Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 tahun Merdeka pada halaman 252 mengatakan bahawa, " Satu sebab lain yang memaksa Inggeris mengalah kepada UMNO ialah adanya pemberontakan bersenjata dicetuskan oleh Komunis di hutan-hutan."
Umno sengaja membutakan fakta sejarah sebenar perjuangan menuntut kemerdekaan. Sebagai golongan politik kanan, Umno menempuh jalan mudah mendapat kemerdekan separuh matang daripada penjajah British. Parti-parti kiri dan rakyat negara ini yang berjuang mempertaruhkan harta dan nyawa mudah dilupakan jasa dan sumbangan mereka. Di mana tempat ribuan yang dibunuh, dipenjara, dihukum gantung dalam sejarah perjuangan menuntut kemerdekan. Sumbangan mereka dipadamkan oleh Umno dari catatan sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan tanahair.
Menghalang kepulangan Chen Ping, bekas Setiausaha Agung PKM ke Malaysia adalah kebebalan terhadap sumbangan anggota PKM dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Momokan penjajah terhadap pembenrontakan bersenjata Komunis adalah usaha membersihkan darah para pejuang kemerdekaan dari tangan penjajah.
Siapa selain Umno yang sanggup berkomromi dengan penjajah dan di mana tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dari pelbagai bangsa yang sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi kemerdekan. Maka apa hak Umno untuk memadamkan sumbangan mereka dari fakta sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air. Maka membenarkan kepulangan Chen Ping ke Malaysia adalah penghormatan kepada seorang yang pernah berusaha menghalau penjajah dari Malaya.
Tuesday, June 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment