Wednesday, December 31, 2008

2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 , MOGA ANDA LEBIH BERJAYA DALAM KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN.

PPSMI - Hebatkah kita?

Sekali lagi pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah membuat kejutan. Keputusan membanggakan telah diumumkan. Para pemimpin yang terlibat tentu berasa bangga dengan kejayaan para belajar, begitu juga ibu bapa dan pelajar lebih-lebih lagi. Dan paling mengembirakan kita ialah dasar PPSMI ( Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris) menampakkan kejayaan. Lebih 51.2 peratus calon menjawab soalan sains dalam bahasa Inggeris berbanding 21.5 peratus pada tahun 2007. Matematik pela melonjak naik 26.9 peratus berbanding 4.6 peratus tahun 2007.
Pencapaian A dalam semua mata pelajaran juga membanggakan dengan seramai 26,378 (5.96 peratus ) calon berjaya mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Hebat. Barangkali Dr. Khir Toyo terkedu begitu juga orang Umno Johor yang mencabar dasar itu. Begitu hebatnya dan taatnya para pendidik di Malaysia untuk merealisasikan dasar kerajaan. Apa-apa dasar yang diperkenalkan, pasti para guru bertungkus lumus menjayakannya. Tak cukup dalam kelas, diadakan kelas tambahan, kelas malam, program motivasi dan pelbagai macam program. Dasar kerajaan mesti disokong. Di sekolah pengetua dan guru besar mempunyai kuasa mutlak, setiap program mesti diikut, tanpa kecuali.
Persoalannya, apakah 51.2 peratus pelajar yang menjawab soalan sains dalam bahasa Inggeris itu petanda kejayaan PPSMI. Hairan juga kita apabila pelajar Melayu yang dikatakan lemah dalam ilmu kira mengira/ matematik menjadi bijak bila diajar dalam bahasa Inggeris. Begitu juga kejayaan dalam Bahasa Inggeris yang dikatakan meningkat, nampaknya PPSMI begitu membantu. Entahlah, tapi agak meragukan bila mata pelajaran seperti Geografi, sejarah, Pengetahuan Agama Islam yang di ajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu merosot keputusannya. Tidak begitu ramai calon dapat A dalam mata pelajaran berkenaan. Kalau begitu, memang dasar bangsa Melayu, selalu berbangga dengan budaya dan memandang rendah dengan keupayaan sendiri. Kalau ya, alangkah malangnya bangsa Melayu, yang mencurigai keupayaan bangsa dan bahasanya sendiri.
Kita tidak boleh mempertikaikan kejayaan pelajar dari aspek pemarkahan dan penyediaan soalan. Pihak yang berwajib menjelaskan bahawa srtandard pemarkahan dan penyediaan soalan lebih tinggi daripada Britain atau mungkin kita yang terbaik di seluruh dunia? Kita yang ukur, kita yang nilai makanya kita yang terhebat bukan? Masakan Universiti Malaya yang pernah berada dalam kelompok elite institusi pengajian tinggi suatu ketika dulu sudah merudum ke tempat corot.
Kegilaan pihak yang mempertahankan dasar PPSMI juga begitu membingungkan kita. Cikgu yang mengajar Matematik dan Sains di sekolah rendah dan menengah dikatakan selalu pulun proses P & P nya dalam bahasa Melayu. Mengajar dalam Bahasa Inggeris boleh tetapi pelajar lebih banyak yang angguk daripada faham. Majoriti kita terlalu rapat dan faham dengan keupayaan dan kebolehan murid, sekurang-kurang kita ada anak yang terlibat dengan PPSMI. Kalau pelbagai pihak mempertikaikan kebijaksanaan kerajaan meneruskan dasar PPSMI di sekolah maka itu adalah hakikat sebenar ukuran kejayaan atau kegagalan dasar itu. Angka-angka yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak ramai yang meyakininya. Dasar bangang ini menjadi semakin bodoh apabila kerajaan tidak mempu menyediakan guru bahasa Inggeris yang terbaik di semua sekolah terutama di luar bandar. Kita amat berkeyakinan , bahawa pelajar kita tidak terlalu bangang untuk menguasai bahasa Inggeris jika kerajaan mampu menyediakan guru-guru yang terlatih dan berkelayakan di semua sekolah di negara ini.
Di sini kita harus bertanya dan cuba menjawab pelbagai soalan berkenaan PPSMI di negara kita Malaysia:-
1) Siapakah sebenarnya yang mahu dan mempertahankan dasar PPSMI itu dilaksanakan, ibu bapa?, guru-guru?, Kementerian? atau siapa?
2) Pernahkan pihak kementerian pelajaran mendapat maklum balas yang jelas dan telus daripada guru yang melaksanakan dasar PPSMI di sekolah-sekolah. Adakah mereka dipaksa dan terpaksa melaksanakan dasar itu.
3) Pernahkan guru-guru diuji tahap kecekapan mereka untuk mengendalikan kelas PPSMI.
4) Tidak adakah kaedah lain untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris selain melaksanakan dasar PPSMI.
5) Teruk sangatkah bahasa Inggeris para cendikiawan kita dalam pelbagai bidang untuk menyampaikan disiplin keilmuan masing-masing dengan menggunakan Bahasa Melayu.
6) Bukankah dasar PPSMI merupakan penghinaan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak mampu untuk menyampaikan ilmu terutama matematik dan sains kepada khalayak.
7) Tidak cemarkah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan penghinaan demi penghinaan sehingga pekerja asing yang datang ke negara ini lebih mampu berbahasa Inggeris tapi tidak bahasa Melayu.
8) Melampaukah jika kita berjuang dan mempertahankan dasar bahasa Kebangsaan dan merasa bangga dengan kejayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan digunakan dalam segala lapangan oleh setiap lapisan rakyat.
Jika anda mampu menyenaraikan lebih banyak soalan dan memastikan jawapannya, maka adakah anda tidak runsing dan bimbang dengan keadaan bahasa Mekayu yang kian terpinggir. Masihkah anda akan mempertahankan badut-badut politik yang hilang segala harga diri kerana kuasa dan loba harta? Apakah anda akan terus membiarkan pelacur-pelacur politik ini menentukan segala keburukan kepada kepentingan warisan kita?

Monday, December 29, 2008

Tahun Hijrah 1430

" Tidak ada hijrah lagi sesudah kemenangan, tetapi yang ada ialah jihad dan niat dan apabila diperintah kamu keluar maka keluarlah" -al hadith.

Imam Nawawi berkata: " Dikehendaki dengan hadith ini ialah bahawa kebaikan yang terhenti atau terputus dengan hapusnya hukum hijrah dapat dihasilkan dengan jihad dan niat yang baik, dan apabila diperintahkan kamu oleh imam untuk keluar kepada jihad dan kepada melaksanakan amal yang baik, maka hendaklah kamu keluar."

Selamat menyambut tahun Baharu Hijrah 1430
Tingkatkan jihad untuk mencapai kemenangan
tanpa mengharapkan ganjaran...
kecuali keridhaanNya...

Niat Perdana Menteri

Dari Amirulmukminin Abu Hafsah Umar Ibnu al Khatab, katanya: Aku dengar Rasulullah bersabda: "Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa berhijrah bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu."

Dilaporkan oleh Berita Minggu Ahad 28 Disember 2008, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan cadangan Pas untuk perlaksanaan hukum hudud dan qisas jika berjaya mengetuai kerajaan sebagai isu lapuk, sambil meminta rakyat usah menghiraukan permainaan politik parti pembangkang itu.

PM berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Ulama Pas, yang menyifatkan perlaksanaan hukum berkenaan di negara ini bukan menjadi keutamaan parti itu jika Pakatan rakyat mengambil alih pemerintahan kerajaan.

Isu hudud menjadi hangat apabila Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan pada majlis Wacana Trnsformasi Politik Malaysia, bahawa Pas akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang memerintah.

Kenyataan pelbagai pihak mengenai isu hukum hudud dan qisas dalam konteks negara kita Malaysia dapat disimpulkan sebagai:-

1) Tiadak ada niat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia pada bila-bila masa untuk menyokong hukum hudud dan qisah, apalagi melaksanakannya di dalam pemerintahan kerajaan Malaysia.

2) Jelas bahawa PM ada niat untuk mempolitikkan isu hudud dan qisas yang diperjuangkan oleh Pas dalam keadaan:

a) Memperlekeh perjuangan Pas untuk mendaulatkan hukum hudud dan qisas.

b) Memainkan hukum hudud dan qisas untuk meraih sokongan orang bukan Islam
dan cuba mengambarkannya tidak sesuai dan menindas orang bukan Islam.

c) Cuma mempromosi sikap "libral Umno" dalam beragama dan tidak meyakini hukum
Allah itu sebagai penyelesaian mutlak masalah manusia sejagat.

3) Perdana Menteri gagal melaksanakan tugasnya sebagai seorang ketua negara dan seorang beragama Islam untuk berusaha melaksanakan hukum Allah. Beliau sebagai Perdana Menteri ialah orang yang paling bertanggungjawab pada bila-bila masa untuk melaksanakan hukum hudud dan qisas. Maka menjadi kewajipannya "menyokong" usaha Pas atau mana-mana puak yang berusaha melaksanakan hukum Islam itu.

Dalam keadaan Perdana Menteri dan Umno kebingungan untuk meraih sokongan orang Islam dan bukan Islam melalui hukum hudud dan qisas, Pas menjadi kian matang dan lebih terbuka. Melalui pendekatannya yang sederhana dan istiqamah dengan Islam sebagai dasar perjuangan, Pas telah dapat mendekatkan dan memberi kefahaman kepada orang bukan Islam berkenaan Islam dan hukum-hukumnya. Sokongan orang-orang bukan Islam di Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu kepada Datuk Menteri Besar Kelantan adalah bukti yang nyata bahawa tidak ada asas ketakutan orang bukan Islam di bawah pemerintahan Islam. Kemenangan calon-calon Pas dalam kawasan majoriti orang bukan Islam dalam pilihan raya lalu menjadi kayu ukur keberkesanan dakwah Pas kepada orang bukan Islam.

Saturday, December 27, 2008

Tanya itu sama ... Iman.

Para pengundi P36 Parlimen Kuala Terengganu,
kami yakin kebijaksanaan anda
membuat pilihan yang bijak

Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah, Tuhan seru sekalian alam, tiada sekutu bagiNya, dan demikian itulah aku diperintah dan aku termasuk golongan kaum Muslimin”

Petikan pengertian doa iftitah yang dibaca oleh orang Islam setiap kali sembahyang, sekurang-kurang 5 waktu sehari semalam, merupakan ikrar, pengakuan mereka di hadapan Allah. Mereka sewajibnya sadar bahawa segala urusan ibadat, kehidupan dan kematian mereka tidak boleh lepas daripada bertanggungjawab kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Allah, Tuhan yang mengatur, mentadbir dan mengurus segala persoalan kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat.

Orang Islam yang bersembahyang pastinya sadar bahawa segala urusan dan kehidupan mereka mesti selari dan selaras dengan perintah Allah sebagaimana yang termaktub di dalam al Quran dan hadith Nabi Muhamad s.a.w. Orang Islam yang bersembahyang akan bertanya dalam setiap urusan ibadat, kehidupan dan kematian mereka, apakah mengikut perintah Allah atau sebaliknya. Mereka bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, bersedekah, menunaikan haji, berjihad dan segala ibadat kerana itu perintah Allah.

Begitu juga mereka akan bemuamalah dalam urusan kehidupan seharian sebagaimana dituntut oleh Islam. Mereka akan sentiasa berhati-hati dalam urusan kehidupan seharian. Mereka akan bertanya dan menyoal, halal haram makan-minum mereka, jual-beli mereka, nikah-khawin mereka, pendidikan mereka, kewangan mereka, politik mereka dan sebagainya. Ketelitian orang Islam yang bersembahyang dalam kehidupan dimanifestasi dalam kesempurnaan akhlak terpuji mereka. Mereka sentiasa berusaha berakhlak mulia untuk mendapat husnul khatimah, kematian yang di ridhai Tuhannya, Allah. Mereka yakin akan mendapat ganjaran baik atau jahat daripada amal mereka di dunia.

Jadinya, kepada lebih 90 peratus pengundi di P36 Kuala Terengganu di harap dapat menterjemahkan pengakuan dan amalan mereka sebagai seorang Muslim yang bersembahyang. Mereka seharusnya membuat pertimbangan apakah;

1) Menyokong Umno yang sarat dengan dosa penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan, fitnah dan konspirasi jahat selaras dengan amalan orang bersembahyang.

2) Patutkah mereka menolak Pas yang secara istiqamah berjuang mendaulatkan hukum Allah di Malaysia. Tidak berdosakah mereka menolak jemaah yang berjuang di atas dasar Islam demi untuk mendaulatkan Islam.

3) Tidak berdosakah anda para pengundi memberi undi kepada Wan Ahmad Farid yang bertunjangkan assabiyah Umno atau mana-mana calon tajaan/calon pengacau yang tidak mempunyai dasar dan matlamat yang jelas dalam pilihan raya tersebut.

4) Tidak berdosakah tindakan anda memulaukan mana-mana calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan Pas/Pakatan Rakyat melalui keputusan syura yang berteraskan prinsip ajaran Islam.

5) Tidak akan ditanyakah tindakan anda mempersoalkan keputusan kepimpinan dalam menetapkan seorang calon Pas/Pakatan Rakyat dalam pihin raya kecil P36 nanti.

6) Apakah bantahan anda terhadap keputusan kepimpinan Pas/Pakatan Rakyat itu di atas dasar dan prinsip yang dibenarkan oleh Islam atau kerana nafsu dan kepentingan anda.

7) Anda yang berarak mengiringi calon Umno pada hari penamaan calon, berkempen untuk calon Umno, menampal bendera/poster Umno dan BN, dan segala bentuk sokongan yang anda beri itu tidak akan di ambil kira oleh Allah. Adakah anda fakir Allah akan membiarkan tindakan-tindakan besar tersebut sedangkan anda faham bahawa dalam ajaran Islam tidak ada sebarang pelakuan manusia yang terlepas daripada hisab dan hitungan Allah. Bersediakah anda untuk berhadapan dengan Allah di akhirat kerana menyokong Umno/BN.

8) Tidak yakinkah anda dengan ganjaran yang akan anda terima di dunia dan di akhirat dengan sebab menyokong, berkempen, menyumbang tenaga,masa dan ringgit untuk memenangkan calon Pas/Pakatan rakyat nanti.

Banyak lagi yang perlu anda fikirkan sebelum anda melakukan sesuatu perkara kerana semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Bagi golongan non-muslim, saya mendapat maklumat jelas bahawa mereka dapat membuat keputusan menolak Umno/BN disebabkan senarai panjang kegagalan kegagalannya mengemudi Negara sejak lebi 50 tahun lalu.
Anda pasti meberi sokongan kepada PAS.

Friday, December 26, 2008

Hudud Allah.

Hukum Hudud

Islamic law capable of attending to...

Sumber hukum

Sumber hukum jinayah syari’yah dalam sistem kehakiman dan perundangan Islam berdasarkan al- Quran, hadith, ijma’ ulama dan qias.

Peringatan.

Hukum-hukum jinayah syari’yah ialah hukum bagi orang yang beragama Islam. Mereka yang bukan dari kalangan umat Islam tidak dipaksa berhukum dengan hukum ini. Tidak ada asas ketakutan mereka terhadap perlaksanaan hukum ini. Mereka bebas minum arak dan sebagainya. Jika mereka melakukan kesalahan jenayah mereka boleh berhukum dengan hukum agama mereka, atau dengan hukum di bawah undang-undang sivil atau kalau hendak boleh mereka berhukum dengan hukum hudud.

Siapa yang takutkan hukum hudud?

1) Orang Islam.
2) Orang bukan Islam.

Ada orang Islam yang takutkan berhukum dengan hukum hudud?
Majoriti orang Islam di Malaysia takut berhukum dengan hukum hudud. Buktinya, Pas yang memperjuangkan perlaksanaan Islam secara total dan menyeluruh termasuk perlaksanaan hukum hudud, hukum qisas, hukum diyat, dan hukum takzir di tolak dalam pilihan raya di Malaysia.

Siapa pulak orang Islam yang takutkan hokum hudud, hokum yang ditetapkan oleh agamanya sendiri?

1) Pemimpin Umno (Islam dan termasuk berfahaman Islam Hadhari).

2) Para penyokong, pendokong dan simpatisan yang taksub dengan Umno dan sejarah kepimpinannya di Malaysia. Kononnya Umnolah satu-satunya yang boleh memerintah Malaysia dengan baik. Baikkah pemerintahan Umno di Malaysia?

3) Para Ulama pembodek Umno, ulama jahat (ulama suuk) . Ular dalam semak, bahaya.

Kenapa takut sangat golongan ini dengan hukum hudud? Antara sebab-sebabnya ialah:-

1) Mereka takut sangat dengan hukum hudud kerana jika hudud dilaksanakan, maka sukar mereka untuk mencuri, tipu harta rakyat, berzina, berjudi, minum arak dan susah nak rancang konspirasi membuat tuduhan palsu liwat atau zina. Para konspirator ini jika dilaksanakan hukum hudud, jika tidak dapat mengemukakan saksi-saksi mengikut syarat yang ditetapkan akan kena rejam. Baru padan, ini senang-senang tuduh seseorang hamba Allah meliwat atau berzina , kawan tu dapat aib, dihukum penjara, rosak teruk imej dan sebagainya , kita berbanga dengan kejayaan perancangan kita untuk menjatuhkan orang lain.

2) Mereka ni jahil tentang Islam dan hukum-hakamnya. Mereka tidak yakin hukum Allah adalah terbaik untuk mengawal nafsu manusia. Mereka lebih percaya undang-undang yang direka cipta oleh nafsu sesuatu puak atau kelompok untuk mengawal kejahatan nafsu manusia. Pelik bukan. Banyak persoalan yang boleh di kemukakan, misalnya bolehkah diyakini undang-undang yang dibuat oleh nafsu sekelompok manusia itu bebas daripada pengaruh nafsu untuk mempertahankan kepentingan puak atau kelompok tertentu?

3) Jika hukum hudud dilaksanakan, layakkah pemimpin-pemimpin Umno untuk menjadi pemimpin. Layakkah Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009 nanti. Layakkah para perasuah, penzina, pemabuk, perampas khazanah negara, pembunuh menjadi pemimpin negara. Nyata hukum hudud tiada niat bagi Umno pada bila-bila masa untuk melaksanakannya.

4) Golongan Ulama sepatutnya menjadi pewaris ambia’. Mereka wajib mempertahankan hukum hudud, bukan mereka cipta dalil-dalil untuk menolak hudud. Besar sangatkah perut mereka untuk diisi dengan sampah dunia yang tidak bernilai atau pangkat di sisi para pemimpin Umno yang menolak hudud. Ada ulama Umno, yang menjadi pemimpin Umno, boleh menolak hudud dan membenarkan sebuah “kerajaan langit” beroperasi bertahun-tahun sedangkan ajaran “kerajaan langit “ itu disahkan sebagai terpesung daripada ajaran Islam sebenarnya. Ahli kumpulan “kerajaan langit” merupakan penyokong Umno. Ramai orang Islam yang terpesung aqidahnya tetapi ia bukan ancaman kepada Umno, tap apa.

5) Ada pandai undang-undang beragama Islam yang terlalu bijak sehingga sanggup saman kerajaan Kelantan kerana hukum hudud. Sebab-sebabnya barangkali anda lebih tahu, saya terlalu naif dan tidak mampu menyelamai nurani peguam tersebut sehingga sanggup mencabar hukum Tuhannya.

6) Hudud dijadikan sandaran sebagai talian hayat politik mereka. Umno menolak hudud untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Mereka di atas nama perpaduan kaum, toleransi beragama menolak hudud. Hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya majmuk, pelbagai bangsa, bahasa, adat budaya dan agama. Umno sebagai sebuah parti politik Melayu sepatutnya berperanan menerangkan kemurnian hudud untuk semua rakyat Malaysia melampaui batasan sempadan itu semua. Jika ahli Umno yang beragama Islam sejak lebih 50 tahun lalu berusaha menjelaskan Islam dan hukum hakamnya kepada anggota komponennya dalam Perikatan dan kemudiannya dalam Barisan Nasional, saya yakin hanya beberapa orang sahaja rakyat Malaysia yang masih tinggal keliru dengan hudud.

7) Pemimpin parti bukan Islam menolak hudud kerana ia modal mudah untuk mendapat sokongan khalayak yang terdari daripada orang bukan Islam. Kita tidak akan mempersoalkan tindakan mereka, cuma sewajarnya mereka lebih perlu lebih terbuka untuk memahami hukum Islam kerana mereka tidak akan rugi apa-apa malah mereka sebenarnya mendapat pembelaan daripada agama suci itu. Islam adalah rahmat bagi seluruh alam.

Harapan

1) Pas sebagai politik yang tegas memperjuangakan Islam dan perlaksanaan hukum-hakamnya akan berusaha mendakati golongan bukan Islam megai memberi penjelasan tepat dan menghapuskan kekeliruan mereka berkenaan Islam dan hukum hakamnya.

2) Orang bukan Islam tidak tidak perlu bimbang untuk mendekati Pas kerana sebagai orang Islam, mereka tidak akan memaksa sesiapapun menganut Islam atau memaksa perlaksanaan hukum-hakamnya keatas orang bukan Islam.

3) Kepada semua rakyat Malaysia, perlaksanaan undang-undang jinayah syar’iyah akan mengatasi dan menyelesaikan pelbagai masalah jinayah yang meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir. Kita amat yakin kerana ia merupakan undang-undang Allah dan Dia Maha Mengetahui pendekatan terbaik untuk mengatasi salah laku jinayah manusia. Hudud ialah jalan penyelesaiannya.

4) Anda perlu mendapat penjelasan yang tepat berkenaan hudud daripada cendikiawan Islam yang berintigriti bukan penyangak qaidah yang bertopengkan Islam. Anda tidak perlu menjadi pakar undang-undang untuk memahami hudud, apa yang perlu ialah keikhlasan untuk memahami dan menerimanya. Anda pasti menerima jikmahnya jika hudud dilaksanakan walaupun anda bukan Islam.

Monday, December 22, 2008

Nak Lok Lagi Ke...

Bandaraya Kuala Terengganu akan menanti dengan penuh debar tanggal 6 Januari, tarikh penamaan calon P36 setelah penyandangnya kembali menemui Yang Maha Berkuasa. Denyutan dan getaran nadi dan urat saraf Bandaraya Pesisir Laut China Selatan itu menjadi lebih kencang dan mencapai kemuncak pada 17 Januari. PRK itu mempunyai makna tersendiri dalam menentukan rona politik negara.

Umno mendahului pihak lain mengumumkan calonnya. Najib Tun Razak yang dikatakan akan menerajui kepimpinan Malaysia mulai Mac 2009 memberi keyakinan kepada Datuk Wan Ahmad Farid bin Datuk Wan Salleh sebagai calon terbaik untuk mengekalkan dominasi parti itu dalam PRK P36 nanti. Secara tradisinya pertandingan menjadi seru di antara Umno dan Pas yang dikatakan mewakili Pakatan Rakyat.
Segala-galanya terserah kepada pengundi P36 Kuala Terengganu. Mereka berhak memilih sesiapa sahaja yang berkenan di hati seperti Tok Maimun yang berumur atau calon-calon lain yang didatangkan dari luar Terengganu. Adalah dijangaka, akan terdapat calon-calon yang ditaja untuk mengurangkan gemuruh Umno, tapi rakyat akan berfikir secara bijak untuk membazirkan undi mereka sebagaimana 628 undi yang pernah diberi kepada Tok Maimun dalam pilihan raya Mac lalu.
Walau bagaimanapun, pengundi Kuala Terengganu akan bertindak bijak untuk membuat penilaiandan memilih calon yang berwibawa. Mereka seharusnya memilih calon yang dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat. Jangan sekali-kali memilih golongan yang sedang berkuasa dan terbukti sering menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan suku sakat dan puak semata-mata. Rakyat Terengganu seharusnya bijak bertindak dan tidak terpesona dengan perhiasan dan pelbagai kosmetik di hari persandingan. Kononnya puluhan juta diperuntukkan oleh Umno untuk mengekalkan kerusi parlimen Kuala Terengganu. Pengundi yang bijaksana tidak akan memperjudikan sentimen kepartian, kenegeriaan, kekeluargaan atau habuan beberapa ringgit untuk terus membiarkan negara ini terus diterajui oleh puak yang zalim. Barangkali penafian Wan Ahmad Farid bahawa beliau bukan perancang Peristiwa Batu Buruk perlu dipertikaikan. Konspirasi yang dirancang oleh kerajaan sejak akhir-akhir kini mudah diterjemahkan oleh rakyat.

Buktikan Pengundi Kuala Terengganu juga matang seperti pengundi Permatang Pauh. Selamat berjuang.

Sunday, December 21, 2008

Aku Bukan Musuh Harta

Berita Minggu Ahad, 21 Disember 2008 melaporkan bahawa lagu puisi nukilan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin diharamkan oleh Rtm. Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar mengesahkan bahawa Rtm mengharamkan penyiaran lagu “Aku Bukan Musuh Harta” dari album lagu-lagu puisi Dr. Asri yang berjudul “Yang Benar Tetap Benar” nyanyian kumpulan Kopratasa.

Ketika diminta mengulas keputusan tersebut, Dr Asri melahirkan rasa kesal dengan tindakan Rtm mengharamkan lagu berkenaan kerana liriknya adalah bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak untuk bersama membasmi kemungkaran. Di bawah dipetik rangkap- rangkap daripada lirik lagu Dr Asri yang diharamkan oleh Rtm.

Kita berkeyakinan Rtm mempunyai alasannya sendiri dan bertindak mengharamkan lagu tersebut. Lagipun Rtm mempunyai bidang kuasa untuk mengawal kegiatan seni di Malaysia supaya selaras dengan dasar negara. Walaubagaimana pun kita merasa pelik dengan banyak tindakan pengharaman yang dibuat oleh Rtm , apakah kriteria yang menyebabkan sesuatu karya seni itu diharamkan.

Kita merasakan Rtm gagal menyediakan standard piawaian ukuran jelas kepada pengiat-pengiat seni untuk berkarya. Karya seni tempatan sama ada lagu, drama, filem malah para artis sering menjadi mangsa ketegasan Rtm. Keadaan menjadi berbeza apabila Rtm berhadapan dengan karya-karya yang diimport. Lihat sahaja filem atau drama dari tanah seberang yang sarat dengan ciri-ciri terlarang bagi karya seni tempatan. Rtm nempaknya selesa memberi ruang kepada unsur-unsur tahyul, khurafat,lucah yang dibawa bersama karya dari luar tetapi menjadi begitu teliti dengan kerja-kerja seni tempatan. Barangkali, ketegasan Rtm ini telah menyebabkan karya-karya seni kita kian hambar dan semakin kehilangan khalayak. Fungsi seni juga kian bantut dan terkongkong dibawah agenda propaganda. Pengiatnya pula sudah hilang jati diri dan ketegasan mempertahankan idea seni mereka.

Dalam konteks lirik lagu Dr Asri, mesejnya adalah jelas untuk memberi kesedaran kepada kelompok manusia yang diberi amanah untuk mengurus harta rakyat, tetapi menjadikannya sebagai peluang untuk merebut dan membolot sebanyak-banyak kepentingan peribadi.
Mereka bertindak melampau sehinga melupakan peraturan agama yang dianutinya.
Persoalannya, kenapa Rtm merasa begitu tersinggung dengan lirik lagu Dr Asri dan golongan mana sebenarnya yang dipertahankan oleh Rtm, apakah kelompok pemerintah yang tamak atau golongan menjadikan seni sebagai media untuk menegur dan mengingatkan mereka yang terlanjur. Maka siapakah lagi yang sanggup dan layak menegur golongan yang nampaknya kian hanyut dengan kuasa yang dimilikinya. Kecelaruan seperti inilah yang banyak membunuh kreativiti rakyat Malaysia.

Wednesday, December 17, 2008

Ilmu; keazaman dan budaya Melayu.

1) " Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah s.w.t., maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum hakam agama dan akan diilhamkanNya petunjuk di dalamnya."
2) " Menuntut ilmu itu adalah wajib di atas setiap Muslim."

3) " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."

4) " Maka tanyakanlah para ahli ilmu pengetahuan, kiranya kamu tidak mengerti."

Nilai ilmu bagi seorang Muslim mudah difahami. Selain hadith dan ayat di atas, di sana terdapat banyak ayat dan hadith nabi yang menjelaskan keutamaan, nilai dan kepentingan ilmu bagi seorang Islam. Menjadi seorang Islam bermaksud menjadi orang yang amat mengutamakan ilmu lantaran faham mereka kepentingan, kelebihan dan nilai ilmu kepada kehidupan mereka sama ada di dunia atau akhirat. Justru, mereka yang sewajarnya mendominasi ilmu dalam pelbagai bidang pada segala zaman.

Sememangnya, umat Islam pernah melalui zaman gemilang itu. Sejarah telah membuktikannya. Sepatutnya sejarah juga mampu merubah zaman malap ilmu di kalangan umat Islam. Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan umat Islam supaya sentiasa berusaha meningkatkan ilmu seperti sabdanya:

5) " Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah, maka tiada diberkati bagiku terbitnya matahari hari itu."

Membandingkan maksud hadith-hadith dan ayat-ayat al Quran dengan keazaman dan budaya masyarakat Melayu terhadap ilmu, kita pasti menemui jurang pemisahnya. Ciri-ciri yang sepatutnya bagi seorang Islam tidak kedapatan dalam budaya Melayu.

1) Mereka gagal mengamalkan konsep pendidikan sepanjang hayat sebagaimana yang di tuntut oleh Islam.

2) Mereka gagal menghargai ilmu dan menilai kesarjanaan.

3) Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, menyebabkan nilai ilmu hanya sekadar sekeping kertas. Mereka membaca untuk lulus periksa dan bukan untuk mencari dan meningkatkan kualiti ilmu. Apalagi untuk dimanfaatkan ilmunya.

4) Budaya menuntut ilmu orang Melayu yang masih bersifat kuno, mereka jarang mencatat penemuan yang didapati. Situasi sebegini boleh dilihat sesekali anda ke majlis ilmu , jarang kedapatan pelajar yang mencatat dan membuat koleksi catatan. Kebanyakan mereka adalah pendengar.

5) Konsep belajar dan menuntut ilmu masih lagi terikat dengan kepentingan melengkapkan
ilmu fardhu ain. Mereka jarang memberi persepsi yang wajar mengikut Islam terhadap ilmu yang budkan fardhu ain. Alternatif yang disediakan oleh pihak pemerintah untuk menjernihkan keadaan ini telah menyebabkan ramai orang Melayu yang mula buta agama. Yang dikejar kurang dapat dan yang dikendong keciciran.

Para cerdik pandai nampaknya dibuli oleh pihak penguasa yang bersifat bodoh sombong. Mereka jarang menjenguk bijak pandai dari pelbagai bidang untuk menjernihkan kelodak minda yang melanda masyarakat Melayu. Proses membawa balik konsep ilmu sebagaimana dituntut oleh Islam kedalam masyarakat Melayu perlu lakukan. Para penguasa yang selalu melihat segala perkara dari aspek kepentingan kuasa dan politik sempit perlu diketepikan sebelum bangsa Melayu menjadi lebbih punah. Orang Melayu yang insaf dan sadar akan sentiasa menanti kemunculan negarawan sejati yang akan merungkai segala kekusutan yang membelit bangsa Melayu Islam.

Thursday, December 4, 2008

Ketuanan Melayu vs Islam.

Malaysiakini 3 Disember melaporkan bahawa pada Khamis lalu, Dr Chua berkata , konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah dan slogan ‘Ketuanan Melayu’, hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh di terima lagi. Beliau selanjutnya berkata, “Kita menerima kepimpinan Melayu, tapi bukan Ketuanan Melayu”.

Kenyataan Dr Chua telah menyebabkan segolongan pembela Melayu melatah. Terkejut beruk. Kononnya kenyataan Dr Chua berbau hasutan, menyebabkan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) menghantar notis guaman menuntut timbalan presiden MCA itu memohon kemaafan kepada orang Melayu.

Apa-apa pun, diucapkan terima kasih dan tahniah kepada Dr. Chua tapi bukan kerana mampu menempatkan semula dirinya dalam arus politik perdana negara. Ucapan itu perlu kerana beberapa alasan:-

1) Dr Chua lebih faham penggunaan Bahasa Melayu, bahawa konsep ketuanan Melayu yang diterjemahkan oleh sominasi kuasa Umno tebal dengan 'konotasi feudal' dan tidak sesuai dengan konsep Raja Berpelembagaan yang di amalkan di Malaysia.

2) Menyedarkan para pemuka politik Melayu bahawa kuasa 'Ketuanan Melayu' itu bukan mutlak. Pemimpin seharusnya sadar bahawa perkongsian kuasalah yang membolehkan rakyat Malysia pelbagai kaum da agama dapat hidup aman dan damai. Kuasa bukan lesen untuk membuli, merampas dan membahagi-bahagikan khazanah negara secara tidak adil.

3) Menyedarkan pemimpin Melayu bahawa komposisi bangsa Melayu mengecut dari 80 peratus ketika menjelang kemerdekaan kepada lebih kurang 60 peratus setelah 51 tahun merdeka.

4) Menyedarkan pemimpin Melayu akan kegagalan mereka memertabatkan Bangsa Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam yang menjadi anutan orang Melayu, penggunaan tulisan jawi, pemilikan ekuiti orang Melayu, kemantapan akhlak dan sahsiah orang Melayu, kekuatan politik orang Melayu, dan segala-gala yang berbau Melayu sebenarnya semakin lemah di bawah ‘Ketuanan Melayu’ Umno/BN.

5) Menyedarkan orang Melayu bahawa relevensi ‘Ketuanan Melayu’ makin tersisih dari arus perdana politik Malaysia dan rakyat Malaysia umumnya perlu melihat Islam sebagai alternatif penyelesaian segala pertikaian dalam ‘kontrak sosial’ di Malaysia.

6) Menyedarkan seluruh rakyat Malaysia, sewajarnya mereka menerima kewujudan masyarakat pelbagai bangsa dan agama di bumi bertuah ini dan mempertahankan kedamaian sedia ada. Peristiwa menjulang keris, mempersoalkan hak orang Melayu sebagai penduduk asal di bumi bertuah ini seharusnya dilihat sebagai kebebalan dominasi ‘Ketuanan Melayu’ Umno/BN mempertahankan hayat politik mereka.

7) Rakyat seharusnya melihat alternatif perkongsian kuasa yang ditawarkan oleh ‘Pakatan Rakyat’ untuk menyelesaikan persoalan masyarakat majmuk di Malaysia. Rakyat tidak perlu terlalu sentimental untuk melihat Umno berkubur dengan segala keangkuhannya walaupun sekali ia pernah berjasa kepada mereka. Biarlah Umno/BN hanya dipertahankan oleh para penyangak dan pembuli yang pernah hidup dalam kandang kemewahannya.


Wednesday, December 3, 2008

Fatwa Yoga: Siapa yang mempertikaikannya?

Taniah dan syabas kerana telah menghabiskan lebih dua dekad daripada usia tuan mempertahankan Muslim dan imej Islam. Itulah selayaknya yang seharusnya diterima oleh Dr Farish Noor. Pastinya beliau berbangga dengan usahanya yang tidak jemu-jemu untuk mempertahankan Islam dan imej Islam terutama di ruang lingkup yang amat mencemuh Islam. Walaupun agak kelelahan dan sedikit kecewa dengan tindakan sebahagian orang Islam sendiri yang mencalar reputasi hasil pembentukan Imej Islam yang beliau usahakan, kita berharap beliau tidak akan berputus asa. Sikap berputus asa ini bukan dari ajaran Islam.

Namun kita agak kecewa dengan Tuan Dr. Farish Noor yang tidak mampu mempertahankan tindakan sebuah badan berwibawa yang dilantik oleh kerajaan untuk menjaga kesucian Islam dari sudut aqidah, muamalat, syariat dan akhlaknya. Mereka yang dilantik sememangnya tidak pernah diundi oleh Tuan Dr. Farish Noor untuk berada di situ, apalagi oleh majoriti rakyat Malaysia, tetapi bukan bererti wibawa mereka perlu dipertikai dan kesahan fatwa yang dikeluarkan tidak boleh diterima pakai khususnya oleh orang Islam yang taat.

Barangkali Tuan Dr. Farish Noor tidak sekali-kali terkeliru dengan bidang fatwa itu sendiri yang terkhusus untuk orang Islam. Orang bukan Islam sepatutnya tidak berkecil hati. Bila Islam mengharamkan Lotri Kebajikan Masyarakat, ini bukan bermaksud mereka tidak boleh membeli tiket lotri berkenaan sebabnya mereka tidak Islam. Jika ada orang Islam yang mengamalkan Yoga umpamanya seperti tuan, adalah menjadi tanggungjawab tuan membetulkan kekeliruan Majlis Fatwa Kebangsaan tapi bukan dengan kenyataan dan contoh-contoh kampungan. Saya sepatutnya berhujah kampungan sebab tidak bersekolah tinggi. Tetapi tindakan tuan memasukkan kenyataan seperti makan kari, duduk bersila, bertafakur, urut-urutan , kung fu, tai chi dan yang seumpama untuk membidas Majlis Fatwa Kebangsaan saya kita tidak tepat. Nampak sangat tuan tidak dapat membezakan antara ajaran agama, budaya atau riadah itu sendiri. Apalagi pernyataan tuan yang mengaitkan amalan berkenaan dengan peningkatan bilangan penganut agama Hindu di Eropah atau di Malaysia sendiri dari kalangan pengamal Yoga. Tuan Dr. Farish Noor,telitinya dan murninya tauhid dalam Islam menyebabkan seseorang tidak perlu mengistiharkannya kafir untuk menjadi kafir.Banyak perkara dari aspek amalannya, perkataanya atau keyakinannya yang menyebabkan seseorang boleh terpesong dari landasan ajaran Islam yang murni. Peranan Majlis Fatwa Kebangsaan sebenarnya untuk mengelakkan fenomena ini berlaku. Barangkali banyak kelemahan Majlis Fatwa Kebangsaan, tapi mempersoalkan peranan dan kewibawaannya adalah tidak tepat.

Saya kira usaha tuan yang berdekad itu tidak bakal menjernihkan keadaan sebaliknya kemurnian ajaran Islam yang tuan cuba sederhanakan itu menyebabkan Islam kian hilang seri dan identiti. Tuan sepatutnya berbangga dengan kemurnian Islam berdasarkan puncanya yang asli dan tidak perlu berusaha untuk membuat modifikasi supaya Islam lebih terbuka, lebih moden dan lebih diminati ramai. Tidak perlu itu semua tuan, kerana Nabi sendiri ketika diperintahkan menyampaikan ajaran ini tidak pernah mendapat perkenan daripada majoriti jahiliah rakyat Arab masa itu.

Tuan Dr Farish Noor yang di hormati, sesungguhnya reaksi marah Muslim Malaysia yang tuan gambarkan itu adalah fakta yang celaru. Siapa mereka yang tuan maksudkan. Betulkah Majlis Fatwa Kebangsaan memerlukan izin daripada mereka untuk mengeluarkan sebarang fatwa. Persoalan pangkid umpamannya, saya kebetulan melihat kelompok yang membuat tunjuk perasaan kononnya membantah fatwa pengharaman pangkid. Adakah usaha beberapa kerat anak muda yang tidak senonoh, yang belum tahu sebenarnya apa yang mereka lakukan dan untuk apa itu dilakukan sebagai gambaran majoriti kehendak orang Islam? Saya terkadang keliru apakah sebenarnya yang tuan Dr. Farish Noor perjuangkan?

Tuan Dr Farish Noor, saya kira Islam yang moden, libral dan progresif selalunya membenih kemelut yang tidak berkesudahan. Mencuba menjenamakan semuala Islam adalah perlakuan yang khilaf dan terpesong. Ajaran Islam sewajarnya dijernihkan dengan bermujahadah bagi membolehkan ianya diamal dalam segenap lapangan hidup. Tuan tidak akan cukup masa untuk beriadah, bertafakur, untuk menjadi maju dan progresif jika Islam yang syumur diaplikasikan secara mutlak dalam masyarakat. Tuan sebenarnya seorang yang begitu berbakat.