Saturday, August 13, 2011

FLOM tertekan.

Seseorang adalah tidak bersalah sehinga mahkamah mendapati ianya bersalah. Namun seseorang bukannya tidak bersalah walaupun mahkamah tidak mampu membuktikan ianya bersalah. Begitu juga seseorang boleh dibuktikan bersalah dalam satu konspirasi untuk membuktikan ianya bersalah dalam kes kesalahan yang tidak dilakukannya. Ianya adalah fitnah.

Konklusi berkenan berdasarkan rentetan peristiwa lalu mahkamah yang amat lama, panjang dan pelbagai.

Dalam kes liwat Anwar Ibrahim Najib, Rosmah (bininya Najib) dan Mohd Rodwan Mohd Yusof dikehendaki menjadi saksi pembela. Mereka bertiga menolak untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi pembela walaupun diketahui terlibat secara langsung dalam konspirasi melibatkan Ketua Pembangkang dan musuh utama politiknya itu. Mereka juga menolak untuk ditemu bual oleh pasukan peguam pembela.

Peguam pembela , Karpal Singh tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk hadir ke mahkamah. Lebih pelek lagi ialah Mohd Rodwan bekas Ketua Polis Melaka juga turut takut untuk hadir ke mahkamah walaupun sudah biasa dengan kes-kes mahkamah termasuk kes liwatAnwar Ibrahim siri pertama.

Karpal juga menyifatkan FLOM dalam keadaan amat tertekan . " ... jangan buli saya Encik Karpal." Rosmah merayu.

Tindakan Najib, Rosmah dan Rodwan mempunyai asas yang kukuh. Mereka tentunya mendapat ilham daripada "sifu" mereka Mahathir Mohamad yang menolak untuk menyatakan kebenaran kerana politik dan kuasa. Sebagai pemimpin dan FLOM tentunya Najib dan Rosmah akan terpaksa bercakap dengan lidah yang lain apabila terpaksa bercakap berkenaan kedaulatan undang atau keluhuran perlembagaan. Soalnya berapa ramai rakyat Malaysia yang peka dan cakna untuk membetulkan tindakan pemimpin Malaysia yang kurang laras itu.

Najib dan bininya sering dilihat menggunakan penafian sebagai senjata dan helah politiknya. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya tidak lupa bahawa Najib dan bininya dikaitkan secara langsung dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya dan pelbagai kecurangan yang lain. Maka adalah amat sediah bila negara dipimpin oleh seorang "suspek" penjenayah yang dilihat cuba menyebunyikan jenayahnya melalui kawalan ke atas mahkamah. Seorang Ketua Negara sepatutnya Najib tidak boleh dilihat sebagai pengecut seperti ditunjukkan dalam kes liwat Anwar.

Kita bimbang jika Malaysia dilebel sebagai sebuah negara yang mendapat kuasa melalui jenayah penipuan pilihan raya. Lebih malangnya jika pentadbirannya dibantu oleh para penjenayah yang diberi lesen( wakil-wakil rakyat), dirancang oleh segerombolan penjenayah (menteri-menteri) yang tidak pernah kenyang dalam satu pertubuhan para penjenayah(Umno-BN) yang berusaha siang malam menyuburkan kebatilan dan memadamkan kebenaran.

Rakyat akan memberi pentafsiran mereka sendiri dalam terhadap peristiwa yang berlaku kerna mereka berada pada jaman bukan jaman bapaknya Najib.

Thursday, August 11, 2011

Jais dan majlis gereja

Mohamad Khir Toyo pernah memberi hadiah penyapu kepada kakitangan kerajaan di Selangor. Bekas MB Selangor itu kemudiannya dikehendaki membela diri kerana kes rasuah semasa menjadi MB dan setelah BN rebah di Selangor. Kini Khir Toyo Adun BN biasa dan tidak siapa yang bijak meramal masa depan politiknya dan masa depan Umno dan Barisan Nasional itu sendiri. Apapun keadaan Umno dan BN yang amat kritikal.

Kini perkara sebaliknya berlaku. Khalid Ibrahim yang mengganti Khir Toyo sebagai MB Selangor telah diberi hadiah penyapu, mengkuk tandas dan mop. Tidak ada acara rasmi menunjukkan MB Selangor dari Pakatan Rakyat itu menerimanya dalam satu majlis rasmi kerajaan, tidak sebagaimana yang Khir Toyo buat. Penyangak upahan Umno/BN masih lagi merasakan penyapu, mangkuk tandas dan mop masih releven untuk satu tujuan penghinaan terhadap Khalid Ibrahim, MB Selangor yang mewarisi penyakit kronik tinggalan Umno/BN di Selangor.

Perangai samseng Umno/BN akan begitu sejak dulu, kini dan selamanya sehinggalah rakyat membuat perubahan. Biarkan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia bukan 5 negeri sebagaimana dibuat dalam pilihanraya umum lalu. Harapan majoriti rakyat Malaysia telah mereka terjemahkan dalam tuntutan Bersih 2.0. Satu pilihan raya yang bersih akan mempastikan kejatuhan Umno/BN dari puncak kuasa.

Umno/BN tidak membuat apa untuk mengatasi masalah murtad dikalangan umat Islam di Malaysia. Jika pada tahun 2008 Datuk Harussani Zakaria memberi angka 230,000 orang Melayu Islam telah menganut Kristian, ramai pemimpin yang terkejut dengan angka tersebut. Kesian orang tua itu menerima tekanan dari pelbagai pihak yang cuba menafikan angka yang dikira sangat mengejutkan itu. Akhirnya mufti itu membisu dan Umno tidak merasa bertanggungjawab mengatasi kemelut aqidah umat Islam yang kian terancam. Membiarkan isu kristianisasi ditafsirkan oleh masyarakat majumuk di Malaysia lebih mengundang kecelaruan dan gejolak perasan tidak selesa di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama. Tapi itulah kaedah Umno yang lebih suka membiarkan masalah menanah dan membusuk di dalam daripada melaksanakan suatu tindakan yang positif tetapi tidak populer demi undi dan kuasa.

Kita memuji tindakan Khalid sebagai MB dan Hassan Ali Exco dari Pas dalam isu Jais dan majlis makan malam anjuran gereja Mathodist yang dihadiri oleh orang Islam di Selangor. Sekurang-kurangnya mereka mengeluarkan segala sampah sarap dan kekotoran dari bawah karpet yang cuba di sorok oleh Umno/BN. Hassan Ali tentunya masih senda dengan Muhammad Sabu orang no 2 Pas yang lantang mendedahkan isu kristianisasi di Malaysia sehingga beliau cuba didiamkan dengan undang-undang zalim ISA. Kita juga melihat kematangan Pas dalam menangani isu berkenaan. Hanya Umno akan sentiasa mencari aspek politik untuk menjernih imejnya yang sedia comot.

Apapun segala kelemahan dalam hubungan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama akan lebih mematangkan kepimpinan politik Pakatan Rakyat sebagaiman cepatnya matang Kelantan akibat selalu ditekan dan ditindas oleh Umno/BN yang menguasai kerajaan pusat.


Tuesday, August 9, 2011

Batal

Berita pembatalan temu bual pasukan peguam pembelaan Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis mNegara, Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Redwan Mohd Yusof yang dijadualkan hari ini 8/8/2011 di batalkan. Pihak pendakwaan membatalkan kerana kehadiran Anwar dalam sesi temu bual yang melibatkan dirinya sebagai orang kena tuduh dan dikehendaki mebela diri.

Sekali lagi kes berkenaan liwat Anwar dilewat-lewatkan. Orang Umno yang bodoh dan jahat akan sentiasa melihat ianya sebagai helah Anwar tanpa merasa jejek kepada sistem kehakiman negara yang menjadi begitu bercelaru dan penuh misteri.

Barangkali pada sidang pengadilan Tuhan nanti bekas Ketua Polis Negara dan bekas Ketua Polis Melaka itu boleh minta uzur dan membatalkan pembicaraan kerana Anwar juga hadir ketika itu.

Apakah hebat sangat Anwar yang dipukul separuh mati oleh Rahim Nor dan kedua mereka ini terlibat secara langsung dalam kes yang dikatakan oleh Anwar sebagai fitnah yang keji ke atasnya. Apakah malu mereka bertentang mata dengan Anwar? Atau sememangnya kes ke atas Anwar betul betul-betul dirancang?


Monday, August 8, 2011

Durian runtuh kot.

Najib telah umumkan setengah bulan gaji atau minimum RM 500 kepada kakitangan kerajaan dan akan dibayar pertengahan Ramadhan ini. Najib memberi hak rakyat walaupun hanya kira-kira sesuku daripada yang dipohon. Biarlah, tidaklah terlalu kering penjawat awam berhari raya tahun ini. Lagipun Najib memang lembut hati dan pemurah terutama jika yang meminta itu bininya Datin Rosman Mansur.

Apapun bolehkah Najib mengharapkan ianya sebagai pelaburan PRU ke 13 nanti atau sememangnya Najib cuba mengurangkan keperitan hidup rakyat setelah pelbagai subsidi awam ditarik balik , antaranya:-

1) Harga petrol RON 97 dinaikkan empat kali sehingga Mei 2011 dengan harga RM2.90 seliter.

2)Melupuskan subsidi gula berjumlah RM116.6 juta pada Mei 2011.

3) Kenaikan Gas Petroleum Cecair Mulai Mei 2011

4) Kerajaan naikkan kadar purata tarif elektrik sebanyak RM2.23 sen/kWj (7.12 peratus) mulai Jun 2011.

Agaknya berapa bonus yang patut diberi kepada penjawat awam berbanding dengan perbelanjaan PM dan Datin bininya.

1) Rosmah dan cicin berliannya berharga RM24 juta.

2) Gelang tangan bernilai RM1.65 juta

3) Bil elektrik dan air PM dan TPM RM10 juta

4) Penginapan Rosmah di hotel mewah Atlantis, Dubai RM140,000 semalam.

5) Beg tangan Rosmah jenama"Hermezz Matte" berharga RM361,259.00.

Dapat Bonus jangan lupa bayar zakat fitrah kepada yang beragama Islam. Sel;amat berpuasa.