Sunday, July 31, 2011

Selamat berpuasa Ramadhan 1432 Hijrah.

Selamat berpuasa , semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang lalu dan ibadat yang ikhlas semoga mendapat keridhaanNya. Sama-sama berusaha meningkatkan ketaqwaan dengan segala ibadat wajib dan sunat dalam bulan yang paling mulia ini.


"Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa"


( Surah al Baqarah : 183)


" Pada bulan Ramadhan diturunkan al Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa"

(Surah al Baqarah : 185)


"Demi Allah yang jiwaku dalam gengamanNya, bahawa bau mulut orang berpuasan adalah lebih harum pada sisi Allah dari bau-bauan kasturi. Allah azzawajalla berkata: Sesungguhnya ia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu dilakukan kerana Aku, dan Akulah yang akan memberi balasannya sendiri"

(al-Hadith)

"Diasakan Islam atas lima dasar itiu mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat , berpuasa pada bulan Ramadhan"

(al-Hadith )


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu,"

(al-Hadith)


Tuesday, July 19, 2011

Kerakyatan.

Tidak siapa tahu kenapa dia dilahirkan di tempat lahirnya. Ramai yang kagum dengan tempat lahirnya dan berusaha menjadi warganegara yang baik kepada tempat lahirnya. Ramai yang tidak pernah berfikir akan dilucutkan hak kerakyatannya atau menjadi bukan wargnegara kepada tanah tempat lahirnya sendiri.

Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Berahim Ali ghairah untuk melihat S Ambiga Pengerusi Bersih 2.0 dilucutkan hak kerakyatannya. Berahim berpendapat peserta Bersih 2.0 menderhaka kepada Yang di Pertuan Agong maka wajar sungguh pengerusinya dilucutkan hak kerakyatannya. Mujur Berahim tak jadi raja, jika tidak lebih 100 ribu penyokong bersih dilucutkan hak kerakyatannya. Mungkin Berahim bercadang mengambil PTI yang menyertai Patriot menjadi warganegara mengganti lebih 100 ribu rakyat yang "direject".

Berahim bercakap dengan nafsu. Tak guna akal apa lagi iman. Di ingat ini bumi mak bapak "Perkasa". Hidup dalam dunia tanpa perlembagaan, tanpa undang-undang, tiada adat dan peraturan. Orang lain mana nak reti peraturan yang ada dalam otak sang "katak" serupa Berahim. Berahim lagi tak reti yang dia sebenarnya cuba mencemarkan darjat Yang di Pertuan Agong dengan desakan bodohnya, sebagaimana dia menjatuhkan imej "Perkasa" yang dipimpinnya dengan emosi dan sarat dengan agenda perkauman. Suka benar Berahim jika Tuanku bersikap "melulu" serupa puak dia, Umno. Puak yang sejarahnya terpalit dengan manipulasi dan penghinaan terhadap institusi raja-raja Melayu yang amat disanjung oleh rakyat jelata.

Kalau guna hujah Berahim, Najiblah orang pertama patut dilucutkan hak kerakyatan dan lepas itu Berahim sendiri, Anuar Musa, Mahathir, puak Deris Jusuh yang seranah Tuanku Mizan dan semua "totok" Umno yang sanggup jual apa sahaja hatta maruh dan ketuanan Melayu demi desakan organ mereka yang antara pusat dengan lutut. Itulah Umno yang segalanya sudah tergadai.

Dalam kes Bersih 2.0, Najib mengkhianati titah Tuanku Mizan yang membenarkan perhimpunan di Stadium. Sepenuh keyakinan Tuanku Mizan mempercayai Najib menyelesaikan tuntutan Bersih 2.0 secara paling baik. Sebaliknya Najib guna segala helah untuk menderhaka dan mempersendakan titah Tuanku termasuklah memperalatkan Berahim juga.

Berahim yang "kenyang" dengan sumpah seranah orang Pasir Mas, bercakap dan bertindak jauh dari kebenaran, apalagi kebenaran mutlak al Quran dan hadith Nabi. Mana ada peraturan dalam perlembagaan atau hukum dalam al Quran dengan begitu mudah "memfitnah" seorang warganegara yang bertindak di atas peraturan dan Perlembagaan negara supaya dilucutkan hak kerakyatannya.

Perangai Berahim adalah perangai Umno. Umno yang menghina raja dan memperalatkan insititusi raja berpelembagaan untuk kepentingan puak dan kroni. Perangai yang sendat dengan assabiyah yang dikutuk dalam Islam. Perangai orang terdesak. Perangai manusia yang dengan licik mengalihkan "fokus" tuntutan rakyat terhadap satu pilihan raya yang bersih kepada isu perkauman yang merosakkan perpaduan masyarakat majmuk yang diasaskan oleh para pejuang terdahulu.

S Ambiga seorang warganegara yang reti undang-undang dan "patuh". Orang "bodoh" seperti Berahim, mempersoalkan penglibatan S. Ambiga dalam kes murtad Lina Joy. Kalau Berahim reti bahasa undang-undang, dia kena malu dengan Umno yang membuka ruang yang amat luas kepada orang jahil di Malaysia untuk murtad. Umno yang memerintah lebih setengah abad dengan majoriti lebih dua pertiga bangang sangat kerana gagal menjaga hak dan kepentingan orang Melayu - bangsa, bahasa dan budaya serta agama Islam yang dianuti oleh hampir seluruh orang Melayu. Salah siapa Berahim , Pas yang tidak pernah berkuasa , atau DAP yang dimomokkan sebagai chauvinist china atau PKRyang berdaya upaya menyelamatkan Malaysia daripada tangan bangsawan sekular yang keserakahan mereka tidak mungkin kenyang.

Cukup Berahim, kamu boleh bertempik sehingga mulut kamu penuh tanah. Daripada Allah kita datang (juga S Ambiga, Karpal Singh, Lim Guang Eng, Haji Hadi, Nik Aziz dan sesiapa sahaja) dan kepadaNya kita akan kembali.

Allah yang Maha Pengampun, cucurilah rahmatMu ke atas roh al Marhumah Dr Lo Lo Mohd Ghazali. Al Fatihah.

Sunday, July 17, 2011

Bersih 2.0 - Apa diaorang kata

Apa yang dia orang kata tentang Bersih 2.0.

1) Bagi Anwar dialah sebaik-baiknya manusia, anugerah Tuhan. Inilah jenis manusia yang sebenarnya kita berdepan dengan masalah yang berlaku semalam (perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu). Hendak sangat jadi Perdana Menteri hingga sanggup korbankan apa saja termasuk mengenepikan prinsip, soal bangsa dan agama asalkan nafsu tercapai. - Najib Tun Razak.

Kamu Najib bukan nak sangat jadi Perdana Menteri. Bapaknya dulu suruh Najib jadi Perdana Menteri dia tak mahu. Najib berguling-guling. Kinipun Najib masih tidak berminat jadi PM, Rosmah yang mengada-ngada dan paksa Najib jadi PM. Najib tidak serupa Anwar yang berusaha untuk jadi PM, nak perbetulkan kepincangan Najib yang jadi PM tetapi lantaran tiada minatnya, bininya banyak mempengaruhi Najib buat itu dan ini. Kesian Najib.

2. Bersih tidak pemperjuangkan apa yang mereka katakan dan ini terbukti kerana sepanjang perhimpunan haram semalam (Bersih 2.0) tiada satu pun laungan mengenai pilihan raya yang bersih dan adil kedengaran. - Muhyiddin Yassin.

Sememangnya Muhyiddin dan semua pemimpin Umno/BN adalah makhluk yang pekak,tuli dan buta untuk mendengar, melihat apa lagi menyelami segala kesusahan dan rintihan rakyat. Buta mata dan buta hatinya.

3. 5,000 peniaga Kuala Lumpur rugi RM 100 juta kerana Perhimpunan Bersi 2.0. Anggaran keuntungan RM 10,000 bagi setiap peniaga setiap hujung minggu. Kalau ada 4 kali hujung minggu mereka ada untung RM 40,000/ seorang peniaga . Dalam sebulan keuntungan mana kurang daripada RM 50,000. Memang diaorang kaya raya. Taraf peniaga Kuala Lumpur.

Sah ulasan media arus perdana alat Umno/BN. Memang semua orang percaya kerana bini Najib yang jadi PM beli beg tangan RM 365,299.99, menginap di hotel berharga RM 140,000 semalam dan beli cincin berlian berharga lebih RM 72 juta sebentuk. Orang Ulu Kuala Balah di Kelantan atau Hulu Tembeling di Pahang nganga dengar duit sebanyak itu. Pekerja swasta di sekolah-sekolah di Malaysia pendapatan mereka tidak lebih RM 500 sebulan. Nasib lah.

Sifir Matematik PPSMI, ramai jadi bingung dan strategi perniagaaan orang Kuala Lumpur tidak mahu orang ramai. Sungguh-sungguh bengong.

4. Orang ramai terutama masyarakat antara bangsa perlu diberi penjelasan sebenar mengenai keadaan dan situasi negara ini ekoran perhimpunan Bersih 2 semalam- Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno.

Zaman dunia tanpa sempadan, maklumat di hujung jari, Pemimpin Umno masih cuba memperdayakan rakyat dan masyarakat antara bangsa dengan kaedah tahun 1960-an. Budak-budak yang kenal pelbagai media alternatif ketawa terbirit-birit mendengar komen Zahid Hamidi. Orang Umno dari jenis bangang boleh percaya himpunan Bersih 2.0 dihadiri 6,000 perserta dan siap membuli polis yang bertindak baik dan sopan terhadap penunjuk perasaan. Gila babi, babi gila tidak macam tu.

5. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Amar Singh menolak dakwaan pihak yang mengatakan penyokong perhimpunan bersih yang ditahan semalam mendapat layanan buruk, dikasari dan dizalimi polis sehingga cedera teruk. Malah mereka mendapat layanan istimewa melebihi pasukan keselamatan.

Terima kasih polis. Polis Raja Di Malaysia maka apakah "tetamu" raja mendapat layanan buruk. Bersih 2.0 sememangnya "kotor". Kata apa saja penyokong Umno/BN mesti percaya punya. Betulkan Tuan Singh? Haji Mohamad Sabu telah dipujuk, dibeli dan dimanja oleh pihak polis sehingga motorsikal yang dinaikinya terbabas dan cedera sebelum ditahan dengan pelbagai layanan istimewa. Baik kan polis Tuan haji?

6. Ambiga sudah diberi peluang untuk menghadap Yang di Pertuan Agong tetapi akhirnya melawan titah Tuanku. Kalau di Thailand orang seperti ini sudah di halau dan dilucutkan jawatan. Ibrahim Ali- Presiden Perkasa.

Itulah kerap sangat melompat. Jenis katak yang jadi alat Umno. Sebijik Umnonya. Menang tiket bebas atas undi orang Pas di Pasir Mas. Orang lain bagi Berahim semua tak cerdik, dia sendiri tu "bengong", tak sedar diri, yang kamu dok halang titah Agong "membenarkan" perhimpunan bersih di stadium bukan derhaka namanya. Kena ingat gapo mu kato ko Tok Guru Nik Aziz, dan gapo mu janji ko rakyat Kelantan hingga mereka beri kemenangan kepada seekor katak serupa mu.

7. Cedera. Anwar pelakon terbaik. Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee berkata, "Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh Anwar itu hanyalah semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap ke liwatnya ke atas Saiful dan rakaman vidio seks.

Dalam kes Anwar, kalau Umno bunuh Anwar dan benar-benar beliau mati, Umno akan kata Anwar berlakon. Mata lebam berlakon, kena racun pun berlakon, maka liwat Saiful dan vidio seks juga lakonankah?

Hai Datuk, rakyat Malaysia kecuali penyokong Umno telah mendapat maklumat langsung perkembangan Bersih 2.0 seawal 7.00 pagi hari Sabtu 9 Julai 2011 lalu.Rakyat yang cerdik kecuali orang Umno, susah nak ditipu dengan dakwaan bodoh seperti yang pernah dibuat oleh Mahathir. Jangan kerana nak memperbodohkan rakyat , Datuk nampak "bodoh" sudahlah.

8. S. Ambiga disifatkan pembohong kedua terbesar selepas Anwar Ibrahim apabila bersengkongkol debngan pembangkang dalam perhimpunan Bersih 2.0 demi menjayakan kepentingan peribadi pemimpin tertentu - Mohd Puad Zarkashi, AMT Umno.

Rakyat semua bohong kecuali "penjilat-penjilat Umno". Mereka syaitan berwajah malaikat. Di hadpan rakyat mereka malaikat dab dibelakang rakyat mereka beraja di mata , bersultan dihati.Membujur lalu melintang patah. Alahai Umno, siapa kamu untuk bercakap soal moral, akhlak atau pahala dan dosa.

9. Penyokong Anwar tak jaga keselamatan Ketua Pembangkang sehingga Ketua Pembangkang itu cedera di kepala dan di kaki. Penulis blog, Remy Ahmad berkata, bukan sahaja penyokong tidak memberi kawalan keselamatan malah mereka memijak pemimpin sendiri.

Sah penulis blog sebodoh itu orang Umno dan jika ada yang menyertai Anwar ketika himpunan Bersih 2.0 buat macam tu maka sahlah pelaku tersebut orang upahan Umno yang menyelinap dalam PKR seperti Zaharin Hashim, Zulkifli Nordin dan ramai lagi "malaun" yang seumpamanya.

Apapun ketika huru hara kiamat, seseorang tidak mampu untuk menolong sesiapa hatta dirinya sendiri.

Sekian ,

Sunday, July 10, 2011

Peludah warna.

Aku bertemu A. Samad Said di Salinanya. Mengenali hati budi Pak Samad pada untaian kata lewat puisinya. Menelusuri wadah pada garapan ilham lewat padang saujana perosanya. Kini aku bisa mengkaguminya dikala puisi "Peludah warna" bertandang ke Stadium Merdeka.

Peludah warna

KUASA gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diistihar racun terbisa.
Diragutnya baju - T seragam tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulin.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam kalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa
kuasa pun seolah menjadi hartanya.


Nukilan:

A.SAMAD SAID
Sasterawan Negara.

Terima kasih Pak Samad. Terima Kasih Ambiga. Terima kasih Maria Chin.
Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih semua warga Bersih 2. Rakyat yang kebingungan oleh Umno yang berusaha mempertahankan kuasa. Apakah itu harta mak bapak mereka? Apakah mata sudah buta melihat Najib memfaraidkan khazanah negara lewat kuasa yang kamu berikan. Atau telinga kamu sudah pekak untuk mendengar rintahan rakyat yang terbeban oleh angkara gila kuasa dan tamak harta.

Hari ini semua sudah bersedia. Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim , Lim Kit Siang adakah tidak sebanding Najib untuk songlap wang negara maka kamu bimbang keikhlasan dan kewibawaan mereka? Maka kamu bimbang memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk berkuasa?

Selamatkan Malaysia.