Allah adalah tuhan seluruh alam, langit dan buminya. Jika ada adalah tuhan orqang Islam, pastinya ia tuhan juga bagi mereka yang ingkar beriman atau percaya kepadaNya. Manusia yang tidak bercaya wujudnya kuasa yang dinamakan Allah juga adalah hambanya dan tidak pernah luput daripada qadar dan taqdirnya. Orang Islam yang yakin juga percaya yang Allah itu tuhan bagi sekalian manusia, beriman atau tidak sejak Adam as hingga Muhammad saw. Maka apa hak kita orang Islam untuk menafikan kemutlakan Allah sebagai tuhan sekalian alam, tuhan bagi orang mukmin dan juga yang ingkar. Sesiapa pun boleh menggunakan malah dalam keadaan tertentu ada yang menggunakan untuk menghinaNya. Orang mukmin tentu tidak bersetuju dengan bentuk penggunaan berkenaan tapi tidak mampu menolak bahawa yang dihina itu adalah Allah, tuhan yang dihina itu. Islam mengajar kita jangan menghina sembahan mereka hingga menyebabkan mereka menghina Allah. Islam juga menjelaskan bahawa terhadap orang Islam sendiri, ada hukum yang ditunjukkan terhadap pengahagian anutnya yang terlanjur sebagaimana disebut secara jelas dalam fiqah Islam.
Kekeliruan dan hakikat mengenal Allah sebagai sembahan (tuhan) menjadi perbahasan ulama usul sejak selepas nabi wafat. Kekeliruan dan pelbagqai tenggapan terhadap Allah menimbulkan pelbagai firkah teologi yang rumit dan sering menyelahkian antara satu dengan lain. Pertentangan boleh timbul diatas dasar kecintaan terhadap Allah atau keinginan untuk mencemarkan kemurnian sifat Allah itu dikalangan orang beriman. Sebagaimana terjadi kepada penganut Kristian, konsep Allah dan penggunaan diyakini menyeleweng daripada asalnya yang berbentuk monotisme kepada poloitisme (konsep trinity) sebagaimana dianuti oleh sebahagian besar penganut agama itu sekarang. Persoalannya bukan penggunaan nama Allah dikalangan bukan Islam, tetapi kekeliruan mereka sebagaimana kelirunya orang Islam sendiri terhadap Allah sebagai tuhan yang mutlak disembah.
Orang Islam dalam Umno percaya Allah sebagai sembahannya namun mengabaikan konsep Allah sebagai pengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna sehingga setengah pemimpin mereka berbangga dengan kecerdikan mereka menafikan keadilan dan kesempurnaan hukum Allah. Mereka percaya kepada Allah namun kejernihan iktikad dicemari oleh keraguan terhadap Allah yang maha sempurna. Pengabaian Umno terhadap Allah yang sempurna dalam mengatur tatacara kehidupan menyebabkan mereka membiarkan Islam dihina semaunya dengan pelbagai program mungkar yang mereka taja. Apa maksud jika mereka melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah khususnya dalam Bible berbahasa Melayu? Apakah kegagalan mereka merencana pemantapan aqidah di kalangan penganut Islam di Malaysia kerana tidak yakin dengan program keislaman sejak memerintah lebih 55 tahun lampau. Kerpuhan aqidah segolongan orang Islam di Malaysia atau agenda politik kebangsaan yang mendorong mereka bertindak diluar kawalan agama dan Perlembagaan negara. Lebih memalukan apabila mufti kanan negeri Perak, Harrussani Zakaria menyerang Pakatan Rakyat dalam isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian sebagai boleh menyebabkan terjatuh kedalam kufur atau murtad. Kita tidak tahu apakah beliau tahu bahawa pemimjpin Umno dan perlembagan negara yang sepatutnya beliau tunding jari dan tegur kerana kelalaian mereka menyebbakan kalimah Allah diguna semaunya oleh orang bukan Islam. Apa maksud Umno dan pemimpin mereka bertempik menentang isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian jika tidak untuk mendedahkan kebodohan mereka.
Monday, February 4, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment