Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir cukup tidak selesa dengan perkembangan politik Umno masa kini. Melepaskan jawatan kepada orang yang dipercayai dapat meneruskan cita-cita politiknya kian jauh daripada menjadi kenyataan. Pelan peralihan kuasa dari Perdana Menteri Kini, Abdullah kepada Najib juga diragui. Kita pun tertanya-tanya bagaimana pelan politik yang diharapkan setelah beliau juga kelihatan menempah banyak kegagalan terutama memertabatkan Bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri.
Paling baru, Tun amat marah dengan politik wang yang membarah dalam Umno, bertegas untuk menyenaraikan nama mereka yang terlibat rasuah politik. Beliau akan menggunakan blognya, chedet.com sebagai medium untuk menyenaraikan para perasuah yang dikenal pastinya. Beliau menegaskan bahawa, "Saya tidak boleh lakukan apa-apa terhadap aduan (rasuah politik) melainkan menyerahkan nama mereka kepada lembaga disiplin Umno. Saya akan dedahkan nama-nama itu dalam blog saya".
Bagi saya tindakan Tun Mahathir telah menimbulkan pelbagai persoalan yang antara lain ialah:-
1) Apakah Perasuah politik pada masa pemerintahannya juga telah beliau kenal pasti terutama semasa beliau di cabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Adakah Najib yang dikira orang Tengku Razaleigh berpaling memberi sokongan kepada Tun dipastikan tidak terlibat dengan politik wang. Saya kira Tun gagal mengatasi masalah politik wang semasa pemerintahan Tun.
2) Tun sudah tidak percayakan dengan Umno dan lebih tidak percaya dengan Pakatan Rakyat, malah Tun menuduh Pas parti perkauman sehingga tergamak mengatakan "Jika Pas bukan parti berasaskan perkauman, saya bukan Mahathir Mohamad". Apakah alternatif Tun untuk mengatasi kemelut bangsa Melayu dan rakyat Malaysia . Perlukah Tun mengarap idea dan karisma yang masih tersisa untuk membentuk wadah perjuangan baru yang lebih berwibawa.
3) Tun yang pernah dikira gagal mengatasi masalah politik wang dalam Umno, adakah Tun yakin ada lagi hamba Allah serlain Najib yang mampu menyelesaikan masalah tersebut, bila ada yang lebih melampau mengatakan benih politik wang tumbuh bersama menetasnya benih Umno itu sendiri.
4) Apakah budaya "beruk" dalam Umno ( meminjam perkataan seorang Menteri Besar Umno) yang berkerumun pada pokok yang berbuah memungkinkan pesara-pesara Umno dan mereka yang berjasa seperti Tun untuk campur tangan untuk memebetulkan parti itu?
5) Apakah kita masih boleh mengharapkan Umno untuk membela Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya setelah 50 tahun lebih berkuasa telah menyenaraikan banyak kegagalan walaupun kita tidak pernah menidakkan banyak kejayaan di capai. Saya tidak percaya dengan penerapan nilai-nilai Islam sebagaimana dilaksanakan semasa era pemerintahan Tun apa lagi konsep Islam Hadhari karut yang di perkenalkan oleh Perdana Menteri sekarang. Namun saya yakin Islam boleh menyelesaikan segala perkara terutama dalam konteks masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini. Islam adalah terunggul dan rahmat untuk seluruh alam.

No comments:
Post a Comment