Bersih itu Haram
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan HARAM menyertai himpunan Bersih 3. Sarjana yang menganggotai Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil kesepakatan bahawa himpunan yang disertai lebih 300 ribu orang itu haram. Menteri Besar Kelantan yang mewajibkan oanggota Pas menyertai bersih telah menganjurkan anggota partinya membuat kemungkaran, mewajibkan anggotanya melakukan sesuatu yang haram. Ulama-ulama dalam Pas dan Keadilan (jika ada) menikus berkenaan pengharaman oleh majlis fatwa berkenaan. Hanya TGNAZ merasakan anggota Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia melihat persoalan Bersih 3.0 dengan sebelah mata dan menggunakan cermin mata yang kabur. Nurl Izzah Anwar mengemukakan 6 persoalan kepada majlis fatwa berkenaan untuk diperhalusi buat dikeluarkan kenyataan.
Autoriti Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia sesungguhnya tidak perlu dipertikaikan dari sudut perkhidmatan sebagai satu badan yang bertanggungjawab bagi pihak kerajaan Barisan Nasional /Umno untuk meleraikan sebarang kekusutan permasalahan umat Islam di Malaysia. Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu selalu sinis ketika membuat komen terjadap majlis fatwa berkenaan. Begitu juga dengan anggota pembangkang, yang merasakan majlis itu merupakan terompah kayu Umno untuk ke jamban. Jadinya fatwa yang dikeluarkan oleh majlis yang begitu berautoriti kelihatan hilang wibawa. Dalam kes perdana Menteri menghadiri majlis perayaan agama Hindu atau bertafakur di Tugu Peringatan Negara, menampakkan "air liur" majlis fatwa tidak masin. Fatwa-fatwa yang dikemukakan jarang diikuti hatta oleh pemimpin kerajaan sehndiri.
Bukan tujuan tulisan ini untuk mempertikaikan autoriti Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia untuk terus mengemukakan fatwa. Malah kerana keyakinan kita terhadap majlis itu maka kita berharap pengharaman Bersih 3 dan lain-lain himpunan yang dirasakan oleh Umno sebagai haram diperkukuhkan dengan fatwa-fatwa terhadap isu berkaitan.
1) Apakah fatwa majlis terhadap SPR yang dipertikaikan ketelusan, keadilan dan penyalahgunaan amanah yang diberi kepada mereka dalam melaksanakan pilihan raya Malaysia yang betul-betul bersih. Dakwaan dan penemuan penyelewengan yang nyata dilakukan oleh SPR tidak pernah diselesaikan dan tuntutan Bersih tidak pernah diberi perhatian. Dimana pendirian majlis fatwa dalam isu ini kerana ianya bukan desakan pihak parti yang memerintah.
2) Kerajaan Malaysia dengan sebab penipuan licik SPR membolehkan kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang korup, rasuah, mengutamakan fitnah, meninggalkan hukum Allah dan mengutamakan kepentingan parti pemerintah walau bercanggah dengan agama, maka apakah kerajaan berkenaan bukan kerajaan haram, dan petut dikelurkan fatwa berkenaan haramnya kerajaan sedemikian.
3) Apakah pula fatwa terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang mengetahui akan segala bentukan penyelewengan oleh kerajaan dan SPR tetapi gagal mengeluarkan fatwa terhadapnya. Begitu juga majlis perlu berfatwa terhadap kelengahan badan berautori itu dalam mengemukakan fatwa-fatwa (banyak sangat fatwa terutama apabila diminta oleh Umno) sehingga menimbulkan suasana gelisah dikalangan umat Islam. Jangan sampai umat Islam lebih mempertikaikan kewibawaan dan menolak fatwa oleh majlis.
Banyak yang majlis fatwa perlu membuat fatwa tetapi biarlah fatwa itu mampu menampakkan majlis tidak memihak. Seperti badan kehakiman,SPRM, SPR, Peguam Negara, atau Polis Diraja Malaysia yang kian tersasar, maka jangan pula Majlis Fatwa Kebangsaan bersama dalam kelompak itu. Kita tidak pernah mempertikaikan ilmu ahlis majlis tetapi sebagai individu, anggota majlis mempunyai kecenderungan bukan dari ilmu.
Tuesday, May 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment