Monday, March 25, 2013

Kebimbangan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussin baru sedar dari lena panjang. Beliau menjangka lebih banyak gangguan akan berlaku dalam perhimpunan politik menjelang Pru ke 13 nanti. Hisyamuddin yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan dalam negara mungkin terlepas pandang. Terlalu banyak laporan dibuat oleh Pakatan Rakyat berkenaan gangguan sepihak terhadap majlis anjuran pembangkang. Umno/BN parti yang memerintah bukan menunjukkan adab tapi menunjukkan kuasa dan keangkuhan. Hishamuddin manakan tidak tahu. Sebagaimana kes Bersih kecuali yang terakhir, Hishamuddin mesti tahu dan saksikan sendiri betapa keganasan menjadi agenda utama kementerian beliau. Polis telah diperalatkan semaunya terhadap rakyat yang berhimpun menunjukkan rasa berdasar hak yang dijamin oleh perlembagaan.

Selaku Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin perlu tahu saban malam majlis anjuran Pakatan Rakyat mendapat gangguan samseng upahan. Apakah tidak ada laporan maka polis tidak bertindak. Atau kita bimbang bahawa Hishamuddin mengarahkan supaya anggota keselamatan tidak bertindak? Maka untuk apa kebimbangan Hishamuddin jika sememangnya mau berbuat demikian?

Jangan biarkan rakyat membuat tanggapan sendiri terhadap kejujuran beliau dalam menangani provokasi daripada mana-mana pihak. Pastikan semua rakyat mendapat hak sebagaimana dijamin oleh perlembagaan negara untuk berpolitik. Sebarang kecondongan menyebabkan rakyat bertangapan jahat terhadap Hishamudin. Soalnya bagaimana kerajaan akan mertakan keadilan kepada semua rakyat jika gagal mengasingkan kepentingan politik peribadi dengan hak bernegara yang dijamin perlembagaan?

Hishamuddin menyaksikan terlalu banyak onar yang dibuat oleh pemerintah terhadap seteru politik mereka. Kasih sayang dan semangat patriotik rakyat dipersoalkan dengan cemuhan berbaur politik. Terkadang sarat dengan fitnah. Bolehkan rakyat kagum dan akur dengan pemerintah yang gagal memisahkan hak bernegara dengan kepentingan politik peribadi. Memalukan jika Hishamudin tidak sadar bahawa rakyat kian cerdik untuk memikirkan salah urus sebuah negara. Ataukah sememangnya negara sedang dipimpin oleh mereka yang kurang cerdik untuk memahami fungsi mereka sebagai manusia politik dan pemimpin sebuah kerajaan?


No comments: