Keputusan PRK Dun Galas - Umno/BN menang bergaya?
Undi Pas = 4134
Undi BN = 5324
Majoriti = 1190
Undi orang Asal - Peratus keluar mengundi 83 %
Undi Pas = 66
Undi BN = 1001
Undi orang Asal dicampur undi Pos yang memihak kepada Umno/BN sudah menyamai majoriti PRK Galas = 1190.
Berbaloi Umno berkhemah di petempatan orang Asal dan menjamu mereka semaunya. Khabarnya ada yang membawa air syaitan untuk menjamu mereka. Tok Guru MB Besar pula mengIslamkan 3 orang Asli dan memberi wang zakat kepada sebilangan mereka menyebabkan ada orang Umno yang meroyan dan melaporkan Tok Guru mengamalkan rasuah pilihan raya.
Umno/BN menang dengan majoriti 1190 amat mengecewakan arkitek pembangunan Gua Musang, Ku Li yang berhasrat menjadikan Gua Musang sebagai kota raya New York. Orang tua Gua Musang masih ada yang ingat dulu-dulu anak raja yang kalah kepada Mahathir ketika berebut untuk menjadi Presiden Umno berjanji untuk menjadikan Gua Musang kota semoden New York. Ku Li tak pernah kalah di Gua Musang tetapi orang di situ tidak banyak berubah, masih gitu-gitu.
PRK Dun Galas dalam Parlimen Gua Musang ada bisik-bisik yang kononnya anak raja itu akan membawa pulang royalti ke Kelantan. Moga-moga masin mulut anak raja itu. Kita boleh percaya tapi harap tak usah, seperti di Manik Urai, janji-janji PRK masih belum tertunai.
Hebatnya tidak semua orang Asal mengundi Umno/BN walaupun mereka dikepung dan dipaksa memakai baju merah ke tempat mengundi. SPR yang menjadi lembu Umno/BN tidak menghiraukan bantahan Pas supaya kiraan undi orang Asal diadakan di tempat mengundi tetapi agihan zakat oleh tok guru dikira rasuah pilihan raya. Syabas Tok Guru dan sememangnya kami tidak kecewa dengan kekalahan di Galas kerana Umno/BN sebenarnya tidak menang berdasarkan ilmu Matematik era PPSMI yang tidak sempat saya belajar, tetapi mendapat kepujian Ilmu Hisab tahun 70-an.
Perangai hodoh Umno/BN tidak pernah kendur, saat negara berhadapan krisis ekonomi masih sanggup berbohong dan ada duit untuk beli keyakinan rakyat . SPR pula pekak, bisu dan buta untuk melihat kesalahan dan laporan Pakatan Rakyat.
Saturday, November 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment