Serban, haji, lebai atau sunnah. Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selatan Thai, sekolah pondok tidak asing bagi masyarakat setempat. Mereka mudah dikenali kerana cara berpakaian, kain sarung, baju kurung , berkopiah dan bersereban. Setidak-tidaknya mereka akan sentiasa berkopiah jika berada di pemondokan atau bersembang dipersekitarannya.
Jarang melihat pelajar pondok tidak menutup kepala. Kebanyakan mereka mencukur kepala, dan mencukur kepala menjadi lambang pelajar pondok yang berdisiplin dan akur dengan peraturan pemondokan. Tok guru pondok dapat menerapkan sahsiah pelajar pondok menjadi peribadi yang begitu sederhana dalam apa jua keadaan.
Kita merasa tenteram, sejuk mata memandang bila sesekali mereka dijemput ketempat-tempat kematian untuk melaksanakan solat jenazah. Selalunya mereka diangkut dengan kenderaan oleh pihak tuan rumah simati tetapi sekarang ada yang mampu dan pergi sendiri dengan motosikal. Semua berpakaian seragam, kain sarung, baju kurung dan bersereban.
Mereka dianggap lebai. Mereka berusaha menjaga institusi kelebaiannya dimata masyarakat. Jarang mendengar masyarakat memperkatakan hal-hal yang tidak baik terhadap mereka. Pelajar pondok yang sentiasa bersereban menjaga pekerti mereka dan tidak terlibat dengan gejala sosial seperti merempit dan sebagainya. Pasukan keselamatan tidak sakit kepala dengan pelajar pondok dan lazimnya menghormati penampilan mereka yang terpuji.
Begitu pula bila mereka meninggalkan alam pemondokan, perangai lebai menjadi sebati dengan jiwa mereka. Kembali dalam masyarakat, mereka selalunya ditunjukkan ke depan untuk memimpin jika ada majlis tahlil, kematian, solat hajat, memimpin solat berjemah, mengajar antara maghrib insyak dan sebagainya. Mereka adalah lebai sepenuhnya. Tanpa perlu diperdebatkan, cara berpakaian sedemikian mereka anggap sunnah. Mereka mencari taqwa dengan cara berpakaian sedemikian. Lalu mereka menjadi bangga dengan 2 hari dalam penjara atau mungkin untuk tempoh yang lebih lama kerana mempertahankan cara berpakaian yang dianggap sunnah.
Jika ada yang mempersoaalkan cara berpakaian itu sebagai cara untuk mengabaikan pemakaian topi keledar itu adalah hak mereka. Tetapi pengecualian terhadap penganut agama sikh kerana serban menjadikan isu ini agak keliru bila didapati ada penganut agama itu yang tidak berserban seperti juga penganut Islam. Adakah orang sikh yang berserban itu lebai dan kenapa orang Islam yang berserban tidak lebai sehingga menunaikan haji atau dewasa atau mesti dianggap lebai oleh anggota keselamatan. Salahkah kita untuk menjadi lebai dan berpewatakan lebai sehingga memerlukan pengesahan seorang pegawai polis yang tidak suka kepada lebai.
Kita sepatutnya tidak keliru antara lebai dengan mereka yang menunaikan haji tetapi tidak lebai. Ada mereka yang menunaikan haji tetapi merasa canggung berpakaian lebai dan selesa dengan penampilan orang biasa. Malah setengah haji merasa gatal dengan kopiah dan serban dikepala.
Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua ABIM Kelantan, Termizi Mat Yusoff yang telah mengajak semua pihak termasuk pengamal undang-undang dan pihak keselamatan bertindak dengan bijak dalam kes yang membabitkan Islam.
No comments:
Post a Comment