Tidak siapa tahu kenapa dia dilahirkan di tempat lahirnya. Ramai yang kagum dengan tempat lahirnya dan berusaha menjadi warganegara yang baik kepada tempat lahirnya. Ramai yang tidak pernah berfikir akan dilucutkan hak kerakyatannya atau menjadi bukan wargnegara kepada tanah tempat lahirnya sendiri.
Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Berahim Ali ghairah untuk melihat S Ambiga Pengerusi Bersih 2.0 dilucutkan hak kerakyatannya. Berahim berpendapat peserta Bersih 2.0 menderhaka kepada Yang di Pertuan Agong maka wajar sungguh pengerusinya dilucutkan hak kerakyatannya. Mujur Berahim tak jadi raja, jika tidak lebih 100 ribu penyokong bersih dilucutkan hak kerakyatannya. Mungkin Berahim bercadang mengambil PTI yang menyertai Patriot menjadi warganegara mengganti lebih 100 ribu rakyat yang "direject".
Berahim bercakap dengan nafsu. Tak guna akal apa lagi iman. Di ingat ini bumi mak bapak "Perkasa". Hidup dalam dunia tanpa perlembagaan, tanpa undang-undang, tiada adat dan peraturan. Orang lain mana nak reti peraturan yang ada dalam otak sang "katak" serupa Berahim. Berahim lagi tak reti yang dia sebenarnya cuba mencemarkan darjat Yang di Pertuan Agong dengan desakan bodohnya, sebagaimana dia menjatuhkan imej "Perkasa" yang dipimpinnya dengan emosi dan sarat dengan agenda perkauman. Suka benar Berahim jika Tuanku bersikap "melulu" serupa puak dia, Umno. Puak yang sejarahnya terpalit dengan manipulasi dan penghinaan terhadap institusi raja-raja Melayu yang amat disanjung oleh rakyat jelata.
Kalau guna hujah Berahim, Najiblah orang pertama patut dilucutkan hak kerakyatan dan lepas itu Berahim sendiri, Anuar Musa, Mahathir, puak Deris Jusuh yang seranah Tuanku Mizan dan semua "totok" Umno yang sanggup jual apa sahaja hatta maruh dan ketuanan Melayu demi desakan organ mereka yang antara pusat dengan lutut. Itulah Umno yang segalanya sudah tergadai.
Dalam kes Bersih 2.0, Najib mengkhianati titah Tuanku Mizan yang membenarkan perhimpunan di Stadium. Sepenuh keyakinan Tuanku Mizan mempercayai Najib menyelesaikan tuntutan Bersih 2.0 secara paling baik. Sebaliknya Najib guna segala helah untuk menderhaka dan mempersendakan titah Tuanku termasuklah memperalatkan Berahim juga.
Berahim yang "kenyang" dengan sumpah seranah orang Pasir Mas, bercakap dan bertindak jauh dari kebenaran, apalagi kebenaran mutlak al Quran dan hadith Nabi. Mana ada peraturan dalam perlembagaan atau hukum dalam al Quran dengan begitu mudah "memfitnah" seorang warganegara yang bertindak di atas peraturan dan Perlembagaan negara supaya dilucutkan hak kerakyatannya.
Perangai Berahim adalah perangai Umno. Umno yang menghina raja dan memperalatkan insititusi raja berpelembagaan untuk kepentingan puak dan kroni. Perangai yang sendat dengan assabiyah yang dikutuk dalam Islam. Perangai orang terdesak. Perangai manusia yang dengan licik mengalihkan "fokus" tuntutan rakyat terhadap satu pilihan raya yang bersih kepada isu perkauman yang merosakkan perpaduan masyarakat majmuk yang diasaskan oleh para pejuang terdahulu.
S Ambiga seorang warganegara yang reti undang-undang dan "patuh". Orang "bodoh" seperti Berahim, mempersoalkan penglibatan S. Ambiga dalam kes murtad Lina Joy. Kalau Berahim reti bahasa undang-undang, dia kena malu dengan Umno yang membuka ruang yang amat luas kepada orang jahil di Malaysia untuk murtad. Umno yang memerintah lebih setengah abad dengan majoriti lebih dua pertiga bangang sangat kerana gagal menjaga hak dan kepentingan orang Melayu - bangsa, bahasa dan budaya serta agama Islam yang dianuti oleh hampir seluruh orang Melayu. Salah siapa Berahim , Pas yang tidak pernah berkuasa , atau DAP yang dimomokkan sebagai chauvinist china atau PKRyang berdaya upaya menyelamatkan Malaysia daripada tangan bangsawan sekular yang keserakahan mereka tidak mungkin kenyang.
Cukup Berahim, kamu boleh bertempik sehingga mulut kamu penuh tanah. Daripada Allah kita datang (juga S Ambiga, Karpal Singh, Lim Guang Eng, Haji Hadi, Nik Aziz dan sesiapa sahaja) dan kepadaNya kita akan kembali.
Allah yang Maha Pengampun, cucurilah rahmatMu ke atas roh al Marhumah Dr Lo Lo Mohd Ghazali. Al Fatihah.
Tuesday, July 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment