Galeri Wanita Pertama
Rosmah Mansor sebagai wanita pertama kerana beliau bini Najib. Lagipun wanita itu seorang yang paling berpengaruh dan mudah mempengaruhi Perdana Menteri, lakinya. Rakyat yang senang dengan peranan Rosmah sebagai Wanita Pertama, isteri Perdana Menteri maka kelibat beliau sering diberi perhatian.
Penglibatan Rosmah dengan sidang Wanita Pertama Dunia yang berlangsung di Hotel Palace of The Golden Horses menjelaskan cita rasa isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur. Rosmah juga cakna dengan pakaian Muslim menyebabkan beliau berusaha menganjurkan Festival Busana Muslim di Monaco Sporting Club, Monte Carlo 10 Ogos lalu. Beliau berjaya mengumpulkan dan mempamerkan karya 200 pereka fesyen "pakaian Muslim". Hebat Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri. Harrusani Zakaria Mufti Perak yang peka nasib Melayu telah menjadi pendek lidah untuk menjelaskan erti "busana Muslim" kepada Rosmah Wanita Pertama itu.
Najib sebagai suami yang penyayang dan Perdana Menteri yang faham kehendak isteri dan rakyat dalam bajet terkini mengutamakan kehendak rakyat dengan bajet "seluar dalamnya". Rakyat akan ghairah untuk menutup segala keperluan harian yang kian mendesak dan menghimpit kuasa beli yang kian meruncing dengan membeli seluar dalam, baju dalam, baju tidur, beg tangan, alat solek dan sebagai-bagainya lagi yang diberi keutamaan oleh Najib dalam bajet terbarunya. Ada kawan yang terpaksa berjimat bergilir seluar dalam dengan bininya ketika anak-anaknya belajar di universiti. Tentu kawan tu gembira dengan bajet Najib.
Kalau dulu Wanita Pertama sebuah negara Asean berbangga dengan ribuan seluar dalam, baju dalam, kasut dan segala alat solek maka adalah baik bagi Rosmah untuk membuat "Galeri Perdana" khusus untuk mempamirkan pelbagai bentuk pakaian dalam, kasut, beg tangan, alat solek dan segalanya milik beliau. Dapatkan kontrakor kroni untuk membina "Galeri Perdana" dengan kos berganda daripada harga sebenar dan kenakan bayaran masuk yang "berpatutan" supaya rakyat dapat menyaksikan kehebatan sebenar "Wanita Pertama" Malaysia. Juga patut dipamerkan busana Muslim mengikut persepsi dan selera Rosmah. Rakyat khususnya "penyokong UMNO" pasti bangga dengan isteri Perdana Menteri @ First Lady Malaysia.
Alahai First Lady dan rakyat tidak perlu terlalu bangang.
Tuesday, October 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment