Monday, November 15, 2010

"Cemuih"

MB Kedah hilang sabar dengan sikap media arus perdana. Tragedi banjir dan keceluparan TPM dan Syahrizat Jalil menuding jari kepada Ustaz Azizan sebagai tidak bertanggungjawab dan berlepas tangan ketika banjir melanda negeri itu adalah tindakan terlalu jahat dan mengambarkan sikap sebenar media arus perdana untuk kepentingan tuan politik mereka.

Sikap buruk media yang tidak pernah menyesal melakukan dosa fitnah terhadap kerajaan Kedah dan Menteri Besarnya menyebabkan mereka tidak berusaha mengakui kesilapan dan memohon maaf di atas keterlanjuran mereka. Etika kewartawanan diprkosa semaunya. Kepercayaan mereka (jika mereka beragama) menghendaki segala kejelekan mereka dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan mereka kelak dipandang ringan.

Tindakan Ustaz Azizan menghalang mereka membuat laporan semasa sidang Dun Negeri Kedah menyebabkan wakil rakyat Umno/BN meroyan. Wakil rakyat yang tidak memikirkan laporan fitnah terhadap MB Kedah dan badan-badan yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir sebagai mengkhianati rakyat. Bukankah rakyat perlu mendapat laporan yang tepat dan seobjektif mungkin supaya pemikiran mereka tidak keliru. Atau tugas sebenar media arus perdana ialah untuk terus menipu dan memeperdayakan rakyat untuk terus akur dengan kejahatan Umno/BN.

Jika pun media arus perdana dibenarkan membuat liputan sidang dun Kedah kali ini, apakah mereka akan melaporkan segala yang kebaikan dan keburukan sebaik mungkin dan tidak memutarbelitkan isu untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat di Kedah. Media arus perdana sudah terlalu jahat untuk dilayan secara baik oleh Ustaz Azizan dan gabungan Pakatan Rakyat.

Wakil Rakyat Umno/BN yang cuba menjuarai kebebasan akhbar dan keterbukaan maklumat adalah terlalu jumud untuk bersaing secara sihat dengan gambaran maklumat yang adil dan saksama. Jika itulah yang diamalkan sejak dulu, Umno/BN sudah lama berkubur kerana rakyat selalu dipesongkan daripada mendapat maklumat sebenar kejahatan Umno/BN . Maklumat yang sering diolah disonglap oleh media arus perdana dengan mereka cipta dan membesarkan isu-isu fitnah keatas Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya rakyat yang bermaklumat sudah terlalu "cemuih" dengan gelagat Umno/BN dan suruhan mereka media arus perdana.

No comments: