Saturday, May 1, 2010

! Mei, semoga lebih baik untuk pekerja.

1 Mei disambut sebagai Hari Buruh/pekerja. Pekerja di sektor awam dan swasta diberi cuti dan setengahnya tanpa gaji. Golongan yang paling dominan dalam mengerakkan ekonomi dan kemakmuran negara. Golongan berupaya hidup dalam situasi paling sederhana. Setengah begitu menyesali perjalan hidup mereka sebagai kaum buruh, yang kais pagi makan petang , kais petang makan malam dan terpaksa kais malam untuk sarapan.

Kekayaan bukan milik mereka. Dalam konteks dunia moden, mereka adalah hamba kepada kelas borjuis kapitalis yang tidak pernah kenyang harta. Mereka yang sanggup menyedut darah dingin dari kerangka kaum buruh demi memaksima untung. Kebajikan adalah cerita dongeng dari hikayat kuno dan mimpi indah golongan buruh. Alangkah indahnya sebuah kehidupan yang mati nilai keserakahan dan ketamakan.

Hari ini siapa yang masih tolol berbicara soal "keadilan" untuk semua jika nilai sebenar suatu kehidupan berpaksikan kebendaan. Benda yang tidak pernah kekal dan pasti akan hilang. Benda yang dikejar oleh ketamakan dan keserakahan yang tidak pernah kenal erti kenyang.

Seperti hari ini, esok pemimpin yang tidak harga diri akan mencagarkan kaum buruh untuk kuasa dan kekayaan. Esok pasti mereka dihiburkan dengan suatu kehidupan yang gemilang dengan janji mereka akan mendapat keutamaan. Namun mimpi indah kaum buruh belum pasti menjadi kenyataan kerana mereka sentiasa diingatkan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan bukannya menagih janji "kebajikan".

Selamat Hari Buruh.

No comments: