau pada hakikatnya adalah sedang berpolitik secara aktif. Tidak ada pengertian dalam mana-mana pengertian politik moden yang menafikan tindakan Dr Maza dengan keputusan tidak menyertai mana-mana parti politik sebagai tidak berpolitik.

Begitu pula dari sudut pandangan Islam, tindakan beliau untuk tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan politik kepartian adalah berdasarkan pendangan dan penghayatannya terhadap konsep Islam yang syumul. Amalan dan keyakinan yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Dalam konteks ini, beliau adalah hamba Allah yang tidak pernah lari daripada tanggungjawabnya dalam seluruh kehidupannya. Oleh kerana politik sebahagian kehidupan manusia, tindakan beliau untuk tidak menyertai mana-mana politik adalah agenda politik beliau. Beliau berpolitik dan beramal mengikut kaedahnya sendiri.

Maka kita tidak akan terkejut dengan keputusan beliau untuk menyertai politik secara aktif jika situasi tidak lagi mengizinkan beliau untuk berdakwah. Begitu pula dengan penubuhan parti Islam sebagai wadah untuk memperjuangkan Islam dalam skop berkuasa dan bernegara. Barangkali masa sudah sampai untuk Dr Maza menerima konsep ini dalam agenda dakwahnya. Maka alangkah kelirunya jika orang perpandangan bahawa penyertaan ilmuan Islam yang jujur dalam politik kepartian kerana inginkan kuasa atau martabat mereka akan diaibkan oleh poltik kepartian yang cemar.

Kita sentiasa berharapkan orang seperti beliau akan memberi kekuatan kepada dakwah Islam walaupun dalam kelompok mana beliau berada.

Monday, November 9, 2009

Bai'ah

Borang N, undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1955 (Bilangan 4 tahun 1955) Pejabat Agama Terengganu, borang taklik menyatakan bahawa, " Tiap-tiap kali saya tiada bersekedudukan dengan isteri saya ( nama isteri) yang tersebut itu bagi selama tempoh 4 bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal akan saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala mengadu ia kepada kadi atau naib kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya ( nama isteri ) itu dengan satu talak". Lafaz ini diungkapkan sebaik sahaja aqad nikah selesai dijalankan.

Pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Sdr. Zulkifli Nordin bahawa terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan mengeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud. Isteri-isteri di Terengganu pula tidak merasa terhina yang ikatan pernikahan mereka dicagarkan oleh peraturan yang tidak pernah diajar oleh Islam. Jumud atau sempitkah mereka yang mempertahankan peraturan itu?

Media yang didominasi dan diterajui oleh golongan yang tidak bermaruah mula bertempik mempersoalkan kesahan tindakan tersebut dan membayangkannya sebagai tindakan biadap dan tidak berakhlak. Ditampilkan tokoh-tokoh untuk menguatkan dan mengesahkan kerja keji mereka. Bukan maksud kita menghalang kerja nahi mungkar mereka, tapi cara mereka bertempik dan menerjah musuh politik "tuan" mereka dengan kerja meneropong kuman di seberang lautan dan buta untuk melihat bangkai gajah di depan mata menimbulkan pelbagai persoalan? Apa lagi, tindakan bai'ah masih pada tahap kekeliruan, sebagaimana ditegaskan oleh Prof Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid (UIAM ) yang menegaskan bahawa, " ... memang dalam politik Islam, adalah perlu untuk seseorang itu memperdagangkan nilai keluarganya sendiri sekiranya berhadapan dengan perkara yang sangat jelas iaitu "ijtihadi". Namun Pas hanya sebuah parti politik dan bukan ijtihadi, maka kita tidak boleh untuk mengorbankan keturunan dan keluarga kerana sebuah parti."

Sejarah mengesahkan tokoh-tokoh ternama yang mengorbankan bapak,anak, harta benda dan jiwa mereka kerana Islam. Begitu juga sejarah menjelaskan bahawa ada tokoh yang mengadaikan maruah mereka di atas nama Islam.

Prof Dr. Mahmood Zuhdi tidak ada yang akan mempertikaikan keilmuan beliau. Seorang tokoh ilmuan Islam yang dihormati. Tidak kedengaran orang Pas atau apa lagi orang Umno yang mempersoalkan pendirian dan keilmuan beliau. Dr. Mahmood Zuhdi mempunyai pandangan dan pendekatannya sendiri dalam soal politik dan itu hak beliau. Kita menghormatinya sebagaimana mengormati kealiman beliau dalam doktrin Islam.

Persoalannya, adakah ulama dan cerdik pandai dalam Pas harus diperlekehkan kerana pendirian mereka terhadap perjuangan politik yang tidak mereka pisahkan daripada agama mereka, Islam. Bukankah politik sebahagian cara hidup beragama yang diamalkan oleh Pas, maka tidakkah tindakan mereka mengorbankan segala-galanya kerana parti bererti kerelaan mereka berkorban kerana Islam.

Mungkin bai'ah yang ditetapkan oleh Pas bertentangan dengan kaedah pemikiran Islam, maka apakah kaedah terbaik untuk berba'iah atau untuk menjadikan ianya jelas atau "ijtihadi". Bagaimana pula lafaz taklik sebagaimana yang terdapat dalam "Borang N" Undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1955, Pejabat Agama Terengganu, apakah bertepatan dengan hukum Islam atau tindakan yang tidak jelas itu perlu untuk mempertahankan institusi rumah tangga daripada dipermainkan oleh golongan yang tidak berilmu. Apakah Majlis Fatwa juga perlu diminta supaya menjelaskan perkara taklik yang berleluasa di Malaysia atau bai'ah yang dibuat oleh Pas sebagai bertepatan atau tidak dengan Islam. Atau Majlis Fatwa mestilah terlebih dahulu menyatakan pendiriannya apakah perjuangan Umno atau Pas yang bertepatan dengan Islam atau kedua-duanya tidak islamik.

Pandangan penasihat Persatuan Peguam Muslim Malaysia berkenaan isu ini lebih haru. Datin Paduka Zaiton Othman mengatakan bahawa konsep bai'ah itu tidak adil kerana wanita tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri ketika talak dijatuhkan? Soalnya, sudah berapa ramaikah isteri wakil rakyat Pas yang tertalak dengan talak tiga kerana melanggar bai'ah yang dibuat oleh suami mereka ? Atau sakit sangatkah pemimpin perasuah dalam Umno yang gagal memujuk wakil rakyat Pas untuk bertindak bacul melompat parti. Atau sekiranya tindakan Pas itu tidak betul, silalah mana-mana pihak berkuasa agama untuk mengeluarkan fatwa bahawa bai'ah yang dibuat oleh Pas tidak bertepatan dengan hukum Islam maka tindakan itu tidak sah dan wakil rakyat Pas yang memasang bai'ah boleh lompat dan isteri mereka tidak tertalak.

Usaha jahat Umno untuk membeli maruah wakil rakyat dan penyokong Pas terlalu lama dan Pas berjaya mengawal wakil rakyat mereka daripada melacurkan amanah yang diberi oleh rakyat dalam pilihan raya. Maka kegilaan mereka mempromosi nama tokoh-tokoh dan ilmuan tertentu memudahkan kita faham tujuan sebenar di sebalik setiap isu yang diketengahkan.

Secara mudahnya, kerja jahat Umno untuk menghancurkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas adalah seperti syaitan yang tidak pernah letih memadamkan kebenaran yang dibawa oleh setiap rasul Allah. Maka menjadi kewajipan setiap Muslim untuk menentang Umno dan menyokong perjuangan Pas kerana perjuangan Pas ada untuk Islam.

Tuesday, November 3, 2009

Jais lebih mudah tangkap Dr Asri daripada Rasul Melayu.

Agama diturunkan oleh Allah untuk mengawal manusia dan perlakuan mereka. Begitu juga manusia mereka peraturan , undang-undang atau agama untuk mengawal manusia. Manusia sepatutnya dikawal oleh agama dan bukan mengawal agama.

Kita tidak boleh menyangkal niat baik peraturan untuk mengawal kesucian agama daripada tindakan manusia yang mengambil kesempatan daripada kebodohan manusia sendiri yang mudah diperalatkan demi agama. Pengikut Ayah Pin yang menguasai kerajaan langit mudah mengikut sabda guru mereka atas nama agama dan akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan ajaran gurunya itu. Rasul Melayu di Selangor yang menyesatkan ramai pengikutnya mengambil masa yang lama untuk dibawa ke muka pengadilan.

Tindakan Jais menguatkuasakan peraturan untuk mengawal Islam adalah baik. Sesiapa sahaja yang akan bercakap berkenaan Islam di Selangor semestinya mendapat "tauliah" daripada Jais. Maka tindakan terhadap Dr. MAZA kerana berceramah adalah benar tetapi tolol. Penangkapan yang penuh tanda tanya dan persoalan. Apalagi Dr MAZA bekas mufti Kerajan Negeri Perlis, bekas pensyarah UIA dan USM dan sering menyampaikan ceramahnya di seluruh tanah air. Belum kedengaran sebarang keraguan terhadap pegangan Dr. MAZA daripada mana-mana pihak, sehingga penangkapan ke atasnya dibuat oleh Jais. Satu saluran Tv terkemuka negara ini mengundang Dr MAZA mengendalikan "Bahtera Perubahan". Sikap terbuka Dr MAZA perlu dihayati dan diberi perhatian kerana semuanya disandarkan al Quran dan Hadith. Bukankah British berjaya menyekat pembaharuan Muhamad Abdul Wahab yang menentang khurafat dan penyelewengan oleh orang Islam serta mengajak mereka kembali kepada Quran dan Hadith nabi dengan menggunakan penguasa yang jahat dan jahil ketika itu. Mudahnya ajaran "wahabi" yang dilebelkan sebagai menyelewengan daripada ajaran Islam sebenar digunakan oleh penjajah British untuk menyekat pembaharuan tersebut. Penganut Islam yang malas berfikir dan mengkaji mudah menerima pembaharuan yang dibawa oleh Wahabi sebagai sesat. Maka apa yang sesatnya. Kenapa khurafat yang begitu berleluasa dan diamalkan oleh orang Islam gagal ditangani oleh penguasa agama. Sesungguhnya mereka ada pengecut dan jahil. Mereka hidup dan befikir untuk kepentingan mereka yang terletak di antara pusat dengan lutut. Jahat dan memalukan.

Tindakan kerajaan Pusat yang menafikan keterlibatan ke atas penangkapan Dr MAZA, menjadikan isu ini lebih menarik. Lazimnya penafian kerajaan Pusat dalam kes sebegini adalah pengesahan. Maka siapa yang menjadi sasaran sebenar daripada penangkapan ini?.

Kita mudah faham bila Dr. Mohd Khir Toyo mencegah tokoh-tokoh agama daripada pembangkang daripada berceramah di Selangor ketika Umno menguasai Selangor. Betullah tindakan Khir Toyo dengan langkah pecegahan tersebut walaupun Jais gagal menggunakan peraturan Islam yang sedikit itu untuk mengwal kejahatan di Selangor serta memajukan Islam di negeri itu. Penceramah daripada pembangkang tidak akan mendapat tempat di Selangor ketika itu bukan kerana salahnya fahaman yang dibawa tetapi kebenaran yang mengancam Dr Khir Toyo dan orang-orangnya. Atas nama politik, Khir Toyo betul-betul memperalatkan agensi agama di Selangor maka tindakan itu betul. Hasilnya jenayah diSelangor begitu hebat dan begitu pula dengan pelbagai ajaran sesat dan menyeleweng, Jais gagal menanganinya secara tuntas.

Menggunakan tauliah dan ajaran Wahabi kuntuk menghalang Dr MAZA adalah jahat. Saya tidak percaya bahawa Dr. MAZA tidak mengentahui Wahabi tetapi sanggupkah Jais mengeluarkan kenyataan bahawa fahaman Wahabi adalah sesat? Jika betul wahabi sesat, Jais hendaklah menyenaraikan kesalahan ajaran Wahabi daripada ajaran Islam sebenar sebagaimana dibuat ke atas ajaran sesat yang lain. Di mana sesatnya Wahabi dan dimana pula benarnya doktrin Islam yang dipegang oleh Umno?

Kegilaan beberapa orang dalam Jais menyebabkan badan berkenaan akan mengulangi sejarah kejelikan tindakan pihak berkuasa ke atas ulama-ulama Islam yang ikhlas. Kejujuran ulama dan ilmuan Islam sejak dahulu gagal ditangani secara hujah berdepan dan berilmiah sebaliknya menggunakan kuasa dan kebebalan untuk memadamkan kejujuran mereka. Maka adakah keikhlasan dan keilmuan Imam Ahmad terpadam oleh penguasa yang zalim di zamannya?

Sesungguhnya orang-orang yang jahil diberi kuasa akan membunuh kecemerlangan Islam. Sikap jahat mereka akan sentiasa menghalang kejujuran. Dr MAZA dimalukan oleh pegawai yang jahil dan jahat dan menuduh beliau menggunakan sijil "palsu". Apakah orang sebodoh dan sejahat ini perlu diberi amanah untuk mengetuai sebuah badan yang mempertahankan dan memelihara kesucian Islam?

Sekali lagi saya melihat Umno dan kerajaan pusat melempar batu sembunyi tangan dalam kes ini. Najib yang jahat tetap dengan muslihatnya sendiri. Siapa yang menjadi sasaran sebenarnya dengan menangkap Dr MAZA?

Sunday, October 25, 2009

MUSIM - "EGM" Kot?

Tok Guru Nik Abdul Aziz MB Kelantan sekali lagi mengundang gimik. Kenyataannya selari dengan perkembangan semasa politik tanah air, musim EGM atau sekurangnya mahu beliau tonjolkan bahawa Pas pun masih bernafas malah berperanan. Pas hidup dan bukan teman tidur dalam Pakatan Rakyat. Jika ada yang merasakan demikian, minta ampun, minta maaf mereka silap. Pas ada jati diri dan berpendirian dalam apa juga isu dalam dan luar negara. Malah tidak terkecuali juga urusan dunia dan akhirat. Jika ada orang Pas yang beranggapan bahawa mereka boleh buat apa sahaja atyau merencana suatu program peribadi atau kelompok yang menyalahi syura jemaah, jawapannya khalayak sedia maklum, Pas akan terus dengan dasar perjuangannya kalaupun tanpa sebuah kerusi.

Sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Tok Guru Nik Aziz bukan berada dalam mana-mana kelompok atau kem dalam Pas (jika ada/mungkin wujud) . Nama yang disenarai sebagai dilaporkan oleh akhbar bukan orang baru dalam politik Pas. Mereka begitu dikenali dengan jasa, sumbangan dan pengorbanan terhadap Pas. Setakat ini, mereka belum mampu digugat oleh laporan yang bersifat menghasut dan memfitnah ke atas mereka. Keikhlasan mereka terbukti setelah satu demi satu persoalan mampu dihadapi dengan jaya.

Setakat ini, para pemimpin tertinggi Pas cuba bertindak bijaksana. Mebiarkan masalah diselesaikan oleh media adalah kerut dan tidak betul. Pihak dalam parti yang ingin menjadikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai "Terompah Kayu" dalam Pas, pasti kecewa. Anakanda Tok Guru Nik Abdul Aziz yang suatu ketika tanpa ragu-ragu mendedahkan ayahndanya mendapat maklumat dan nasihat yang salah. Maka siapa yang mampu menafikan bahawa ada yang cuba mengambil jalan mudah memanjat populariti Tok Guru sebagai jalan pintas dalam perjuangan. Orang kampung pun sudah tau siapa orangnya . Alhamdulillah, ebanyakan penyokong Pas tidak terlalu kepingan dengan habuan duniawi, maka tidak ramai yang kecewa atau terlalu ghairah dalam perjuangan ini walaupun manusia tetap sama.

Setakat ini, Cikgu Pa, Ustaz Nasiruddin Mat Isa dan Dr. Hassan mampu tersenyum walaupun agak kecewa dengan "kegelojohan" dalam sebuah pertubuhan siasah berdasarkan Islam. Esok atau bila-bila masa mereka boleh mengunjungi Tok Guru dan EGM akan menjadi cerita karut muruh Pas untuk melihat perpecahan dalam saf kepimpinan parti itu. Tok Guru Haji Abdul Hadi sudah cukup masak dengan perangai anak buahnya, jika sesekali lada digigit, makanan terasa lebih enak dan selera lebih terbuka tapi tidak mampu membangkitkan "gelojoh".

Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang. Terima kasih Cikgu Pa, Ustas Nasiruddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali. Minta maaf kepada setiap pengkhianat, anda pasti terhukum, jika bukan di dunia anda seharus menjawabnya di akhirat.

ALLAH AKHBAR.

Wednesday, October 14, 2009

Isa kah hebat?

Tan Sri Isa Abdul Samad menang dengan majoriti besar mengekalkan kerusi N31 Bagan Pinang dalam PRK terbaru selepas pilihan raya Umum lalu. Ramai menjangka kemenangan tersebut,tetapi tidak ramai yang meramalkan kemenangan besar tersebut. Pemimpin Umno sendiri tidak terkejut dengan kemenangan tersebut dan tidak menjangka penyakit Umno sembuh begitu cepat.

Konsep 1 Malaysia Najib dirasakan begitu berjaya menjinakkan sokongan pengundi yang kian menjauhkan diri Umno. Kemenangan yang mengembalikan keyakinan Umno selepas era Abdullah. Tun Mahathir dengan sikapnya yang tidak pernah berubah, tidak menaruh harapan tinggi kepada kejayaan tersebut. Mahathir tentu arif dengan permainan Umno dalam setiap PRK dan kemenangan di Bagan Pinang bukan aukuran mutlak.

Pola perubahan sokongan pengundi yang begitu ketara menafikan sebarang formula penganalisis politik untuk mengeluarkan bacaaan yang tepat. Namun itulah kebenarannya, Umno mempertahankan dasar bodoh sombongnya untuk menambatkan sokongan pengundi. Undi pos yang besar juga menjadikan Bagan Pinang ada ciri tersendiri dan terpencil. Para pekerja Umno tidak meungkin terlalu gembira dengan kenangan tersebut, begitu pula dengan Pas dan Pakatan Rakyat. Bagan Pinang bukan gelanggang untuk menilai sokongan rakyat kepada BN atau Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, Isa Samad pastinya ada keistimewaan tersendiri.

Isa yang cemar dengan noda rasuah, masih bertenaga dalam gelanggang Umno. Jika di Jepun mungkin orang seperti Isa sudah bunuh diri kerana gagal menjalankan amanah dengan baik dan terlibat dengan rasuah. Di Malaysia, orang keliru antara rasuah dengan politik wang. Lebih malang, penyokong Umno mengatakan bahawa Isa rasuah memberi wang, orang lain pula rasuah mengambil wang. Mana Umno reti bahawa pemberi dan penerima rasuah, kedua-dua berdosa.

Najib juga menerima Isa sebagai tidak bersalah kecuali melanggar etika parti. Maka apa yang dapat kita faham jika Najib begitu keliru maka penyokongnya akan lebih keliru. Jumlah pengundi yang memberi sokongan kepada Isa sememangnya menerima konsep rasuah Umno dan mereka boleh menerimanya. Janji-janji pembangunan berjumlah "bilion-bilion" mengikat sokongan rakyat. Kenyataan khurafat yang menebal menyebabkan rakyat merasakan tidak siapa yang dapat memberi pembangunan dan menjamin keselamatan kecuali Umno. Dan itulah zikir dan ratib yang tidak membasahkan lidah becabang Umno.

Kemanangan Umno patut disambut dengan gembira oleh Pas dan Pakatan. Umno tidak mampu berubah dengan sokongan itu dan dasar Umno yang jelas ditolak rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu masih teguh. Umno tetap dengan dasar bebal dan bodoh sombongnya itu. Maka Umno pasti segera menemui kehancuran.

Tuesday, October 6, 2009

Beretikakah Umno?

Najib sebagai PM Malaysia dan Presiden Umno beranggapan kes rasuah Isa Samad yang bertanding dalam PRK Bagan Pinang tidak menyalahi undang-undang negara tetapi melanggar etika parti. Menurut Najib lagi, Isa selesai menjalani hukuman dan hilang jawatan dalam parti maka Isa perlu diberi peluang kedua. Najib bercakap ketika di Paris dan bersikap lunak terhadap pesalah atau sememangnnya Umno/BN sudah terlalu muflis untuk mendapatkan calon bersih.

Khalayak tidak mempersoalkan peluang yang diberikan kepada Isa kerana sebelumnya ramai tokoh Umno yang mendapat peluang yang serupa. Mohamad Taib pernah diberi peluang kedua setelah tragedi wang 19 kilo di Australia. Rahim Tamby Chik pula pernah diberi peluang selepas peristiwa budak sekolahnya walaupun masa depan politiknya kian bantut.

Begitu pula dengan Najib sendiri. Walaupun tidak pernah menemui jalan sukar, sejarah Najib begitu kelam dan berliku. Beliau terus diberi peluang walaupun diselimuti pelbagai skandal termasuk tuduhan pembunuhan dan penzinaan.

Dalam konteks ini, ramai sangat pemimpin Umno yang bodoh sombong masih berada dalam saf kepimpinan walaupun pernah atau sedang terlibat dengan pelbagai skandal yang meloyakan. Standard moral untuk terhadap pemimpin Umno adalah berbeza dengan mana-mana nilai moral di dunia apa lagi dengan akhlak Islam.

Hakikatnya, Umno dipimpin, disokong dan didokong oleh sekelompok rakyat Malaysia yang keliru "standard moralnya". Piawaian khusus diguna pakai dan tidak selari dengan agama, adat resam dan budaya rakyat Malaysia. Ianya begitu eksklusif.

Selamanya kita yakin dengan taubat sebagaimana dikehendaki oleh Islam. Maka apakah Isa sudah bertaubat daripada pelakuan buruknya sedangkan beliau terjun dalam kencah politik Umno yang tegar dengan amalan rasuah dan politik wang. Atau pencalonan Isa sendiri merupakah strategi Umno untuk merasuah pengundi di Bagan Pinang selaras dengan status Isa sebagai persuah yang terbukti melanggar etika partinya.

Isa diyakini menang oleh Umno di Bagan Pinang. Umno dikira akan mendapat kekuatan baru daripada kemenangannya itu. Kemenangan Isa atau perasuah yang sekiranya berlaku, apakah bentuk masa depan rakyat dan negara Malaysia yang akan terus dipimpin oleh Umno dan pemimpin yang bejat moralnya.

Slogan 1 Malaysia Najib begitu naif untuk mengubah Umno/BN dari kemelut yang sedia ada. Begitu juga komponen BN yang lain akan terus gagal untuk membela kaum yang diwakili. Umno, MCA dan MIC sesungguhnya berpadu dalam "kejahatan" yang serupa. Jurang antara juak pemimpian dengan rakyat dipimpin akan terus melebar. Malaysia sedang menuju kehancuran dan Malaysia perlu diselamatkan daripada kerakusan mereka.

Umno perlu memahami konsep taubat sebagaimana dikehendakai oleh Islam. Jika rasuah dianggap sekadar melanggar etika parti, bagaimana Umno akan menghapuskan rasuah yang begitu berleluasa dalam masyarakat dan negara. Jelas sekali Umno terlalu keliru dan bercelaru dalam "berakidah", maka bagaimana pula ia mampu membendung kejahatan ahlinya tanpa konsep dosa pahla yang jelas. Umno perlu ditunjukkan jalan keluar dari kemelut politik tanah air dan Bagan Pinang diharap menambah garam pada lukanya.

Monday, October 5, 2009

Kepalsuan.

Pembangkang dalam PRK N31 Bagan Pinang sanggup menggunakan surat palsu untuk memburukkan Umno/BN. Surat yang menggunakan kepala surat Umno dan dialamatkan kepada Pengerusi Perhubungan Umno, yang juga MB Negeri Sembilan Mohamad Hassan dan ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansur dikatakan palsu. Pas yang bertanding dikatakan dengan berniat jahat menggunakan surat palsu untuk memburukkan perpaduan dalam Umno terutama dalam isu pemilihan calonnya Isa Samad. Isa disahkan oleh Umno sendiri sebagai perasuah.

Pemalsuan fakta merupakan perkara lumrah dalam setiap pilihan raya di Malaysia. Tuduh menuduh pihak yang bertanding seolah matlamat menghalalkan cara. Tidak ada susila dalam "peperangan" terutama ketika pertentangan itu melibatkan 2 parti Melayu terbesar, Umno vs Pas. Umno setiasa mendapat kelebihan ketika media yang dikawal oleh kerajaan digunakan sebagai egen pemalsuan fakta dan pemberitaan berkenaan pilihan raya berkenaan.

Peranan media dalam mencipta, memalsukan fakta dan menyebarkannya terbukti bila banyak kes mahkamah memihak kepada pembangkang. Pada bila-bila masa Umno/BN akan terus mengolah segala pemalsuan untuk memenangi PRK Bagan Pinang nanti. Antara pemalsuan yang cuba dicipta ialah:-

1) Tuduhan palsu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa beliau telah dikasari dan pukul oleh penyokong Pas.

2) Pemalsuan kejadian ini begitu ketara apabila gambar Abdul Azeez terbaring dikatil hospital ditunjukkan untuk menguatkan pemalsuan kejadian sebenar seolah-olah sedang emnunggu maut di katil hospital.

3) Abdul Azeez juga dilaporkan mencabar Salahuddin Ayub bersumpah dengan menjunjung Quran setelah Naib Presuiden Pas itu dikatakan yang telah membuat pengakuan ( "palsu") bahawa penyokong Pas bertindak ganas terhadap Abdul Azeez.

4) Polis juga membuat berita "palsu" berkaitan kes Abdul Azeez dengan mengeluarkan kenyataan palsu bahawa individu yang terlibat menyerang Abdul Azeez telah dikenal pasti. Polis juga memalsukan hakikat kecekapan polis Malaysia setelah ribuan kes besar termasuk penipuan, rasuah, pembunuhan, pencurian, perompakan, penculikan dan sebagainya gagal diselesaikan. Poo...rah, memalukan bila polis cuba menunjukkan kecekapan palsunya dalam kes bodoh dan palsu seperti ini.

5) Para pemimpinan Umno/BN juga akan turun ke Bagan Pinang dengan imej palsu masing-masing. Mereka mula menunjukkan sikap berjiwa rakyat, mudah didekati, memahami kehidupan rakyat, perihatin dan sebagainya. Anda boleh lihat politik tolol pemimpin yang akan bersila di rumah rakyat yang bertahun lumpuh, sakit dan sebagainya. Ada yang pakaiannya selekeh datang berjumpa rakyat dan berjalan dipasar bersama rakyat. Semuanya imej palsu Umno.

6) Kita tidak lupa dengan kes wang "palsu", projek pembinaan masjid palsu, pembinaan jambatan palsu dan segala kepalsuanan Umno dalam beberapa PRK yang lalu. Di Manik Urai umpamannya Umno memalsukan kenyataan bahawa peralihan sokongan rakyat telah berubah kepada parti itu dengan merasuah rakyat dan berbangga dengan kekalahan calon mereka di tangan Pas dengan majoriti undi yang sedikit. Umno yakin dengan kepalsuan yang diciptakannya dan memaksa rakyat untuk percayakan kepalsuannya itu.

7) Wajah-wajah palsu pemimpin Umno akan berterusan di Bagan Pinang. Projek-projek palsu akan terus diumumkan untuk nantinya menambahkan projek terbengkalai yang telah berlambak di Bagan Pinang.

Jika Umno berjaya di Bagan Pinang, satu sokongan palsu rakyat kepada parti itu akan menjadi fakta palsu dan akan dijaja keseluruh alam bahawa rakyat telah menerima konsep 1 Malaysia yang di cipta oleh Najib. Mungkinkan anda tega dengan proses pemalsuan ini?.

Sunday, October 4, 2009

Bila Nik Aziz akan berundur?

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya seorang tua. Orang biasa seusianya lebih selesa di rumah ditemani cucu-cicit. Apalagi jika yang berharta, anak cucu mula berkira apa yang bakal menjadi miliknya daripada harta orang seusianya. Barangkali belum ada anak cucu yang sanggup berdoa untuk kematian orang tua sepertinya kerana harta yang bakal diwarisi. Begitu juga MB Kelantan itu cukup sihat untuk diminta supaya berundur, apalagi untuk melihat kematiannya.

Tetapi itulah yang diminta oleh musuh politik MB Kelantan itu. Ibrahim Ali menjadi begitu galak untuk melihat Nik Aziz berundur. Begitu juga Tun Mahathir, beliau merasakan Nik Aziz sudah terlalu lama dalam bidang politik dan menjadi MB Kelantan. Tun Mahathir sendiri berhenti setelah lebih 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau tentunya merasakan lebih berhemah daripada Nik Abdul Aziz yang dirasakan terlalu liat untuk meninggalkan kerusi MB Kelantan itu walaupun tiada pembangunan yang dapat Nik Abdul Aziz buat?

Bukan sahaja Tun Mahathir, malah ada yang mengatakan kepimpinan Nik Abdul Aziz di Kelantan bagaikan makan gagi buta. Kedegilan Nik Aziz bukan begitu ketara jika disoroti satu persatu peristiwa yang direka oleh musuh politiknya untuk melihat beliau berundur. Malah ada yang merasakan mereka cukup berwibawa dan lebih berkemampuan mencorak hala tuju yang lebih gemilang bagi negeri Kelantan . Tanpa segan silu mereka mempromosi untuk jawatan MB Kelantan tapi rakyat masih menaruh kepercayaan kepada orang tua itu menjadi MB Kelantan. Dr Awang Adik dan Anuar Musa mungkin orang paling gembira jika dalam pilihan raya lalu Nik Aziz tidak bertanding, dan jika boleh ramai yang akan solat hajat supaya MB Kelantan itu berundur daripada arena politik.

Berbeza daripada Tun Mahathir yang insaf bahawa beliau mula ditolak oleh orang Umno sendiri selain pasti ditolak oleh semua penyokong pembangkang. Mahathir berundur adalah kena pada masa kerana jika tidak, Umno/BN bakal kehilangan hak memerintah Malaysia.

Persoalannya kenapa Nik Aziz mesti meletakkan jawatan. Teruk sangatkah pembangunan di Kelantan. Miskinkah rakyat negeri Kelantan. Mana stadium yang runtuh kerana salah urus Nik Aziz. Mana Kolam renang yang bocor kerana kecuaiannya. Mana masjid yang runtuh menaranya kerana kurang kawal sela beliau. Mana menara pusat telekomunikasi yang tumbang kerana rasuah beliau.

Rakyat yang tahu bersyukur akan bverbangga dengan MB tua yang jujur itu. lebih 18 tahun mengurus kelantan dengan sekatan dan tekanan daripada kerajaan pusat yang bagaikan berseteru dengan beliau, Kelantan tidak terlalu mundur berbanding dengan Terengganu atau Sabah dan Sarawak yang dikuasai oleh BN/Umno. Jikalah Kerajaan Pusat bertindak tidak diperintah oleh manusia yang bodoh sombong, tentu royalti minyak dan gas sudah menjadi milik rakyat Kelantan. Kerana bodoh sombongnyalah orang tertentu dalam Umno/BN merasakan Nik Aziz perlu letak jawatan sebagai MB Kelantan kerana dikatakan sudah terlalu tua.

Rakyat Kelantan bukan terlalu jumud dan tertutup. Rakyat Kelantan bersikap terbuka dan gemar merantau keluar. Lihat bila menjelang hari kebesaran, berduyun-duyun rakyat Kelantan akan pulang . Adakah rakyat Kelantan terlalu kedaerahan dan tidak dapat membandingkan Kelantan dengan negeri-negeri lain yang pernah mereka lawat dan diperintah oleh Umno/BN. Jika rakyat negeri lain bertandang ke Kelantan, apakah mereka merasakan rakyat Kelantan terlalu jakun kerana diperintah oleh Pas.

Supaya lebih adil, anda boleh membuat satu tinjaun mudah. Berapa gerai menjual daging disepanjang jalan dari Kuala Terengganu ke Bandar Jertih dan berapa pula gerai daging dari Jertih ke Pasir Putih di Kelantan. Jika anda ke Kota Bharu, berapa pusat membeli belah yang sentiasa sendat dengan pengunjung dan bandaingkan dengan kesepian di Kuala Terengganu. Malah ada cakap-cakap yang mengatakan Tesco Kota Bharu mencatat jualan tunai tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain.

Soalnya saya bukan orang Kelantan untuk berbangga dengan keharmonian negeri itu, tetapi membuat tuduhan bodoh terhadap Tok Guru Nik Aziz dan meletakkan kesalahan dan kejahatan pemimpin BN/Umno ke tas bahu orang tua yang jujur itu suatu yang amat celaka. Nik Aziz patut meletakkan jawatannya sebagai MB jika beliau tidak mampu menyampaikan kuliah mingguannya yang berupaya mendidik rakyat Kelantan dengan budaya yang begitu indah dan menarik.

Semoga pemerintahan Tok Guru mendapat keberkatan Allah jua.

Monday, September 28, 2009

Parti Bodoh sombong?

Tun Mahathir mengambarkan dengan tepat kedegilan segolongan ahli politik yang dianggap sebagai bodoh sombong. Mereka bekuasa dan menggunakan segala kesempatan untuk mengekalkan kuasa tanpa merasa berdosa mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Kita belum pasti apakah tanggapan Tun itu khusus kepada mana-mana komponen BN atau melibatkan seluruh komponen pakatan politik terbesar di Malaysia itu. Barangkali Tun masih malu-malu untuk mengakui bahawa budaya bodoh sombong dalam semua parti komponen BN bukan perkara baru. Beliau sudah berulang kali bertempik berkenaan budaya politik wang dalam UMNO, tapi budaya itu begitu subur semasa pemerintahannya selama 22 tahun. Apa alasan beliau untuk menafikannya atau beliau akan mendesak Najib Tun Razak supaya berundur sebagaimana Tun Abdullah yang dikatakan lembik dan gagal memulihkan budaya cemar itu daripada menjadi barah pembunuh kepada UMNO. Apakah konsep 1 Malaysia Najib begitu suci untuk membasuh kotoran yang melekit dan liat mengotori semua komponen BN. Tun Mahathir belum begitu ghairah untuk menyerang Najib walaupun tanda-tanda awal mula kelihatan.

Ironisnya, pemuja Tun Mahathir gagal melihat kejelekkan Malaysia hari ini adalah setelah begitu lama diperintah oleh Tun Mahathir. Peristiwa ketaksuban pemuja Tun Mahathir bermula sejak Anwar Ibrahim mengadai maruah perjuangan Islam untuk menyertai Umno kerana Tun Mahathir. Pas dan pada pendokongnya menjadi kelu seketika untuk berhadapan dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam dan dasar pndang ketimur Tun Mahathir dan Anwar. Barangkali wajah sebenar Tun Mahathir dapat dilihat oleh Tungku Abdul Rahman yang memecat Mahathir daripada UMNO. Hari ini Umno menjadi rosak teruk kerana Tun Mahathir.

Kebutaan pemuja Mahathir berterusan sehingga hari ini, ketika beliau sudah kehilangan kuasa. Ibrahim Ali yang sanggup menyenaraikan sebab-sebab Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz sudah tidak layak sebagai MB Kelantan tidak mempu melihat satu pun kesalahan Tun Mahathir. Beliau yang menang kerana sokongan penyokong MB Kelantan itu malah tidak berupaya melihat baiknya parti Islam yang diperjuangkan oleh Nik Abdul Aziz. Kononnya, jika Mahathir masih berkuasa, Umno dapat dipulihkan. Adakah itu sebenarnya gambaran bodoh sombong yang disebut oleh Mahathir.

Abdullah dan kini Najib menerima beban yang sama hasil peninggalan Tun Mahathir. Pertama kerosakan Umno dengan budaya korupnya dan kedua ialah para pemuja Mahathir yang sentiasa kagum dengan pembangunan yang ditinggalkannya. Sesiapa yang menerima beban ini belum tentu akan mampu keluar dari lingkaran konkongannya terutama kita Tun Mahathir masih mampu berbicara. Mahathir akan tetap sinis dan melihat sesiapa sahaja sebagai tidak sehebatnya.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA UMAT ISLAM YANG BERPUASA. SEMOGA PUASA DAN IBADAT YANG DIKERJAKAN DALAM BULAN YANG MULIA ITU, MENDAPAT GANJARAN SETIMPAL DARIPADA ALLAH. ALLAH MENJANJIKAN KEPADA HAMBANYA YANG BERPUASA, 10 HARI PERTAMA AKAN MENDAPAT RAHMAT DARIPADANYA, 10 HARI KEDUA DARIPADA AKAN MENDAPAT KEAMPUNANNYA DAN 10 HARI KETIGA AKAN DIBEBASKAN DARIPADA NERAKA, SEMOGA KITALAH HAMBANYA ITU YANG MENDAPATNYA.

PALING PENTING, TEMPOH MASA 29 HARI MENGIKUTI KURSUS DI MADRASAH ILLAHI, AKAN MENINGKATKAN TAHAP KETAQWAAN KITA YANG BERPUASA DAN SEGALANYA TERJELMA DAN DITERJEMAHKAN DALAM AKHLAK DAN PERLAKUAN SEHARIAN.

SAYANG SEKALI SAUDARA YANG BERBUASA JIKA BELUM MAMPU BERHENTI MEROKOK. SAYANG SEKALI JIKA ANDA YANG BERPUASA BELUM MAMPU MENINGGALKAN PERBUATAN KEJI DAN SIA-SIA. SAYANG SEKALI JIKA ANDA YANG BERPUASA BELUM MERASA ENAK BERIBADAT KEPADA ALLAH. SAYANG SEKALI JIKA ANDA YANG BERPUASA TIDAK MAHU BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH. SAYANG SEKALI JIKA ANDA YANG BERPUASA MENOLAK HUKUM QURAN DAN SUNAH. SAYANG SEKALI JIKA ANDA YANG BERPUASA MENYOKONG PEMIMPIN YANG RASUAH DAN MENERIMA RASUAH UNTUK MENYOKONG PERASUAH.

JIKA ANDA BETUL BERPUASA PASTI ANDA TIDAK LALU UNTUK MENYOKONG PERJUANGAN UMNO DAN MEMBERI AMANAH KEPADA PEMIMPINNYA UNTUK MENGURUS DAN MENTADBIR ANDA YANG BERPUASA DAN CINTA KEPADA ALLAH.

JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN ITU SEMUA PASTINYA PUASA ANDA HANYA MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA, PUASA ANDA HANYA MENDAPAT LAPAR DAN DAHAGA TETAPI ANDA GAGAL DALAM KURSUS RAMADAN YANG DIANJURKAN OLEH ALLAH BAGI MENINGKATKAN KETAQWAAN ANDA.

JIKA ANDA MASIH MENGHARAPKAN KEPADA SELAIN DARIPADA ALLAH DALAM HIDUP INI, KEPADA SIAPA PULA ANDA AKAN MENGEMIS GANJARAN KETIKA HARI TIADA YANG BERKUASA KECUALI ALLAH.

Wednesday, September 2, 2009

Politik Lembu Umno.

Peristiwa Seksyen 23 pada 28 Ogos amat memalukan. Harapan pihak yang cuba memainkan isu memindahkan kuil Hindu yang berusia 150 dari Seksyen 19 ke kelokasi barunya di Seksyen 23 tidak menjadi. Rakyat sudah cukup matang dan insaf kedudukan mereka sebagai rakyat di dalam sebuah negara yang berbilang bangsa.

Namun pihak yang bebal dan cuba mengembalikan kuasa yang kian hilang sanggup buat apa sahaja hatta mencetus rasa tidak tenteram di antara kaum di negara ini.

Walaupun Umno menafikan keterlibatannya seperti ditegaskan oleh Hishamuddin Tun Hussein, tapi umum pasti bahawa peristiwa berkenaan adalah kerja jahat Umno untuk kembali berkuasa di Selangor. Umum lebih percayakan Mahfuz Omar yang menafikan kerja berkenaan didalangi oleh orang Pas atau mana-mana ahli komponen Pakatan Rakyat.

Bukan niat kita untuk membenarkan tindakan Kerajaan Selangor memindahkan kuil itu dari lokasi asalnya berhampiran dengan sebuah surau di Seksyen 19 ( tidak sampai 100 meter ) ke Seksyen 23, tetapi tunjuk perasaan oleh lebih kurang 50 orang pada Jumaat lalu terlalu bodoh untuk dilakukan oleh rakyat disebuah negara majmuk yang hidup aman damai lebih daripada 50 tahun di bumi ini.

Umno memang mengharapkan provokasi oleh orang Melayu pada hari Jumaat itu boleh menimbulkan tindakbalas yang tidak baik daripada penganut agama Hindu. Umno mengharapkan gelombang tentangan orang Hindu dalam peristiwa Hindraf akan beralih kepada kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Keadaan tidak terjadi sebagaimana diharapkan.

Selaku Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin sedar peristiwa itu boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada Umno maka beliau cuba bertindak bijak dengan menunjukkan sikap seorang menteri yang beramanah dan berwibawa. Segala kejelekan disembunyikan dan beliau cuba bertemu dengan penduduk di Seksyen 23.

Sepatutnya Umno dan pemimpin mereka yang bodoh sombong itu perlu sedar dan mengambil beberapa pelajaran daripada peristiwa berkenaan.

1) Bantahan dengan meletakkan lambang agama dihadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor adalah tindakan biadap dan menghina agama lain. Orang Islam dilarang menghina, mencaci, atau mempersendakan sembahan, tuhan atau pemujaan agama lain. Perbuatan berkenaan mengundang tindak balas penghinaan yang lebih teruk daripada orang bukan Islam. Orang Pas amat faham keadaan ini dan tidak tergamak melakukannya.

2) Tindakan ganas, liar dan biadap penunjuk perasan memijak, menyepak kepala lembu yang "disembelih" bukan sahaja menghina agama agama lain tapi menghina makanan orang Islam sendiri. Amat tidak sopan bagi seorang Islam untuk memijak, menyepak, meludah makanan halal. Nabi mengajar kita supaya tidak mencaci makanan walaupun kita tidak menyukainya.

3) Lebih bodoh jika perlakuan meletakkan lambang sesuatu agama di hadapan Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah itu dikatakan sebagai kaedah simbolik menunjukkan Menteri Besar Selangor dan Exconya itu bodoh seperti haiwan itu-lembu sebagaimana pendapat Presiden Perkasa ( Pertubuhan Pribumi Perkasa) Datuk Ibrahim Ali. Pendapat beliau sama "tolol" dengan dengan tindakan beliau mempersendakan pengundi Pasir Mas yang memberi mandat kepada beliau melalui Pas tapi bertindak sebagai "pengkhianat". Adakah pemimpin karut seperti Ibrahim Ali dapat dterima pendapat dan pandangan. Cuma kita tidak tahun kenapa Umno masih tidak berminat dengan Ibrahim Ali.

4) Tindakan tersebut juga menghina Najib dengan dasar 1 Malaysia yang mempromosi toleransi dan perpaduan kaum. Golongan pemimpin Umno apakah tidak peka dengan dasar Perdana Menteri atau Umno selamanya tidak pernah menghormati pemimpin tetapi takut kepada kuasa.

Kita amat yakin bahawa Umno sukar sekali mendapat keyakinan rakyat dengan tindakan biadap mereka . Maka dalam kes ini, apakah siasatan polis juga akan terus menambah keyakinan rakyat yang kian merudum kepada institusi berkenaan?

Tuesday, September 1, 2009

Hukum Had atau Sivil?

Ramai yang pernah melihat hukuman rotan dijalankan ke atas pesalah sivil. Pakar akan merotan dengan tepat dan pada tempat yang ditentukan. Ada ahli perubatan yang memantau perlaksanaan hukuman tersebut.

Setiap pukulan pasti meninggalkan kesan fizikal, emosi dan mental ke atas pesalah. Jelas sekali dari segi fizikalnya, raungan kesakitan dan kesan luka disebabkan rotan begitu mengerikan. Ramai yang tidak sanggup untuk melihatnya, apatah melaksanakan. Perotan benar-benar ahli dan tega mendengar raungan, rintihan kesakitan dan kesan luka akibat rotan.

Tidak ramai yang dapat mengambil pelajaran daripada peristiwa tersebut walaupun beberapa sebatan mungkin menimbulkan keinsafan dan jera yang mendalam ke atas pesalah. Itulah hukuman buatan manusia dengan kaedah dan tata caranya yang begitu rigid namun gagal memberi kesan dan pengajaran ke atas khalayak ramai. Berapa ramai yang melihat hukuman rotan yang zalim dan melampau itu dan apakah kesan daripada kezaliman yang dikenakan ke atas pesalah berkenaan. Moralnya, hukuman sivil walaupun hukuman pancung sekalipun, tidak mempunyai roh untuk memberi pengajaran kepada umum.

Manusia yang sesat dan keliru melihat hukuman rotan dalam Islam sebagai zalim. Kekeliruan ini masih menyelimuti para pemimpin Umno yang kononnya membela Islam. Latar belakang pendidikan dan agama tidak memungkinkan mereka mendapat hidayat daripada Allah untuk melihat hukuman "had" yang ditentukan oleh Allah itu sebagai terbaik dan penyelesaian yang menyeluruh.

Dalam kes model sambilan, Kartika Sri Dewi Sukarno yang didapati bersalah kerana meminum arak dan keputusan sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan mengundang pelbagai kekeliruan kepada orang Islam dan bukan Islam. Lebih malangnya ialah penundaan hukuman sebat ke atas Kartika amat memalukan kerana dilihat sebagai kelemahan undang-undang Islam itu sendiri.

Persoalannya, apakah hukuman ke atas Kartika benar-benar berdasarkan hukum Islam bagi kesalahan sedemikian. Mengikut hukum Islam, setiap pesalah kerana meminum arak dikenakan minimum 40 kali sebatan atau 80 sebatan bagi kesalahan berulang. Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan amat tidak bertepatan dengan kehendak agama. Amat malangnya jika keputusan itu dikatakan sebagai hukuman mengikut hukum Islam.

Keputusan yang mengelirukan ini disebabkan Islam adalah kosmetik dalam pemerintahan Umno di Malaysia. Tuntutan majoritai rakyat Malaysia beragama Islam dipersendakan dengan pelbagai bentuk hukuman yang bukan berdasarkan Quran, haditah, ijmak ulama' dan qias. Kegagalan pemerintah Umno yang menjadi tulang belakang pemerintahan di Malaysia memahami dan memenuhi tuntutan Islam begitu ketara didedahkan dalam kes sebatan terhadap Kartika Sri Dewi Sukarno.

Jika sebatan itu tidak dapat dijalankan, ada benarnya. Hukuman itu adalah keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang bukan berdasarkan hukum sebenar yang diperuntukkan oleh Islam bagi kesalahan yang sepertinya. Begitu pula jika hukuman sebat dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang sivil, maka ianya tidak bertepatan dengan peraturan sebat yang dikehendaki oleh Islam. Sebatan dan tatascara perlaksanaannya itu amat tidak wajar kerana keputusan itu dikeluarkan oleh mahkamah syariah.

Rakyat sepatutnya bersetuju dengan usaha yang dibuat oleh Kerajaan Pas di Terengganu yang memerintah dari 1999 hingga 2004 dan Kerajaan Pas di Kelantan yang berusaha mendaulatkan hukum Islam dalam pemerintahan. Perlaksanaan hukuman ini adalah penyelesaian terbaik bagi kes yang melibatkan umat Islam. Paling penting ialah kehebatan berhukum dengan suatu hukuman yang hidup dan mendapat keridhaan Allah.

Sudah sampai masanya rakyat memberi mandat kepada Islam untuk mentadbir Malaysia dengan susun atur perundangan yang lebih adil berdasarkan tuntutan Allah. Malaysia perlu diselamatkan daripada belenggu hukuman yang bukan daripada agama dan keyakinan rakyat negara ini.

Saturday, August 29, 2009

Tradewinds (M) Bhd.

Syarikat tempatan, Tradewinds mengumumkan cadangan membeli semua saham yang dimiliki firma pelaburan Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd dalam PadiBeras Nasional Bhd. ( Bernas ).
Mengikut laporan Berita Harian 27 Julai lalu, firma Hong Kong, Wang Tak menguasai 31 peratus saham Bernas.Dalam akhbar yang hari ini sama 29 Ogos 2009, sebuah syarikat tempatan, Tradewinds bercadang menyelamatkan Bernas daripada dikuasai oleh firma luar.

Bernas adalah Lembaga Padi dan Beras Negara yang diswastakan pada Januari 1996. Kerajaan pada ketika itu ada rasional tersendiri kenapa LPN perlu diswastakan. Urusan makanan keselamatan negara telah serahkan dan dikendalikan oleh syarikat yang berorientasikan laba . Rakyat tidak tahu sejauh mana pemantauan kerajaan ke atas sumber makanan utama penduduk negara ini. Begitu juga dengan kebajikan penanam padi yang rata-rata orang Melayu yang hidup dalam keadaan serba daif.

Laporan terkini menunjukkan pengswastaan LPN adalah langkah kerajaan Mahathir yang tidak begitu bijak kecuali jika ada pihak dapat menjelaskan sebaliknya.

1) Kerajaan sepatutnya memantau sepenuhnya pengeluaran padi dan beras negara memandangkan ia adalah menjadi makanan utama rakyat negara ini. Sebagai makanan ruji seluruh penduduk Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah, kerajaan perlu mengambil peranan langsung ke atas padi dan beras. Sebarang unsur keuntungan pihak kapitalis yang tamak perlu disekat. Monopoli kerajaan dalam urusan padi dan beras akan menjamin kestabilan harga barangan tersebut dan mengurangkan unsur eksploitasi harga untuk mendapat keruntungan berganda oleh pihak tertentu.

2) Kegagalan kerajaan melalui dasar pengswastaan amat ketara bila sejumlah besar saham dalam Bernas dikuasai oleh firma asing. Situasi ini amat buruk bagi keselamatan sebuah negara seperti Malaysia.

3) Rakyat sepatutnya tahu siapa sebenarnya di belakang Tradewinds, syarikat tempatan yang cuba menguasai saham firma luar negara dalam Bernas itu. Kesukaran pengusaha kecil yang melibatkan penggunaan padi dan beras amat keatra dan perusahaan banyak yang lingkup. Kerajaan gagal memastikan pengusaha kecil mendapat hak mereka dan membiarkan mereka bersaing dengan pemodal besar.

4) Situasai yang melanda Bernas menunjukkan Umno amat tidak layak untuk menjaga amanah dan pentadbiran negara. Tidak ada makanisma yang terbaik daripada kerajaan untuk menjamin amanah rakyat tidak dikhianati .

Malaysia sudah terlalu rosak untuk Umno dan BN membetulkannya. Rakyat perlu selamatkan Malaysia dan menafikan domonasi kuasa Umno/BN.

Wednesday, August 26, 2009

Rohaizat hanya kambing hitam.

Mendapat undi 5067 bukan kekalahan teruk bagai Rohaizat Othman. Ramai menyangka, Ustaz Salleh Man mendapat laluan lebih mudah berbanding PR Umum lalu. Calon dan masalah peribadi yang dimainkan oleh Pas dan Pakatan tidak begitu menjejaskan reputasi Rohaizat. Jika peratus mengundi melebih 80 peratus, pencapaian Rohaizat pasti lebih baik daripada calon PRU lalu dan majoriti Pas tidak akan banyak berkurang daripada dominasi majoriti 5433.

Rohaizat benar jika mendakwa beliau tidak begitu teruk. Ketika Umno berada di puncak kuasa, siapa jadi calon bukan masalah utama, letak siapa sahaja parti itu pasti menang.

Jelasnya pemimpin Umno masih belum mengerti kehendak rakyat, golongan tua atau muda semua mahukan perubahan. Perubahannya ialah Umno mesti berubah. Menuduh rakyat menolak Umno sebagai tidak mahukan perubahan ialah bebal. Rakyat mahukan perubahan melalui kerajaan yang mantap dan pembangkang yang berkualiti. Umno sebenarnya tidak mahu berubah.

TPM membuat kenyataan jenaka ketika mengulas kekalahan Umno di Permatang Pasir. Dalam keadaan kawalan keselamatan yang ketat dan agak memihak kepada Umno, beliau mampu mempersendakan rakyat dengan menuduh Pas menghalang penyokong Umno daripada keluar mengundi. Karut dan bodoh sombong. Pemimpin Umno tidak mahu berubah.

TPM juga mempertikai kredibiliti calon, Rohaizat Othman kononnya masalah peribadi calon itu memberi impak nnegatif kepada Umno. Kenyataannya rakyat sudah cukup bijak membuat pilihan. Serangan ke atas peribadi calon bukan isu utama dan tidak begitu menjejaskan. Rohaizat kalah dalam keadaan lebih bermaruah. Yang tidak bermaruah ialah para pemimpin Umno terutama Najib dan Muhyiddin. Mereka mengetuai kelompok yang terikat kaedah lama dan gagal membaca perubahan yang dikehendaki oleh rakyat.

Pengundi bukan bodoh untuk digula-gulakan dengan wang seratus dua, bukan seperti Umno yang menjual undi untuk memilih calon yang rasuah walaupun dengan wang seratus dua. Pengundi Manik Urai telah mengajar mereka yang bodoh sombong itu. Menerima wang, mengurangkan majoriti dan maruah Tok Guru Nik Aziz terus dijaga.

Apapun biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.

TOLAK PEMIMPIN KORUP.
TOLAK NAJIB DAN MUHYIDDIN.
KEMBALI KEPADA ISLAM UNTUK MEMERTABATKAN MELAYU.
RAKYAT AKAN TERUS BERUBAH.

Tuesday, August 25, 2009

Ustaz Salleh Man, YB Permatang Pasir

Pas hampir pasti mengesahkan penguasaannya di Permatang Pasir. Tahniah kepada Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man. Dalam cubaannya dalam PRK N11 beliau hampir pasti berjaya.

Umno masih dengan tahap kebodohannya yang tidak pernah berubah. Apa lagi kaedah Umno jika tidak beli undi, umpan projek, pembangunan, penyatuan Melayu, memertabatkan Islam dan paling penting ugutan dan penipuan.

Rakyat makin sedar, Umno perlu disingkirkan dari tampuk pemerintahan negara.

"SELAMATKAN MALAYSIA"
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Sunday, August 23, 2009

Calon terbaik Umno dalam PRK Permatang Pasir.

Umno/BN gagal membela nasib Melayu Pulau Pinang setelah memerintah lebih 50 tahun. Bila Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Umno/BN begitu ghairah mempersoalkan komitmen Pakatan Rakyat membela Melayu yang tidak pernah mendapat pembelaannya dulu. Melayu Pulau Pinang cukup kenyang dengan selogan Umno/BN namun hakikatnya mereka kian terpinggir.

Setelah sekian lama, masih mahukah rakyat mengulangi nasib malang mereka dibawah Umno/BN. Bukankah pemimpin Umno/BN yang pernah memimpin Pulau Pinang terdiri daripada tokoh-tokoh yang hebat dan berwibawa, termasuk bekas PM Tun Abdullah. Hakikatnya Umno gagal secara mutlak mebela Melayu Pulau Pinang.

Di Permatang Pasir, PRK N11 sekali lagi dijadikan medan menguji pilihan rakyat. Umno meletakkan calonnya yang dikatakan terbaik manakala Pas meletakkan seorang yang cukup gigih walaupun tidak pernah mendapat kepercayaan rakyat dalam 6 kali pilihan raya yang lalu. Beliau terus mencuba kerana parti memerlukan khidmat beliau. Beliau juga tidak pernah lari daripada perjuangan atau melarikan 'harta' perjuangan. Malah beliau cukup gigih menabur bakti dengan keupayaan kudrat yang ada padanya. Apapun beliau sepatutnya lebih dihargai oleh rakyat Permatang Pasir.

Pemilihan Rohaizat Othman dikira calon terbaik bagi Umno. Media menunjukkan sokongan padu dari semua pihak kepada calon muda yang katakan berwibawa dan hebatitu. Umno perlu menang setelah menemui hampir semua kegagalan dalam PRK selepas pilihan raya Umum lalu. Pemilihan Rohaizat kononnya kerana dominasi pengundi muda di Permatang Pasir. Orang muda tentunya memahami citarasa kelompok pengundi muda serta mudah mendapat sokongan. Maka Rohaizatlah orangnya.

Malang bagi Umno/BN kerana terpilih calon yang begitu dipertikaikan integritinya. Beliau juga bukan seorang yang mesra pengundi peringkat akar umbi. Beberapa keadaan menyebabkan Umno terpaksa bekerja kuat untuk membasuh comot Rohaizat jika mahu menang. Kaedah beli undi seperti di Manik Urai perlu diteruskan dan bayaran perlu lebih mahal. Soalnya, layakkah pengundi Permatang Pasir memberi mandat kepada Rohaizat. Perlukah pengundi Permatang Pasir menaruh kepercayaan kepada sorang calon Umno/BN yang jelas:-

1) Terlibat dengan pecah amanah melibatkan wang koperasi yang bernilai lebih RM 140,00.

2) Seorang yang sanggup mencemarkan imej rakan karibnya demi membersihkan dan menjaga nama baik beliau.

3) Seorang suami yang mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri mudanya. Malah beliau begitu tidak jujur dengan menyembunyikan perkahwinannya yang kedua.

4) Beliau bukan pilihan utama Umno, kerana dikatakan calon yang dilobi oleh Ketua Umno Permatang Pauh Dato' Abdul Jalil Abdul Hamid. Muhyiddin Yasin belum tentu mampu mendamaikan calon lain yang merasakan 'ranking' lebih baik.

5) Bukankah jika Rohaizatdipilih beliau akan mempunyai peluang dan kesempatan untuk merebut segala peluang untuk diri dan keluarganya sedangkan rakyat akan terus terabai.

Apa sebenarnya yang rakyat Permatang Pasir harapkan. Masih belum serikkah rakyat untuk mempertaruhkan nasib mereka kepada Umno/BN. Barangkalai Pas tidak akan mampu membawa projek mega ke Permatang Pasir, tapi belum ada rekod parti itu mengadai maruah bangsa, agama dan budaya sebagaimana dibuat oleh Umno/BN. Anda boleh tanya apa yang Umno lakukan terhadap orang Melayu, agama orang Melayu dan hak orang Melayu di Johor. Umno perlu dipisahkan dari kuasa. Kepada pengundi Permatang Pasir,Selamat mengundi calon Pakatan Rakyat.

Saturday, August 22, 2009

Nika Aziz dihina lagi

TPM cuba menjatuhkan imej Nik Aziz MB Kelantan dengan menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan. Serangan dan penghinaan terhadap Nik Aziz keterlaluan. Media milik Umno bagaikan dirasuk, tanpa menghiraukan "etika" pemberitaan. Isu orang Umno tidak masuk syurga diperbesarkan tanpa memberi sedikit ruang kepada MB Kelantan itu untuk menjelaskan kedudukan sebenar isu berkenaan.

Patutkah Mursyidul Am Pas, seorang tokoh politik Islam yang mendapat gelaran Tok Guru dihina sebegitu rupa. Wajarkan media berkenan membuat fitnah dan penghinaan untuk mempertahankan kepentingan politik para perasuah, pembunuh, penipu dan Umno/BN yang semakin hilang sokongan rakyat.

Beberapa laporan akhbar melebelkan Nik Aziz sebagai:-

a) Nik Aziz ekstrem

b)Nik Aziz Seleweng

c) Majlis Fatwa putuskan kenyataan MB Kelantan salah, kononnya ajaran Islam yang diamalkan oleh Umno tidak boleh membawa ahli/penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Maka apa pula keputusan Majlis Fatwa terhadap ajaran Islam yang diamalkan oleh Umno? Patutkah Majlis Fatwa juga mengeluarkan kenyataan terhadap ajaran Islam yang diamalkan oleh Umno yang dipersoalkan oleh ramai cendikiawan Islam yang ikhlas.

d) Nik Aziz lebih daripada manusia biasa. Dr. Mahathir bangga kelebihan MB Kelantan.

e) Manusia biasa, dia mati baru pergi ke syurga atau neraka tetapi tidak balik untuk ceritakan. Kita tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau ke neraka, itu kita tidak kata. (Dr Mahathir).

Jika tidak untuk menghina Nik Aziz, bekas PM yang pernah menghina Islam, mempertikaikan hukum Islam, mencadangkan hukum Islam ditafsirkan semula, menghina syariat Islam, menghina sunah nabi dan banyak lagi bercakap sebagai manusia paling zuhud dan amat mengerti tentang Islam.

Bijak bekas PM, tetapi kenapa beliau mengamalkan syariat dan hukum Islam jika bukan kerana yakin dengan syurga dan neraka Allah. Bukankah jika beliau taat atau durhaka, hak mutlak syurga neraka ditentukan oleh Allah. Bukankah ketaatan beliau kepada hukum Allah kerana yakin dengan syurga dan neraka? Soalnya, betulkah amalan orang Umno untuk tidak berhukum dengan al Quran dan hadith. Maka tanpa menolak hak mutlak Allah adakah salah untuk mengatakan orang menolak hukum Allah sebagai masuk neraka dan menerimanya dengan taat masuk syurga.

Majlis Fatwa lagi bebal kerana terpaksa mengikut arahan pemimpin Umno yang liat untuk taat kepada perintah Allah. Justru, banyak fatwa yang dikeluarkan menjadi bahan jenaka dan bukan dihormati malah oleh pemimpin Umno sendiri. Jika rajin, anda boleh senaraikan banyak fatwa yang melucukan, bersifat selektif, remeh dan "dikawal".

Majlis fatwa akan dapat ditingkatkan kreddibilitinya jika dikuasai oleh mereka yang benar-benar faham Islam. Begitu juga segala agensi kerajaan yang loain termasuk SPRM, jika ingin lebih berwibawa biarkan ianya ditadbir berdasarkan tuntutan Islam dan bukannya kehendak pemimpin Umno yang rakus dan jahat.

Thursday, August 20, 2009

Rohaizat calon paling bersih?

N11 Permatang Pasir bukan medan selasa bagi Umno/BN khususnya dalam PRK 25 Ogos nanti. Tugas berat Umno/BN untuk meyakinkan pengundi N11 bahawa parti itu sudah pulih daripada krisis berat terutama dalam PRU lalu. Walaupun Umno agak kebah dalam PRK Manik Urai, keadaan di Pematang Pasir tidak menjanjikan laluan yang selesa bagi Umno/BN.

1) Umno/BN tidak mampu keluar dari lingkaran rasuah dan salah guna kuasa . Pemilihan Rohaizat Othman sebagai calon Umno dalam PRK N11 mengundang padah. Beliau calon bermasalah dan diragui integritinya. Lesen guaman beliau ditarik balik kerana terlibat dengan kes penyelewengan melibatkan wang RM140,000 milik Koperasi Pekebun Getah.

2) Pemimpin Umno bagaikan cacing kepanasan dan mengadai maruah parti dan peribadi untuk mempertahankan tindakan tidak jujur Rohaizat. Apapun Rohaizat mesti dipertahankan. TPM lebih selesa mencari kesalahan MB Kelantan dengan fitnah tanpa rasa bersalah dan malu.

3) Jikalah bukan kerana tersalah pilih, atau sememangnnya Rohaizat calon terbaik Umno, alangkah teruknya parti itu untuk mencari pemimpin yang jujur dan amanah. Umno sudah terlalu jelik untuk mendapat kembali keyakinan rakyat kecuali dengan membelinya. Umno hampir di Manik Urai.

4) Umno tidak pernah berfikir untuk mengubah kaedah jahatnya untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan memulihkan imej parti itu yang rosak teruk.

5) Kepandiran Umno amat ketara bila cuba memfitnah calon Pas sebagai tidak amanah melibatkan wang yang banyak.

6) Kreativiti penonjolan isu yang lemah dan lapuk menyababkan Umno terpaksa mengerakkan segala jenteranya untuk menyerang dan memfitnah MB Kelantan. Hingga kini kita tidak tahu apakah modal kempen Umno yang bebas daripada unsur fitnah dan penipuan. Rakyat lebih bijak untuk menilai kaedah lapuk Umno.

Umno sesungguhnya sudah tidak releven dengan cita rasa politik rakyat Malaysia. Umno pasti kalah di Permatang Pasir.

Wednesday, August 19, 2009

Muhyiddin dan majlis fatwa.

Majlis Fatwa Kebangsaan diminta meneliti dan memberi pandangan berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz kononnya Islam yang dibawa oleh Umno tidak membolehkan seseorang masuk syurga.

Dalam kenyataan YPM Muhyiddin Yasin, berkata majlis Fatwa Kebangsaan perlu memberi pandangan sama ada kenyataan MB Kelantan bercanggah dengan Islam.

Muhyiddin juga meminta pemimpin lain dalam Pas supaya menasihati Datuk Nik Abdul Aziz (Tok Guru Mursyidul Am ) jika benar parti itu memperjuangkan Islam.

Umno ketandusan pemimpin yang bijak dan cemerlang. Muhyiddin bukan gandingan tepat bagi Najib memulihkan imej Umno. Muhyiddin yang kurang wibawa gagal menyinarkan kecerdikan hatta dalam isu yang dilontarkan oleh Datuk Nik Aziz.

Muhyiddin sepatutnya mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji dan mengeluarkan kenyataan berhubung dengan Islam yang dibawa oleh Umno, yang dipertikaikan oleh banyak pihak.

Jika Muhyiddin lebih mengutamakan aqidah daripada kuasa dan habuan dunia, beliau sepatutnya:-

a) Membersihkan Umno daripada terus menyelewengkan ajaran Islam melalui dasarnya yang menolak Islam.

b) Mengusahakan muzakarah dengan semua pihaktermasuk Umno, Pas, Majlis Fatwa Kebangsaan, ulama-ulama, Ngo Islam, mufti-mufti dan lain-lain pihak yang berwibawa untuk menentukan akiran Islam sebenar berpandukan al Quran dan hadith nabi.

c) Berusaha menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan pelbagai fatwa yang sering dipersendakan oleh pemimpin Umno sendiri, contohnya dalam soal "bertafakur di tugu peringatan" dan lain-lain.

d) Berusaha menghormati majlis fatwa dan menjadikan badan itu lebih berwibawa dengan memberi kebebasan kepada badan berkenaan untuk mengeluarkan fatwa berkenaan dasar sekular yang dianuti oleh Umno sendiri.

e) Mengelakkan majlis fatwa, ulama, mufti dan badan penguatkuasaan Islam diseluruh Malaysia daripada menjadi badan sendaan dan diperlekeh oleh orang Islam dan bukan Islam seperti dalam isu "pangkid", ' jom Heboh" dan seumpamanya.

f) Umno sewajarnya membentuk badan tertinggi seperti Majlis Syura Ulama Pas, yang akan menentukan dasar dan hala tuju perjuangan Umno supaya selaras dengan ajaran Islam sebenar.

Maka kita menjadi lebih keliru niat sebenar Muhyiddin meminta badan yang tidak berwibawa itu untuk meneliti pandangan musuh politiknya disaat Umno amat memerlukan sokongan daripada orang Islam dan bukan Islam.

Tuesday, August 18, 2009

Jika Umno nak masuk syurga.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menjadi tumpuan serangan kelompok sekular Umno. Nik Aziz melontarkan pandangannya terhadap Umno dan cara beragama penyokongnya yang tidak selaras dengan kehendak Islam sebenar. Nik Aziz membanding Islam Umno sama dengan Islam Fatah di Palastin. Jika hendak dibandingkan, Islam Umno sama dengan mana-mana Islam yang dianuti oleh kelompok sekular yang bertebaran diseluruh dunia. Islam penyokong Golkar di Indonesia juga sejenis dengan Islam anutan Umno. Agama suku daripada urusan kehidupan. Agama sekadar hubungan Manusia dengan urusan ibadat khususiah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji nikah kahwin dan yang sepertinya sahaja. Mengambil pandangan agama dalam urusan berpolitik, berekonomi, bersosial ditolak oleh Umno sejak belum menetas lagi.

Peluru dan persenjataan yang digunakan oleh Umno dikenal benar oleh Nik Abdul Aziz. Begitu juga para pahlawan yang cuba menjuarai pesta bodek setiap kali Nik Aziz melangkah ke gelanggang tempur cukup dikenali. Nik Aziz belum pernah tumpas malah amat mengerti dibahagian mana setiap pembodek itu perlu dijentik. Keuzuran tidak pernah menghalang Nik Aziz berhadapan dengan keghairan pahlawan Umno yang baru kelmarin mengenal medan tempur.

Nazri Aziz merasakan cukup cerdik dengan mengatakan isu yang dibawa oleh Nik Aziz adalah lapuk. Pandangan sebeginilah yang menyebabkan Umno dan orangnya tidak akan faham Islam. Mana ada isu lapuk dalam Islam. Tentu Nazri Aziz tidak sanggup mengatakan Islam sebagai ajaran agama yang lapuk. Nik Aziz amat faham bahawa ajaran Islam akan terus releven dengan segala masa dan zaman. Maka Nik Aziz juga tidak merasa isu yang ditimbulkan itu sebagai lapuk. Jika ajaran Islam yang syumul dan usaha merealisasikan setiap aspek ajarannya dalam kehidupan menjadi teras perjuangan Pas yang didokong oleh Nik Aziz, maka sanggahan Nazri dilihat begitu kaku dan bodoh. Siapa orang Pas akan tertarik dengan sanggahan beliau terutama pengundi di N11 Permatang Pasir nanti.

Sememangnya menyokong Umno tidak menjamin seseorang masuk syurga. Syurga hak Allah dan tidak seorangpun termasuk Nik Aziz yang boleh menentukan mendapat syurga hatta untuk dirinya sendiri. Tetapi sebagai Ulama dan Tok Guru, Nik Aziz lebih arif kriteria penghuni syurga syarat-syarat untuk menjadi penghuni syurga daripada Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sesiapapun akan lebih percayakan Nik Aziz daripada TPM itu jika berbicara tentang Islam termasuk orang Umno sendiri. Lantaran itu, ulasan Jamil Khir lebih lunak dan munasabah daripada mana-mana menteri Umno.

Penyokong Umno jika nak masuk syurga perlu bertanya kepada sumber hukum tuan punya syurga iaitu al Quran dan hadith. Jika ingin bertanyakan Nik Aziz mungkin untuk mendapat kefahaman kerana beliau lebih arif daripada mana-mana pemimpin Umno berkenaan Islam. Orang Umno kena faham bahawa syurga bukan boleh dicapai dengan sejarah pembangunan yang dibuat untuk rakyat. Syurga juga bukan boleh dicapai dengan menekan dan menindas musuh politik dan berusaha mempertahankan kuasa walaupun jelas bertentangan dengan Islam. Maka bilakah matlamat antara Pas dengan Umno boleh disatukan walaupun Najib ghairah dengan cita-cita 1 Malaysianya. Pas akan tetap mengatakan pemahaman Umno terhadap Islam adalah keliru dan karut selagai Umno menolak untuk bersatu di atas Quran dan hadith. Pas tidak akan merasa bersalah untuk mengatakan sah menyokong Umno adalah salah dan tidak dapat masuk syurga dan pasti masuk neraka. Pas juga faham bahawa menyokong Pas juga belum pasti masuk syurga kecuali dengan syarat yang tertentu, tetapi menyokong Umno dan berjuang di atas dasar Umno sudah melanggar syarat untuk masuk syurga.

Maka jujurkah para pemimpin Umno yang menyeru kepada penyatuan rakyat Malaysia jika sedari awal menentang hasrat majoriti rakyat Malaysia untuk bersatu di atas dasar Islam. Hari ini rakyat akan menjadi lebih faham terhadap Islam setiap kali Nik Aziz di serang. Bukankah Nik Aziz itu amat faham uslub berdakwah, maka kata-kata kesat kepada Umno yang bebal dan tebal dengan fahaman kebangsaannya itu merupakah usaha berhikmah Nik Aziz untuk menyedarkan Umno daripada lena yang panjang. Moga Allah akan memberi petunjuk kejalanNya yang lurus.

Saturday, August 15, 2009

Toleransi beragama atau kurang beragama?

Kehidupan beragama dikaitkan dengan perjalanan kehidupan yang teratur. Semua agama menjelaskan peraturan, suruhan dan larangan kepada penganut masing-masing. Kehidupan beragama merupakan fitrah walaupun ada yang menafikan kepentingan kehidupan beragama kepada manusia. Golongan komunis dan fahaman anti agama masih memerlukan peraturan dan undang-undang untuk mengurus kehidupan yang teratur di dunia. Manusia tidak boleh berada di luar peraturan.

Para ahli membahagikan peraturan beragama dikalangan manusia kepada 2 kelompok iaitu peraturan/agama samawai dan peraturan/agama duniawi. Kedua-dua kelompok agama menaja hukum-hakam dan peraturan yang bertujuan mengawal perlakuan kehidupan penganut agama masing-masing.

Agama samawi atau agama langit dikaitkan dengan wahyu dengan perantaraan para rasul untuk memberi panduan hidup manusia di dunia dan kehidupan selepas mati. Semua agama langit seperti Yahudi,Kristian dan Islam mempunyai kitab suci masing-masing yang jelas berperanan sebagai perlembagaan hidup yang murni penganut masing-masing di dunia dan di akhirat. Lantaran itu peraturan agama berkenaan amat jelas menerangkan mana yang halal atau yang haram. Kegagalan penganut agama langit mematuhi setiap suruhan dan larangan dikaitkan dengan dosa dan azab neraka.

Islam melalui kitab suci al Quran dan hadith rasulnya telah mengariskan peraturan yang meliputi semua aspek kehidupan penganutnya; hubungan mereka dengan tuhannya, hubungan mereka sesama Islam, hubungan mereka dengan bukan Islam, hubungan mereka dengan alam dan hubungan mereka dengan segala kehidupan dunia dan akhirat. Tidak ada yang terlepas daripada cakupan peraturan agama Islam. Semua penganutnya tahu atau sepatutnya tahu.

Apakah ada ruang-ruang tertentu yang membolehkan penganut agama Islam menceroboh hak orang lain sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Apakah boleh orang Islam mencela kepercayaan, amalan, budaya dan adat resam orang bukan Islam. Bukankah dalam Quran sendiri melarang orang Islam mencela dan mencemuh kepercayaan orang bukan Islam. Bukankah sikap berlapang dada yang begitu hebat ditunjukkan oleh agama Islam terhadap bukan Islam.

Persoalannya dalam masyarakat yang tidak faham kepercayaan agama masing-masing. Bukankah minuman keras, berjudi dan berzina menjadi tegahan hampir semua agama di dunia. Kenapa persoalan menjadi punca persengketaan jika masing-masing penganut agama menghormati dan beramal dengan pegangan agama masing-masing.

Islam mengharamkan arak tetapi tidak pernah melarang orang bukan Islam minum arak. Arak adalah ibu segala dosa mengikut Islam, tetapi tidak menyekat sesiapapun meminumnya kecuali bagi penganut Islam. Maka apa alasan untuk tidak senang hati dengan orang Islam yang melarang penjualan arak secara bebas kepada orang Islam sendiri. Bukankah langkah ini patut disokong kerana perbuatan minum arak kegiatan tidak bermoral bagi semua agama?

Kita merasa kecewa bila pandangan mereka yang jauh dari agama masing-masing sering diberi keutamaan. Kegagalan mereka untuk beramal dengan taat menikut agama masing-masing telah mendorong mereka untuk mempengaruhi orang lain. Karenah golongan yang menyeleweng ini sebenarnya merosakkan kehidupan bermasyarakat dalam konteks masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Kebanyakan pemimpin adalah teridiri daripada mereka yang memuja nafsu dan menolak agama. Anda tidak perlu bimbang dengan jerat fitnah untuk mengakui ramai pemimpin Umno yang Islam begelumang dengan arak dan rasuah. Anda juga tidak perlu risau untuk mengakui bahawa banyak program Umno/BN yang membawa rakyat jauh daripada pegangan agama akan melahirkan masyarakat yang memuja nafsu dan kepentingan diri.

Rakyat Malaysia tidak mampu bersatu dibawah Umno/BN kerana jlas mereka tidak suka kepada kegiatan beragama dan berperaturan. Mereka sering melanggar agama mereka dan peraturan yang mereka buat sendiri. Di bawah Umno/BN semua akan jadi kacau tanpa peraturan - agama yang dicerobohi dan peraturan yang tidak dihormati.

Thursday, August 13, 2009

Siapa menghina Islam?

Orang bukan Islam selamanya tidak akan percaya dengan kesempurnaan ajaran agama suci Islam . Hanya hidayah Allah yang membuka tutupan yang menyelimuti hati mereka untuk memandang baik ajaran Islam. Mereka dengan tindakan tidak mempercayai ajaran Islam tidak boleh dikatakan menghina Islam. Pandangan dan perbuatan mereka selamanya yang menentang Islam adalah hak mereka. Orang Islam jangan pula tersentuh dengan keingkaran mereka tidak menerima Islam. Apa yang boleh mereka lakukan ialah menerangkan dengan cara penuh hikmah dan bijaksana berkenaan kemurnian ajaran Islam. Orang Islam tidak boleh pula memaksakan mereka menerima ajaran agama Allah itu walaupun mereka meyakini bahawa ajaran Islam satu-satunya yang dapat menyelesaikan permasalahan manusia demi kebaikan mereka dunia dan akhirat.

Namun sikap Islam bukan terlalu pasif dan depensif dalam menyatakan kehebatan agama Allah itu. Malah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam menyatakan dan menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia. Hari ini, orang Islam rata-rata mengabaikan tanggungjawab menyatakan dan menyampaikan Islam kepada saudara mereka yang masih tidak Islam. Beberapa sikap yang jauh daripada tuntutan ajaran Islam diamalkan menyebabkan agama yang Allah turunkan untuk seluruh manusia berlegar dalam kelompok tertentu. Malah terdapat tembok dan halangan yang memisahkan Islam daripada orang bukan Islam.


Kejahilan orang Islam menyebabkan mereka sentiasa keliru berkenaan hubungan dengan orang bukan Islam. Pandangan seorang terhadap golongan yang berhak mendapat cahaya Iman dan Islam menyebabkan mereka terus terpinggir daripada Islam. Tindakan menyalahkan orang bukan Islam kerana membuat pandangan keliru terhadap Islam tidak tepat. Kekeliruan meraka kerana kegagalan orang Islam beramal dengan ajaran Islam.

Orang Islam sepatutnya berhenti mempersoalkan tindakan orang bukan Islam membuat pandangan seorang terhadap Islam. Mereka berhak untuk berpandangan tidak baik terhadap Islam kerana kegagalan kita menerangkan ajaran sebenar Islam kepada mereka. Mereka juga tidak mendapat contoh terbaik penghayatan sebenar Islam dalam kehidupan seharian orang Islam. Pemerintah dari kalangan orang Islam tidak pernah menjelaskan ajaran Islam kepada anggota komponen mereka yang bukan Islam. Sebaliknya mereka gembira menunjukkan sifat toleransi agama yang songsang dengan berkompromi dalam hal-hal yang dilarang oleh Islam itu sendiri. Selamanya orang bukan Islam tidak akan memahami Islam dengan usaha Umno yang kononnya berjuang untuk bangsa dan agama.

Sesungguhnya Umno sepatutnya dihukum kerana menghina Islam. Umno selama memerintah teloh menolak Islam dan ajaran Islam. Umno mempersendakan Islam dan memisahkan orang Islam dan bukan Islam daripada agama Islam. Islam telah dipinggirkan oleh Umno dan pemimppin Umno daripada berfungsi sebagai agama dunia dan akhirat.

Umno adalah tidak layak untuk bercakap tentang penghinaan orang bukan Islam terhadap Islam kerana mereka sebenarnya menghina Islam. Pemimpin mereka menjuarai gerakan menghancurkan Islam. Sesiapa yang cintakan Islam sepatutnya menghukum pemimpin Umno dengan menolak mereka daripada barisan kepimpinan negara.

Umat Islam suadah memiliki ruang yang baik untuk menjelaskan kekeliruan saudara mereka yang bukan Islam. Ketika pemimpin Umno sibuk dengan undang-undang rimba untuk menutup kekeliruan orang bukan Islam, orang Islam yang cerdik perlu membawa keluar persoalan ini dengan siri penerangan yang menarik dan berhikmah. Malah kita tidak perlu terkejut jika Dr. Ridhuan Tee Abdullah lebih berjeya mendekatai orang bukan Islam daripada Umno.

Monday, August 10, 2009

Siapa pengkhianat?

Menuntut dan mendapatkan kemerdekaan negara tercinta bukan perbutan seorang penderhaka dan pengkhianat . Siapa dan berapa ramai yang mendapat laba daripada usahanya menuntut dan memperjuangkan kemerdekaan jarang diperkatakan oleh pejuang tulin. Mereka juga tidak pernah merasa kecewa bila pengkhianat menjuarai usaha menuntut laba setelah negara mencapai kemerdekan. Lumrah para pejuang yang sanggup meleburkan kepentingan diri dan jarang memperagakan kehebatannya dalam perjuangan.

Hari ini bila anak kemarin yang masih hingusan terpekik menunding jari kepada si anu dan anu sebagai penderhaka dan pengkhianat. Mereka tanpa sedar berada dalam wadah perjuangan yang mengkhianati bangsa. Bersegkongkol menghina martabat kemanusiaan kerana kuasa dan kedudukan. Anak yang belum pernah merasa getir pahitnya garam perjuangan tanpa silu berimajinasi sebagai pejuang besar bangsa Melayu.

Pejuangkah jika had sokongan tidak pernah melampaui daerah antara pusat dengan lutut kamu? Pejuangkah yang akan membeli setiap kebodohan rakyat untuk kehidupan hari esok bangsa yang belum pasti? Pejuangkah yang mengadai setiap pusaka dan maruah bangsa yang masih tersisa? Pejuangkah yang malu dengan setiap tinggalan yang masih tersisa? Bukankah mereka sebenarnya pengkhianat yang tidak pernah mengenal keperibadian sendiri.

Sesungguhnya Umno itulah pengkhianat yang semestinya dihalang dan dinafikan peluang untuk terus mempertaruhkan maruah bangsa ini demi keserakahan nafsu mereka.

Para pejuang berlu bangkit menonjolkan diri bahawa sesungguhnya kamu ikhlas berjuang untuk membeli maruah bangsa ini yang kian terhakis. Berdirilah kamu dengan prinsip perjuangan, sesungguhnya mereka tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Sunday, August 9, 2009

ISA - HAPUSKAN.

Kehadiran khalayak yang ramai menjadi idaman setiap peniaga. Para peniaga melalui promosi secara sengaja berusaha menarik seramai mungkin manusia kelokasi perniagaan mereka. Pesta yang padanya terdapat pelbagai ragam manusia diberi layanan yang baik oleh penguasa yang mesra pengusaha. Anggota pasukan keselamatan lazimnya tidak seramai anggota FRU yang menjadi penghalang kehadiran ramai ke Ibu Kota untuk menyertai perhimpunan aman untuk menuntut ISA dihapuskan.

Jika pemimpin Umno tidak takut dengan bayangan kejatuhan kuasa, anggota keselamatan untuk mengawal demonstrasi itu tidak seramai mana. Kedai-kedai dan jalan-jalan tidak perlu ditutup. Peniaga pasti tidak menang tangan dengan kehadiran begitu ramai pelanggan. Bayangkan sesekali ke Ibu Kota, banyak wang belanja yang dibawa. Peniaga kaki lima akan mendapat durian runtuh.

Pemimpin Umno biasanya kurang cerdik dalam sifir pengurusan ekonomi tidak mampu menghidu peluang membuat duit untuk rakyat Kuala Lumpur. Sekatan dan suasana rusuh yang dicipta oleh Umno dengan kerjasama pihak keselamatan menjadikan suasana sebaliknya. Peniaga menutup premis perniagaan masing-masing kerana terpengaruh dengan suasana gelisah yang dicipta dan diperbesarkan. Media yang menjadi barua Umno sengaja menabur garam pada luka bagi menambahkan ragam keperitan. Ada yang membuat laporan polis untuk menuntut ganti rugi kerana perniagaan mereka ditutup.

Siapa yang suruh mereka tutup perniagaan? Siapa sebenarnya yang menyebabkan keadaan menjadi tidak tenteram. Pihak keselamatan yang menjadi alat Umno sejak awal pagi menghalang, menghambat, membelasah dan menangkap secara rambang sesiapa yang difikirkan akan ke lokasi perhimpunan aman itu. Jika pasukan keselamatan bertindak secara profesional, aliran trafik pasti berjalan lancar kerana Kuala Lumpur biasa dengan kehadiran khalayak yang ramai. Umno dan pasukan keselamtan perlu menerima tanggungjawab sepenuhnya keatas setiap kesulitan ketika perhimpunan aman itu.

Premis perniagaan yang lantang menjuarai suara Umno sepatutnya diberi perhatian. Pembeli yang banyak memberi sokongan kepada premis berkenaan perlu membuat penilaian semula kerana mereka tidak begitu suka dengan kehadiran pelanggan yang ramai. Malah beberapa kali premis berkenaan dengan sengaja melukai hati penyokong parti pembangkang. Pengguna boleh bayar lebih untuk kepuasan hati dan untuk memberi satu ingatan jika pun premis berkenaan terkenal dengan harga murah?

Rakyat adalah pengguna yang bijak. Kerajaan kian gagal dengan tugasnya untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Rakyat perlu mengubah kerajaan dalam PR Umum ke 13 nanti.

Friday, August 7, 2009

SPRM (BUKAN SKUAD PEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA)

SPRM bukan Skuad Pembunuh Rakyat Malaysia. Ianya sebuah suruhanjaya yang ditubuh oleh kerajaan untuk mengawal dan membenteras kegiatan salah laku rasuah yang diyakini berleluasa di Malaysia. SPRM yang diharap dapat berperanan lebih telus, lebih cekap, lebih berkesan dan bukan sekali-kali alat mana-mana parti untuk membuli pihak lawan. Kerajaan yang dipimpin oleh Umno/BN merasakan BPR, sebuah badan yang ditubuhkan sejak negara mencapai kemerdekaan gagal bergungsi dengan baik, lalu ianya perlu diganti dengan SPRM.

Rakyat sedang memerhati telatah pemimpin Umno/BN yang kelemasan menggunakan SPRM untuk menekan Pakatan Rakyat. Setakat ini, SPRM menepa banyak kejayaan, terutama peranannya membantu menjatuhkan kerajaan Nizar Jamaludin di Perak. Projek SPRM di negeri Pakatan lain belum menampakkan kesan yang ketara walaupun serangan terhadap Selangor dikirakan paling kencang.

Dibimbangi rakyat menjadi terlalu bosan dengan cara SPRM di peralatkan oleh Umno. Setakat seorang adun Umno dari Kemaman yang ditahan, persepsi buruk rakyat terhadap kepandiran badan itu bertindak terhadap adun-adun Pakatan Rakyat tidak mampu dipulihkan . Rakyat belum tentu sebuta pemimpin Umno/BN untuk menilai kebenaran. Pembohongan demi pembohongan pemimpin Umno/BN mempertahan SPRM akan menambahkan kebencian rakyat.

Pemimpin Umno/BN tidak perlu menunggu ratusan ribu rakyat terkorban untuk membetulkan setiap kezaliman untuk mempertahankan politik rakus mereka. Pemimpin yang bodoh-bodoh itu senang menyangka bahawa mereka berjaya menyekat kebangkitan rakyat seperti dalam peristiwa pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Anuar Ibrahim atau dalam peristiwa PPSMI dan GMI, tetapi kebencian rakyat bila-bila masa menjadi lahar yang memuntahkan api kemarahan yang membakar.

Pemimpin yang bodoh itu juga menyangka mereka bertindak betul dengan menggunakan polis atau SPRM untuk menghalang kehendak rakyat tetapi mereka gagal membaca statistik kejahilan rakyat kian meruncing untuk terus membenarkan mereka dipimpin oleh segolongan manusia yang jahat.

Jika anda seorang pengamat yang baik, kini Malaysia dipimpin oleh segolongan pembohong yang paling tidak beramanah sepanjang sejarah kemerdekaannya. Jika anda yang sayangkan Malaysia, anda tidak seharusnya bersatu mempertahankan konsep rapuh cauvanis kaum yang menjadi elemen utama 1 Malaysia yang ditaja oleh Umno/BN. Kegilaan ini perlu ditamatkan.
Najib dan salam 1 Malaysia. Rakyat menjadi keutamaan. Jika bapanya Tun Razak, Bapa Pembangunan, maka Najib pasti lebih hebat. Najib Bapa 1 Malaysia. Jika Tun Razak mendapat sokongan padu, kenapa tidak Najib. PM yang melalui detik 100 hari pertama tanpa sebarang kehebatan kecuali kenyataan yang kian mengah untuk mendapat simpati dan sokongan rakyat. Setiap sentuhan berbau hanyir dengan dosa lalu dan dosa lampau BN/Umno setelah lebih separuh abad menerajui Malaysia.


Najib kian ghairah mempamirkan wajah cuak seorang anak bekas PM yang tidak pernah hidup susah. Najib juga kian terkeliru dengan suara hati rakyat yang membesar di bawah sinar mentari khatulistiwa. Sesekali PM terkeliru, keliaru antara hasrat rakyat dengan khazanah minda yang dipunggut negara bekas penjajah. Keliru antara adat, budaya dan agama. Keliru antara pilihan rakyat dengan rampasan kuasa. Kekeliruan yang menyebabkan Najib terpaksa muncul dengan pelbagai warna muka.


Najib membilang banyak kekalahan dalam pilihan raya kecil, beliau masih berbangga menjaja sokongan rakyat kian berganda. Darah rakyat kian banyak yang tumpah, Najib masih tega mencium hanyirnya yang melampaui sempadan antarabangsa. Najib yang mencucuk sehingga buta segala mata media, tapi rakyat kian jilah hati nuraninya.


Wednesday, July 1, 2009

Pemikiran Tok Guru

Datuk Nik Abdul Aziz Menteri Besar dari kalangan ulama, orang yang arif berkenaan politik dan agama. Masa berlalu dalam hidup beliau sebagai hamba Allah sama ada ketika beliau berpolitik atau melaksanakan tuntutan agamanya. Beliau tidak membenarkan adanya pemisahan agama dengan politik. Beliau beriman dengan tujuan penciptaan makhluk jin dan manusia adalah untuk beribadat kepada Allah dalam apa jua keadaan. Beliau juga mengharapkan keridhaan dan keselamatan dirinya dan seluruh kaum Muslimin di dunia dan akhirat.

Orang politik sekular mudah keliru dengan kenyataan Nik Abdul Aziz. Mereka menilai Nik Aziz dengan neraca sekular yang memisahkan agama dengan kehidupan duniawi. Sampai kiamat mereka akan gagal menyelami pemikiran MB Kelantan yang kontrovesi itu.

Bila MB Kelantan itu menyamakan perjuangan Umno sesat seperti sesatnya komunis, orang Umno terkilan amat. Umno tidak merasa sesat dalam perjuangannya sepertimana para pejuang Melayu/Islam yang berjuang bersama komunis untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. Rashid Maidein, Abdullah CD, Shamsiah Fakih Sultan dan lain-lain tidak merasa komunis sebagai sesat sepertimana Umno yang mengekalkan undang-undang penjajah dalam sistem pemerintahan dan menolak sistem Islam tidak merasa mereka tidak sesat.

Nik Abdul Aziz mempelajari Islam, mengajar ajaran Islam dan menerapkan amalan ajaran Islam kedalam kehidupan sehariannya. Nik Abdul Aziz tidak menolak usaha-usaha untuk menolong Bangsa Melayu sepertimana beliau tidak menolak untuk berlaku adil kepada kaum lain yang tidak Islam selaras dengan tuntutan agamanya. Malah Nik Abdul Aziz menolak perangai jahiliah Umno yang memperjuangkan assabiyah Melayu kerana segala perjuangan berbentuk assabiyah dan perkauman ditolak lama oleh Islam, sejak tahun 610 M. Umno yang tidak reti agama mempertahankan konsep perjuangan mereka sebagai selaras dengan Islam. Kedegilan ini amat liat sekali bila pada bila-bila masa sekalipun Umno akan menolak untuk bermuzakarah dan berdebat dengan Pas. Bila Umno akan mendapat kefahaman sertai menghayati kefahaman yang dipegang oleh Nik Abdul Aziz dengan menolak muzakarah, perbincangan dan perdebatan.

Kita tidak menafikan bahawa Umno ada biro agamanya. PM daripada Umno ada penasihat agamanya. Mufti-mufti bagi setiap negeri di Malaysia ada peranannya. Sebaik-baik peranan adalah untuk memberi nasihat yang baik kepada pemerintah dalam melaksanakan pentadbiran dan pemerintahannya. Maka jika mufti berperanan selayaknya sebagai mufti, Umno mudah menerima fahaman Nik Abdul Aziz.

Persoalannya, kenapa Nik Abdul Aziz mempertikaikan pandangan mereka. Mempertikaikan pandangan mufti bererti tidak akur dengan kebolehan mereka dalam bidang agama atau sememangnya pengetahuan agama mereka tidak mampu mentafsirkan pola kehidupan yang rencam sehingga para mufti hanya mampu menjadi juru bicara Umno/BN. Kita tidak mampu menafikan Nik Aziz sebagai ulama yang aktif mengajar dan menyebarkan ilmunya dan pada masa yang sama menjadi ahli politik sepenuh masa. Ahli politik yang beragama dan mengamalkan agamanya dalam kehidupan.

Maka siapa mufti di Malaysia yang mampu menyaingi Nik Abdul Aziz. Mungkin Harrusani memiliki pengetahuan lebih daripada Nik Abdul Aziz, tapi beliau terlalu mentah untuk menyaingi Nik Abdul Aziz dalam bidang politik. Malah beliau tidak mampu mempamirkan sikap ulama yang memberi nasihat kepada Umno dalam segala urusan. Pastinya beliau terlalu geli untuk mengharungi petaka yang terpaksa dilalui Nik Abdul Aziz kerana tidak sefahaman dengan Umno.

Sebagai manusia biasa Nik Abdul Aziz terdedah kepada kesilapan, tapi buruk sangat jika orang Umno yang tidak reti agama, liat untuk beramal dengan agamanya, serta tebal dengan faham kebendaan itu galak menegur apa lagi memperlekehkan ahli politik dan ulama tua itu dalam perkara yang amat difahamainya dan telah diterjemahkan dalam kehidupan sehariannya. Tok Guru ada dalam kelasnya yang tersendiri.