Sekali lagi pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah membuat kejutan. Keputusan membanggakan telah diumumkan. Para pemimpin yang terlibat tentu berasa bangga dengan kejayaan para belajar, begitu juga ibu bapa dan pelajar lebih-lebih lagi. Dan paling mengembirakan kita ialah dasar PPSMI ( Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris) menampakkan kejayaan. Lebih 51.2 peratus calon menjawab soalan sains dalam bahasa Inggeris berbanding 21.5 peratus pada tahun 2007. Matematik pela melonjak naik 26.9 peratus berbanding 4.6 peratus tahun 2007.
Pencapaian A dalam semua mata pelajaran juga membanggakan dengan seramai 26,378 (5.96 peratus ) calon berjaya mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Hebat. Barangkali Dr. Khir Toyo terkedu begitu juga orang Umno Johor yang mencabar dasar itu. Begitu hebatnya dan taatnya para pendidik di Malaysia untuk merealisasikan dasar kerajaan. Apa-apa dasar yang diperkenalkan, pasti para guru bertungkus lumus menjayakannya. Tak cukup dalam kelas, diadakan kelas tambahan, kelas malam, program motivasi dan pelbagai macam program. Dasar kerajaan mesti disokong. Di sekolah pengetua dan guru besar mempunyai kuasa mutlak, setiap program mesti diikut, tanpa kecuali.
Persoalannya, apakah 51.2 peratus pelajar yang menjawab soalan sains dalam bahasa Inggeris itu petanda kejayaan PPSMI. Hairan juga kita apabila pelajar Melayu yang dikatakan lemah dalam ilmu kira mengira/ matematik menjadi bijak bila diajar dalam bahasa Inggeris. Begitu juga kejayaan dalam Bahasa Inggeris yang dikatakan meningkat, nampaknya PPSMI begitu membantu. Entahlah, tapi agak meragukan bila mata pelajaran seperti Geografi, sejarah, Pengetahuan Agama Islam yang di ajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu merosot keputusannya. Tidak begitu ramai calon dapat A dalam mata pelajaran berkenaan. Kalau begitu, memang dasar bangsa Melayu, selalu berbangga dengan budaya dan memandang rendah dengan keupayaan sendiri. Kalau ya, alangkah malangnya bangsa Melayu, yang mencurigai keupayaan bangsa dan bahasanya sendiri.
Kita tidak boleh mempertikaikan kejayaan pelajar dari aspek pemarkahan dan penyediaan soalan. Pihak yang berwajib menjelaskan bahawa srtandard pemarkahan dan penyediaan soalan lebih tinggi daripada Britain atau mungkin kita yang terbaik di seluruh dunia? Kita yang ukur, kita yang nilai makanya kita yang terhebat bukan? Masakan Universiti Malaya yang pernah berada dalam kelompok elite institusi pengajian tinggi suatu ketika dulu sudah merudum ke tempat corot.
Kegilaan pihak yang mempertahankan dasar PPSMI juga begitu membingungkan kita. Cikgu yang mengajar Matematik dan Sains di sekolah rendah dan menengah dikatakan selalu pulun proses P & P nya dalam bahasa Melayu. Mengajar dalam Bahasa Inggeris boleh tetapi pelajar lebih banyak yang angguk daripada faham. Majoriti kita terlalu rapat dan faham dengan keupayaan dan kebolehan murid, sekurang-kurang kita ada anak yang terlibat dengan PPSMI. Kalau pelbagai pihak mempertikaikan kebijaksanaan kerajaan meneruskan dasar PPSMI di sekolah maka itu adalah hakikat sebenar ukuran kejayaan atau kegagalan dasar itu. Angka-angka yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak ramai yang meyakininya. Dasar bangang ini menjadi semakin bodoh apabila kerajaan tidak mempu menyediakan guru bahasa Inggeris yang terbaik di semua sekolah terutama di luar bandar. Kita amat berkeyakinan , bahawa pelajar kita tidak terlalu bangang untuk menguasai bahasa Inggeris jika kerajaan mampu menyediakan guru-guru yang terlatih dan berkelayakan di semua sekolah di negara ini.
Di sini kita harus bertanya dan cuba menjawab pelbagai soalan berkenaan PPSMI di negara kita Malaysia:-
1) Siapakah sebenarnya yang mahu dan mempertahankan dasar PPSMI itu dilaksanakan, ibu bapa?, guru-guru?, Kementerian? atau siapa?
2) Pernahkan pihak kementerian pelajaran mendapat maklum balas yang jelas dan telus daripada guru yang melaksanakan dasar PPSMI di sekolah-sekolah. Adakah mereka dipaksa dan terpaksa melaksanakan dasar itu.
3) Pernahkan guru-guru diuji tahap kecekapan mereka untuk mengendalikan kelas PPSMI.
4) Tidak adakah kaedah lain untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris selain melaksanakan dasar PPSMI.
5) Teruk sangatkah bahasa Inggeris para cendikiawan kita dalam pelbagai bidang untuk menyampaikan disiplin keilmuan masing-masing dengan menggunakan Bahasa Melayu.
6) Bukankah dasar PPSMI merupakan penghinaan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak mampu untuk menyampaikan ilmu terutama matematik dan sains kepada khalayak.
7) Tidak cemarkah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan penghinaan demi penghinaan sehingga pekerja asing yang datang ke negara ini lebih mampu berbahasa Inggeris tapi tidak bahasa Melayu.
8) Melampaukah jika kita berjuang dan mempertahankan dasar bahasa Kebangsaan dan merasa bangga dengan kejayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan digunakan dalam segala lapangan oleh setiap lapisan rakyat.
Jika anda mampu menyenaraikan lebih banyak soalan dan memastikan jawapannya, maka adakah anda tidak runsing dan bimbang dengan keadaan bahasa Mekayu yang kian terpinggir. Masihkah anda akan mempertahankan badut-badut politik yang hilang segala harga diri kerana kuasa dan loba harta? Apakah anda akan terus membiarkan pelacur-pelacur politik ini menentukan segala keburukan kepada kepentingan warisan kita?
No comments:
Post a Comment