Ketika diminta mengulas keputusan tersebut, Dr Asri melahirkan rasa kesal dengan tindakan Rtm mengharamkan lagu berkenaan kerana liriknya adalah bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak untuk bersama membasmi kemungkaran. Di bawah dipetik rangkap- rangkap daripada lirik lagu Dr Asri yang diharamkan oleh Rtm.
Kita berkeyakinan Rtm mempunyai alasannya sendiri dan bertindak mengharamkan lagu tersebut. Lagipun Rtm mempunyai bidang kuasa untuk mengawal kegiatan seni di Malaysia supaya selaras dengan dasar negara. Walaubagaimana pun kita merasa pelik dengan banyak tindakan pengharaman yang dibuat oleh Rtm , apakah kriteria yang menyebabkan sesuatu karya seni itu diharamkan.
Kita merasakan Rtm gagal menyediakan standard piawaian ukuran jelas kepada pengiat-pengiat seni untuk berkarya. Karya seni tempatan sama ada lagu, drama, filem malah para artis sering menjadi mangsa ketegasan Rtm. Keadaan menjadi berbeza apabila Rtm berhadapan dengan karya-karya yang diimport. Lihat sahaja filem atau drama dari tanah seberang yang sarat dengan ciri-ciri terlarang bagi karya seni tempatan. Rtm nempaknya selesa memberi ruang kepada unsur-unsur tahyul, khurafat,lucah yang dibawa bersama karya dari luar tetapi menjadi begitu teliti dengan kerja-kerja seni tempatan. Barangkali, ketegasan Rtm ini telah menyebabkan karya-karya seni kita kian hambar dan semakin kehilangan khalayak. Fungsi seni juga kian bantut dan terkongkong dibawah agenda propaganda. Pengiatnya pula sudah hilang jati diri dan ketegasan mempertahankan idea seni mereka.
Dalam konteks lirik lagu Dr Asri, mesejnya adalah jelas untuk memberi kesedaran kepada kelompok manusia yang diberi amanah untuk mengurus harta rakyat, tetapi menjadikannya sebagai peluang untuk merebut dan membolot sebanyak-banyak kepentingan peribadi.
Mereka bertindak melampau sehinga melupakan peraturan agama yang dianutinya.
Persoalannya, kenapa Rtm merasa begitu tersinggung dengan lirik lagu Dr Asri dan golongan mana sebenarnya yang dipertahankan oleh Rtm, apakah kelompok pemerintah yang tamak atau golongan menjadikan seni sebagai media untuk menegur dan mengingatkan mereka yang terlanjur. Maka siapakah lagi yang sanggup dan layak menegur golongan yang nampaknya kian hanyut dengan kuasa yang dimilikinya. Kecelaruan seperti inilah yang banyak membunuh kreativiti rakyat Malaysia.

2 comments:
..dulu mereka haramkan lagu "Selimut putih"...tapi sekarang dah dengar balik Di IKIM.
...X pa...lihatlah ..berapa lama mereka boleh haramkan pula "Aku Bukan Musuh Harta"...
Dewan Muslimat Pas Bukit Katil, terima kasih dan teruskan perjuangan sesungguhnya perjuangan kita bukan memusuhi harta atau sesiapa. Perjuangan kita bagi memenuhi segala tuntutanNya.
Post a Comment