Wednesday, October 14, 2009

Isa kah hebat?

Tan Sri Isa Abdul Samad menang dengan majoriti besar mengekalkan kerusi N31 Bagan Pinang dalam PRK terbaru selepas pilihan raya Umum lalu. Ramai menjangka kemenangan tersebut,tetapi tidak ramai yang meramalkan kemenangan besar tersebut. Pemimpin Umno sendiri tidak terkejut dengan kemenangan tersebut dan tidak menjangka penyakit Umno sembuh begitu cepat.

Konsep 1 Malaysia Najib dirasakan begitu berjaya menjinakkan sokongan pengundi yang kian menjauhkan diri Umno. Kemenangan yang mengembalikan keyakinan Umno selepas era Abdullah. Tun Mahathir dengan sikapnya yang tidak pernah berubah, tidak menaruh harapan tinggi kepada kejayaan tersebut. Mahathir tentu arif dengan permainan Umno dalam setiap PRK dan kemenangan di Bagan Pinang bukan aukuran mutlak.

Pola perubahan sokongan pengundi yang begitu ketara menafikan sebarang formula penganalisis politik untuk mengeluarkan bacaaan yang tepat. Namun itulah kebenarannya, Umno mempertahankan dasar bodoh sombongnya untuk menambatkan sokongan pengundi. Undi pos yang besar juga menjadikan Bagan Pinang ada ciri tersendiri dan terpencil. Para pekerja Umno tidak meungkin terlalu gembira dengan kenangan tersebut, begitu pula dengan Pas dan Pakatan Rakyat. Bagan Pinang bukan gelanggang untuk menilai sokongan rakyat kepada BN atau Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, Isa Samad pastinya ada keistimewaan tersendiri.

Isa yang cemar dengan noda rasuah, masih bertenaga dalam gelanggang Umno. Jika di Jepun mungkin orang seperti Isa sudah bunuh diri kerana gagal menjalankan amanah dengan baik dan terlibat dengan rasuah. Di Malaysia, orang keliru antara rasuah dengan politik wang. Lebih malang, penyokong Umno mengatakan bahawa Isa rasuah memberi wang, orang lain pula rasuah mengambil wang. Mana Umno reti bahawa pemberi dan penerima rasuah, kedua-dua berdosa.

Najib juga menerima Isa sebagai tidak bersalah kecuali melanggar etika parti. Maka apa yang dapat kita faham jika Najib begitu keliru maka penyokongnya akan lebih keliru. Jumlah pengundi yang memberi sokongan kepada Isa sememangnya menerima konsep rasuah Umno dan mereka boleh menerimanya. Janji-janji pembangunan berjumlah "bilion-bilion" mengikat sokongan rakyat. Kenyataan khurafat yang menebal menyebabkan rakyat merasakan tidak siapa yang dapat memberi pembangunan dan menjamin keselamatan kecuali Umno. Dan itulah zikir dan ratib yang tidak membasahkan lidah becabang Umno.

Kemanangan Umno patut disambut dengan gembira oleh Pas dan Pakatan. Umno tidak mampu berubah dengan sokongan itu dan dasar Umno yang jelas ditolak rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu masih teguh. Umno tetap dengan dasar bebal dan bodoh sombongnya itu. Maka Umno pasti segera menemui kehancuran.

2 comments:

sayyidina umar al-khattab said...

salam ukhuwah...salam perpaduan..

ana ingin menyentuh sedikit tentng PRUK Bagan Pinang sbenarnya kalau pun undi yang ada pada En. Zulkifle dan TS Isa Samad di tolak TS Isa masih mendahului dengan majoriti 3ooolbh. dan jika undi pos en. zul tidak di tolak dan undi pos TS Isa di tlak...TS Isa masih lagi mendahului dengan 1000lbh majoriti...

ana hanya bagi pendapat mohon maaf jika tersilap..

jemput ke blog ana di :- http://sanieyrizwan.blogspot.com
untuk bertukar pendapat..

ana menghargai setiap tulisan n komen anta...!

maaf jika tersilap bicara..

HIDUP ISLAM...!!!

Singgah abbebakar said...

Kebenaran bukan hitungan angka dan kemenangan Islam boleh diterima walau dibantu oleh syaitan. Apakah pengundi yang gelap dengan hakikat kebenaran mudah menyokong kebenaran.