Masa cukup lama Nahathir jadi Perdana Menteri. 22 tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Mahathir mengakui kegagalan. Terbaru Mahathir mengakui kelemahan sendiri memantapkan Umno dengan orang yang cerdik. Orang-orang bodoh dalam Umno.
Kebanjiran orang bodoh dalam Umno mungkin disebabkan beberapa perkara.
1) Ramai orang cerdik tak suka kepada Umno.
2) Hanya orang-orang bodoh masih yakin dengan Umno sedangkan orang cerdik sadar Umno adalah pertubuhan politik yang tidak boleh diharap untuk menjadi sebuah kerajan yang berkesan.
3) Mahathir tidak berjaya meyakinkan orang-orang cerdik bersama Umno atau orang-orang cerdik disingkir oleh Mahathir dan kroninya daripada menguasai Umno. Ramai tokoh-tokoh hebat menjadi mangsa Mahathir sehingga Umno dipenuhi oleh orang-orang yang bodoh?
4) Mahathir bukan pemimpin yang hebat dan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk membiarkan orang-orang cerdik bersama dalam Umno. Mahathir tidak sanggup kelihatan tidak cerdik dikalangan penyokong-penyokongnya yang cerdik jika membiarkan Umno dianggotai oleh orang yang cerdik.
5) Mahathir sebenarnya gagal membawa perubahan tahap celek intelek orang-orang Melayu dan bangsa itu masih pada tahap kecerdikan sebelelum merdeka sehingga Mahathir melihat mereka semua sebagai orang yang tidak cerdik.
6) Mahathir dengan kenyataan itu cuba meyakinkan bahawa hanya beliau seorang yang cerdik dan selainnya adalah tidak cerdik.
Cerdikkah Mahathir dan berjayakah Mahathir mencerdikkan rakyat Malaysia. Aku teringat tahap akademik budak-budak sekolah era Mahathir berbanding jati diri dan kesedaran pejuang kemerdekaan serta usaha mereka mencerdikkan diri sendiri. Aminuddin Baki cerdik, Ahmad Ibrahim cerdik, Ghafar Baba cerdik, Chen Peng juga cerdik dan lain-lainya. Kenapa Umno sendat dengan orang tidak cerdik sebagaimana kata Mahathir?
Wednesday, September 25, 2013
Wednesday, September 18, 2013
Siapa sesat.
Syiah sesat. Wahabi sesat. Qadariah dan
Jabariah sesat. Murjiah sesat. Qardiani, lagi lah sesat. Pas, Parti ajaran
sesat. Pas lebih bahaya daripada komunis. Buangkan perkataan Islam daripada
parti Pas. MCA atau MIC adakah sesat? Samy Velu kata ada Hindu yang sesat.
Sepatutnya ditanya, apakah Umno
sesat atau tidak sesat. Sebagaimana sepatutnya orang ramai mengkaji kenapa mereka
mengatakan Syiah itu sesat, Wahabi itu sesat atau Pas parti ajaran sesat.
Masalahnya, mereka sememangnya tidak suka mengkaji walaupun untuk pegangan mereka. Mak
bapak mereka tak suruh kajipun anutan mereka itu betul atau tidak. Malah mereka
akan sentiasa merasakan anutan mereka itu benar walaupun mereka bukan penganut
yang taat.
Ramai yang mengikuti dan yakin bahawa Umno
itu berfahaman ahlul sunnah wal jamaah. Sunnah/Sunni itu sahaja dikira benar
dalam mentafsirkan Islam. Semua orang sunnah yakin dengan kebenaran dan
ketepatan pentafsiran Islam mereka. Kerana itu mereka yakin bahawa Syiah dan
Wahabi itu sesat dan menyesatkan.
Seronoknya, mereka pergi ke Makkah
berimamkan orang Wahabi. Syiah yang mereka kata sesat itu, percaya dengan
kalimah tauhid yang sama. Quran orang Syiah, quran itu lah juga. Jika ada pun
berbeda pendapat dan pandangan kenapa perlu bertempik macam orang sasau. Tukang sorak tu tak lebih daripada media seumpama tv3 yang belum tentu arif tentang Syiah. Tukang canang ni yang lebih-lebih.
Apakah di Malaysia golongan Sunnah itu
tidak dapat diselongkar kesalahan mereka. Apakah bebas mereka daripada bahaya
khurafat. Jilahkah itiqad mereka. Sempurnahkah amalan mereka? Tanyalah lagi.
Sikap ini menyeronokkan dan amat lucu. Umno
yang menolak sebahagian Quran dan menerima sebahagian yang lain itu dikira sunnah juga, maka ianya benar. Umno yang
menjadi teras pemerintahan Malaysia yang sekular dan menolak Islam dalam
pemerintahan itu juga benar. Mereka yang galak membuka dan mempromosi budaya
maksiat, judi, arak, hiburan melampau itu sebagai bertepatan dengan kehendak
Islam sunnah. Betulkah begitu. Syiah dikorek betul-betul kes kahwin mutaah atau sikap taqiyah mereka. Kenapa tidak dijaga aqidah sunni Nusantara yang tercemar sakan dengan bidaah dan khurafat.
Mereka yang menyokong Umno inilah yang
bertempik untuk mengharamkan Pas, Wahabi, atau Syiah sehingga lupa aqidah
mereka bertempek dengan klhurafat; tanpa Umno melaysia tidak akan maju. Tanpa
Umno Malaysia akan huru hara. Tanpa Umno nasib Melayu dan Islam terancam di
Malaysia. Dan banyak lagi, fikirkanlah. Nikah keyakinan sunnah Umno?
Umno juga yang mengajar orang Melayu bahawa
Ikhwanul Muslimin itu diasas oleh pengganas dan sebahagian daripada pengganas. Kerana
ajaran Umno juga rakyat menjadi keliru dan boleh terima kejahatan Fatah Sisi
yang kufur itu untuk menjatuhkan Presiden Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir
secara sah dan sendat dadanya dengan 30 jujuz al Quran.
Umno boleh terima kekeliruan pendapat ulama
Muda mereka untuk menghalalkan tindakan zalim kudeta tentera Mesir yang sarat
dengan agenda kufar Yahudi-Nasrani menghancurkan kerajaan sah pilihan rakyat
dan dipimpin oleh seorang sarjana yang zuhud dan Islamik.
Adakah orang Umno yang bertempik mengkritik
ulama muda mereka supaya jangan terlalu celupar menyalahkan perjuangan
menuntut hak oleh penyokong Morsi dan membenarkan tindakan biadab kudeta
tentera Mesir. Khiwarijkah mereka?
Umno sudah terlalu keliru dan tersasar.
Wajarkah Umno meneruskan agenda mereka kala segalanya buruk dan lemah. Jenaka
apa lagi yang lebih melucukan ketika mereka berada dalam kandang kesesatan,
mereka berterik, bertempik menuduh orang lain sebagai sesat dan tidak betul.
Benar agaknya orang tua-tua Melayu mengingatkan
kita bahawa, "kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik".
Subscribe to:
Posts (Atom)