Hishamuddin Tun Hussin Onn mempertikai kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang meminta Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin negara, tidak meneruskan pakej penyerahan kuasa Mac nanti. Beliau merasakan Abdul Hadi tidak layak membuat kenyataan tersebut kerana proses penyerahan kuasa adalah masalah dalaman Umno, biarlah parti itu menentukannya.
Persoalannya, kenyataan Abdul Hadi dibuat selaku Presiden Pas yang membentuk Pakatan Rakyat bersama Keadilan dan Dap, dan Pakatan Rakyat berjaya menafikan dominasi 2/3 BN/Umno di parlimen serta menguasai 5 buah negeri .Jika diambil kira hasrat rakyat, suara Pakatan rakyat menguasai undi popular yang agak seimbang dengan BN/Umno. Maka setiap pandangan Pakatan Rakyat berkenaan kepimpinan negara adalah penting dan tidak boleh dianggap mudah. Penerusan kepimpinan Abdullah sebagaimana dicadang oleh Abdul Hadi adalah hasrat sebahagian besar rakyat Malaysia dan tidak bersifat kepentingan kekeluargaan sebagaimana sokongan Hishamudin terhadap Najib.
Kenapa Abdullah mesti membatalkan hasrat untuk berundur dan menyerahkan kerusi PM kepada Najib? Saya kira hasrat Abdul Hadi adalah tepat kerana:-
1) Abdullah komited dengan banyak tugas yang belum selesai, terutama usaha menghapuskan gejala rasuah yang membarah dalam Umno dan kerajaan.
2) Menangguhkan pembentukan "kelompok elite politik" baru yang pastinya berusaha membina empayar ekonomi baru melalui penyerahan kuasa tersebut.
3) Kegagalan Najib dalam 2 pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang lalu adalah reputasi buruk Najib sebagai arkitek utamanya dan bakal PM.
4) Proses penyerahan kuasa dilihat gagal menyekat kecenderungan ahli Umno semua peringkat untuk memihak kepada kem lawan, dan kejadian terbaru ialah kemasukkan Adun Bota . Najib dikatakan akan mengambil alih pentadbiran Umno Perak.
5) Beberapa usaha Najib dilihat sebagai kurang bijak terutama dalam mengurus ekonomi, dan mengatasi kemelut kegawatan ekonomi negara. Najib bukan orang terbaik untuk menjadi peneraju utama pentadbiran negara.
6) Najib dilihat senang dipengaruhi oleh pihak lain dalam menentukan keputusan. Beliau gagal mempamirkan karisma dan wibawa sebagai PM.
7) Tidak ada tanda-tanda politik wang/rasuah politik dalam Umno berkurangan melalui proses penyerahan kuasa yang dirancang. Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk mengatasi masalah ini. Menghalang beberapa tokoh yang didapati terlibat dengan amalan rasuah politik tidak menjamin tokoh yang menerajui Umno bersih dan boleh dipercayai.
8) Najib gagal memperlihatkan dirinya sebagai pemimpin yang adil dan telus terutama dalam hal yang melibatkan kepentingannya. Pembebasan Abdul Razak Baginda dan ulasan Najib sangat tidak munasabah sebagai bakal PM yang adil dan telus.
9) Senarai penglibatan "kem Najib" dalam perebutan "kek ekonomi" negara, menimbulkan tanda tanya apakah ketamakkan mereka tidak menghalang Najib untuk berlaku adil dan telus dalam mengurus dan mengagihkan khazanah negara.
10) Najib dilihat gagal memperkasa dan memertabatkan ketuanan Melayu dan agama Islam serta terpaksa tunduk kepada tuntutan anggota komponen BN yang pastinya akan melebarkan jurang perbezaan antara kaum di Malaysia. Tawaran yang diberikan oleh Paktan Rakyat lebih praktikal untuk menyelesaikan masalah kaum yang gagal dilunasi oleh Umno/BN sejak negara mencapai kemerdekaan lagi.
11) Najib gagal membersihkan imejnya yang comot dengan pelbagai skandal dan tuduhan. Apakah rakyat akan bangga dengan penampilannya yang bermasalah dan sering dihambat kontroversial?
12) Ciri dan ketokohan Najib diyakini akan gagal membawa islah kemelut dan kegawatan sistem ekonomi, politik, sosial di Malaysia. Kita tidak perlu berpindah dari satu medan kegagalan kepada kegagalan lain yang sudah tentu.
1 comment:
Hek Eleh Wak Aji...cabut je la songkok aji wak tu... Jgn lah nak temberang kacang.. Kita semua tau Pak Lah yg wak aji tak mau letak jawatan tu Lembik, Letih, Longlai... Jgn gadaikan anak bangsa utk isi perut sendiri.. org umno majoriti dah meluat dgn kelembikan Pm kesayangan wak aji tu.. kalau boleh tolak dia jatuh.. dah lama kita org tolak...kahkahkah... Tak baik wak aji buat mcm tu... Kalau nak buat tanggalkan dulu songkok aji tu yeh...
Post a Comment