Monday, February 4, 2013

Kalimah

Allah adalah tuhan seluruh alam, langit dan buminya. Jika ada adalah tuhan orqang Islam, pastinya ia tuhan juga bagi mereka yang ingkar beriman atau percaya kepadaNya. Manusia yang tidak bercaya wujudnya kuasa yang dinamakan Allah juga adalah hambanya dan tidak pernah luput daripada qadar dan taqdirnya. Orang Islam yang yakin juga percaya yang Allah itu tuhan bagi sekalian manusia, beriman atau tidak sejak Adam as hingga Muhammad saw. Maka apa hak kita orang Islam untuk menafikan kemutlakan Allah sebagai tuhan sekalian alam, tuhan bagi orang mukmin dan juga yang ingkar. Sesiapa pun boleh menggunakan malah dalam keadaan tertentu ada yang menggunakan untuk menghinaNya. Orang mukmin tentu tidak bersetuju dengan bentuk penggunaan berkenaan tapi tidak mampu menolak bahawa yang dihina itu adalah Allah, tuhan yang dihina itu. Islam mengajar kita jangan menghina sembahan mereka hingga menyebabkan mereka menghina Allah. Islam juga menjelaskan bahawa terhadap orang Islam sendiri, ada hukum yang ditunjukkan terhadap pengahagian anutnya yang terlanjur sebagaimana disebut secara jelas dalam fiqah Islam.

Kekeliruan dan hakikat mengenal Allah sebagai sembahan (tuhan) menjadi perbahasan ulama usul sejak selepas nabi wafat. Kekeliruan dan pelbagqai tenggapan terhadap Allah menimbulkan pelbagai firkah teologi yang rumit dan sering menyelahkian antara satu dengan lain. Pertentangan boleh timbul diatas dasar kecintaan terhadap Allah atau keinginan untuk mencemarkan kemurnian sifat Allah itu dikalangan orang beriman. Sebagaimana terjadi kepada penganut Kristian, konsep Allah dan penggunaan diyakini menyeleweng daripada asalnya yang berbentuk monotisme kepada  poloitisme (konsep trinity) sebagaimana dianuti oleh sebahagian besar penganut agama itu sekarang. Persoalannya bukan penggunaan nama Allah dikalangan bukan Islam, tetapi kekeliruan mereka sebagaimana kelirunya orang Islam sendiri terhadap Allah sebagai tuhan yang mutlak disembah.

Orang Islam dalam Umno percaya Allah sebagai sembahannya namun mengabaikan konsep Allah sebagai pengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna sehingga setengah pemimpin mereka berbangga dengan kecerdikan mereka menafikan keadilan dan kesempurnaan hukum Allah. Mereka percaya kepada Allah namun kejernihan iktikad dicemari oleh keraguan terhadap Allah yang maha sempurna. Pengabaian Umno terhadap Allah yang sempurna dalam mengatur tatacara kehidupan menyebabkan mereka membiarkan Islam dihina semaunya dengan pelbagai program mungkar yang mereka taja. Apa maksud jika mereka melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah khususnya dalam Bible berbahasa Melayu? Apakah kegagalan mereka merencana pemantapan aqidah di kalangan penganut Islam di Malaysia kerana tidak yakin dengan program keislaman sejak memerintah lebih 55 tahun lampau. Kerpuhan aqidah segolongan orang Islam di Malaysia atau agenda politik kebangsaan yang mendorong mereka bertindak diluar kawalan agama dan Perlembagaan negara. Lebih memalukan apabila mufti kanan negeri Perak, Harrussani Zakaria menyerang Pakatan Rakyat dalam isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian sebagai boleh menyebabkan terjatuh kedalam kufur atau murtad. Kita tidak tahu apakah beliau tahu bahawa pemimjpin Umno dan perlembagan negara yang sepatutnya beliau tunding jari dan tegur kerana kelalaian mereka menyebbakan kalimah Allah diguna semaunya oleh orang bukan Islam. Apa maksud Umno dan pemimpin mereka bertempik menentang isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian jika tidak untuk mendedahkan kebodohan mereka.


Friday, February 1, 2013

Cuak

Mahathir sentiasa dalam keadan tidak bersalah. Mahathir sesungguhnya tidak pernah dibuktikan bersalah maka dia tidak pernah bersalah. Tidak pernah ada sebuah mahkamah dimuka bumi ini yang pernah membuktikan Mahathir bersalah. Mahathir dalam apa keadaan berjaya mengelak daripada dibicarakan atau sekadar hadir dimahkamah maka beliau tidak mungkin didapati bersalah. Mahathir sentiasa bercakap tentang keadilan mahkamah dan kehakiman, maka beliau mendapat keadilan sebenar bila tidak pernah dibicarakan diatas sebarang kesalahan. Kita tidak pasti nasib beliau sebagaimana kita tidak pasti nasib sendiri dimahkamah Allah. Sebagai dijanjikan, kita pasti mendapat keadilan itu walau didunia kita dinafikan keadilan itu.

Kesalahan dan dosa tetap kesalahan dan dosa walaupun tidak pernah dibuktikan. Kemampuan kita melindungi kesalahan dan dosa bukan bermaksud kita tidak bersalah dan tiada dosa. Jika ada rahim Allah, dosa kita akan dirahsiakan dan diampunkan sehingga tidak makhluk yang mengatahuinya. Kita sentiasa berdoa untuk mendapatkan yang itu. Jika tidak, Allah akan buka rahsia kejahatan dan dosa kita sejak di dunia lagi walau betapa kita cuba menyembunyikan.

Mahathir berjaya menyembunyikan kejelekan pemerintahannya ketika berkuasa. Projek IC Sabah dan seluruh Malaysia? tidak pernah didedahkan oleh Mahathir. Kelemahan Najib dan kemantapan pembangkang menyebabkan rahsia itu terdedah. RCI mengesahkan wujudnya perojek tersebut walaupun sebelumnya ramai yang mengatakan ianya sekadar ingauan pembangkang. Mahathir terpaksa akur dengan kesilapannya namun masih bertegas bahawa ia tiada berdosa diatas peristiwa malang itu. Selain mencemuh musuhnya Tengku Abdul Rahman kerana memberi kerakyatan  kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka sebagai rakyat Malaysia, Mahathir cuba menyapu najis kemuka musuhnya no 1, Anwar Ibrahim sebagai orang yang bertindak melangkau had yang dibernarkan oleh beliau sebagai Perdana Menteri. Sekali lagi Anwar dipersalahkan walaupun RCI tidak pernah mendedahkan ia sebagai terlibat. Rakyat akan segera teringat peristiwa mata lebam Anwar yang difitnah oleh Mahathir, kononnya Anwar mencederakan dirinya sendiri untuk meraih simpati. Ramai Melayu yang percaya dongeng Mahathir dan Anwar pernah dipenjarakan kerana dosa yang dicipta buatnya oleh Mahathir.

Kini didedahkan terdapat 600 rakyat Malaysia berkongsi nombor IC yang sama. JPN masih merahsiakan berapa banyak lagi pengundi hantu yang mengundi menggunakan IC orang lain. Kenapa ini berlaku dan banyak mana jumlahnya. Pendedahan RCI meyakinkan setiap rumus yang sebelumnya diperkatakan semaunya dan bukan lagi rahsia umum. Mahathir masih lagi berupaya bercakap dan merapu. Jika dalam kes IC diSabah beliau berlagak sebagai Pak Pandir yang kematian anak, maka untuk meneruskan kesuciannya beliau cuba meraih simpati daripada rakyat yang sudah bosan dengan Umno dan Barisan Nasional yang kononnya pakatan pembangkang akan menangkap musuh politik mereka jika berkuasa. Mudah buat Mahathir dan sepatutnya ditegaskan oleh pakatan pembangkang bahawa sesungguhnya sesiapa yang melanggar undang-undang negara termasuk Mahathir sendiri adakan dibawa ke mahkamah untuk dibuktikan bahawa ianya bersalah. Kita terlalu cuak dengan kerenah Umno yang menyembunyikan kesalahan dan dosa yang dibuat oleh keroni walaupun memusnahkan negara.