Sunday, July 10, 2011

Peludah warna.

Aku bertemu A. Samad Said di Salinanya. Mengenali hati budi Pak Samad pada untaian kata lewat puisinya. Menelusuri wadah pada garapan ilham lewat padang saujana perosanya. Kini aku bisa mengkaguminya dikala puisi "Peludah warna" bertandang ke Stadium Merdeka.

Peludah warna

KUASA gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diistihar racun terbisa.
Diragutnya baju - T seragam tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulin.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam kalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa
kuasa pun seolah menjadi hartanya.


Nukilan:

A.SAMAD SAID
Sasterawan Negara.

Terima kasih Pak Samad. Terima Kasih Ambiga. Terima kasih Maria Chin.
Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih semua warga Bersih 2. Rakyat yang kebingungan oleh Umno yang berusaha mempertahankan kuasa. Apakah itu harta mak bapak mereka? Apakah mata sudah buta melihat Najib memfaraidkan khazanah negara lewat kuasa yang kamu berikan. Atau telinga kamu sudah pekak untuk mendengar rintahan rakyat yang terbeban oleh angkara gila kuasa dan tamak harta.

Hari ini semua sudah bersedia. Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim , Lim Kit Siang adakah tidak sebanding Najib untuk songlap wang negara maka kamu bimbang keikhlasan dan kewibawaan mereka? Maka kamu bimbang memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk berkuasa?

Selamatkan Malaysia.

No comments: