Thursday, August 11, 2011

Jais dan majlis gereja

Mohamad Khir Toyo pernah memberi hadiah penyapu kepada kakitangan kerajaan di Selangor. Bekas MB Selangor itu kemudiannya dikehendaki membela diri kerana kes rasuah semasa menjadi MB dan setelah BN rebah di Selangor. Kini Khir Toyo Adun BN biasa dan tidak siapa yang bijak meramal masa depan politiknya dan masa depan Umno dan Barisan Nasional itu sendiri. Apapun keadaan Umno dan BN yang amat kritikal.

Kini perkara sebaliknya berlaku. Khalid Ibrahim yang mengganti Khir Toyo sebagai MB Selangor telah diberi hadiah penyapu, mengkuk tandas dan mop. Tidak ada acara rasmi menunjukkan MB Selangor dari Pakatan Rakyat itu menerimanya dalam satu majlis rasmi kerajaan, tidak sebagaimana yang Khir Toyo buat. Penyangak upahan Umno/BN masih lagi merasakan penyapu, mangkuk tandas dan mop masih releven untuk satu tujuan penghinaan terhadap Khalid Ibrahim, MB Selangor yang mewarisi penyakit kronik tinggalan Umno/BN di Selangor.

Perangai samseng Umno/BN akan begitu sejak dulu, kini dan selamanya sehinggalah rakyat membuat perubahan. Biarkan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia bukan 5 negeri sebagaimana dibuat dalam pilihanraya umum lalu. Harapan majoriti rakyat Malaysia telah mereka terjemahkan dalam tuntutan Bersih 2.0. Satu pilihan raya yang bersih akan mempastikan kejatuhan Umno/BN dari puncak kuasa.

Umno/BN tidak membuat apa untuk mengatasi masalah murtad dikalangan umat Islam di Malaysia. Jika pada tahun 2008 Datuk Harussani Zakaria memberi angka 230,000 orang Melayu Islam telah menganut Kristian, ramai pemimpin yang terkejut dengan angka tersebut. Kesian orang tua itu menerima tekanan dari pelbagai pihak yang cuba menafikan angka yang dikira sangat mengejutkan itu. Akhirnya mufti itu membisu dan Umno tidak merasa bertanggungjawab mengatasi kemelut aqidah umat Islam yang kian terancam. Membiarkan isu kristianisasi ditafsirkan oleh masyarakat majumuk di Malaysia lebih mengundang kecelaruan dan gejolak perasan tidak selesa di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama. Tapi itulah kaedah Umno yang lebih suka membiarkan masalah menanah dan membusuk di dalam daripada melaksanakan suatu tindakan yang positif tetapi tidak populer demi undi dan kuasa.

Kita memuji tindakan Khalid sebagai MB dan Hassan Ali Exco dari Pas dalam isu Jais dan majlis makan malam anjuran gereja Mathodist yang dihadiri oleh orang Islam di Selangor. Sekurang-kurangnya mereka mengeluarkan segala sampah sarap dan kekotoran dari bawah karpet yang cuba di sorok oleh Umno/BN. Hassan Ali tentunya masih senda dengan Muhammad Sabu orang no 2 Pas yang lantang mendedahkan isu kristianisasi di Malaysia sehingga beliau cuba didiamkan dengan undang-undang zalim ISA. Kita juga melihat kematangan Pas dalam menangani isu berkenaan. Hanya Umno akan sentiasa mencari aspek politik untuk menjernih imejnya yang sedia comot.

Apapun segala kelemahan dalam hubungan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama akan lebih mematangkan kepimpinan politik Pakatan Rakyat sebagaiman cepatnya matang Kelantan akibat selalu ditekan dan ditindas oleh Umno/BN yang menguasai kerajaan pusat.


No comments: