Jentera penerangan Umno akan menggunakan pendekatan menghayati kehidupan rakyat di Manek Urai. Mereka akan tinggal di rumah pengundi, menoreh getah dan menyelami hati budi masyarakat pengundi Manek Urai. Mereka tidak akan tinggal di hotel berbintang semasa kempen PRK Manek Urai nanti.
Kalau itulah pemimpin Umno, mereka sebenarnya kelompok bangsa Melayu yang telah hilang kemelayuannya. Mereka berada dalam kelompok tersendiri dan terpisah daripada realiti sebenar masyarakat Melayu.
Seketika di Manek Urai, persepsi mereka terhadap hati budi dan budaya orang Melayu akan difahami. Selepas PRK Manek Urai nanti, segala projek dan pembangunan akan mula berkisar fokus. Tumpuan projek akan lebih mesra rakyat jelata yang rata-rata jarang melepasi garisan kemiskinan. Pemimpin Umno tidak akan tersasul lagi untuk mengulas sebarang kenaikan barangan kegunaan rakyat sebagai tidak membebankan rakyat.
12,000 pengundi di Manek Urai mula menjadi perhatian. Mereka pasti kagum dan terpesona sikap merendah diri para pemimpin Umno yang menumpang di rumah mereka, makan nasi yang mereka makan, minum air yang mereka minum dan tidur berbantal kusam beralas tikar "kerecut" atau tikar "mengkuang" atau tikar "pandan" atau tikar plastik yang biasa digunakan oleh rakayat di Manek Urai.
Pengundi Melayu pasti kagum, pemimpin mereka tidak hilang kemelayuannya. Pemimpin Umno daripada yang tertinggi ke bawah akan mempamirkan kesopanan seorang Melayu kelas pertama. Hari-hari berlalu menjelang hari mengundi mereka akan memakai baju batik kusam bersongkok atau kita tidak akan terkejut jika pemimpin Umno yang berkain sarung, berbaju Melayu dan berkopiah. Mereka menjadi ahli jemaah yang setia setiap waktu di masjid-masjid di Manek Urai. Pantangnya, jangan suruh pemimpin ini jadi imam sembahyang.
Kita di Manek urai akan menunggu kreativiti Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat sentuhan kempen terbaiknya untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti yang sedang nazak itu.
Persoalannya; BAKPO DEMO NAK LAWAN PAS. BAKPO NAK AMBIL KELANTAN DARIPADA PAS. TERUK SANGATKAH PEMBANGUNAN DI KELANTAN. KO DEMO PELAHAP KUASA KERANA NAK TIPU RAKYAT, bukan kerana rakyat diutamakan.
Tuesday, June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment