Sunday, April 14, 2013

Ubat penenang.

Memperkenalkan dirinya sebagai pengasas di Tumpat Kelantan. Juga seorang guru agama yang berilmu, ilmu yang ada dalam dadanya bernilai 2 juta. Tok Ayah Abdullah Saamah yang menjadi ayam sabung Umno bagi mendapat simpati golongan yang mendapat pendidikan pondok. Tok Ayah Abdullah Saamah juga berbangga dengan bangunan 5 tingkat, yang kata beliau pemibinaannya mengikut prosedur tetapi kerana kerja jahat Pas dan Majlis Daerah Tumpat, pembinaan disita. Awang Adik Hussin menyalahkan Pas kerana dendam terhadap Tok Ayah yang banyak menghentam Pas dan Nik Abdul Aziz.

Tok Ayah Abdullah Saamah satu-satunya tok guru pondok yang mungkin dapat digunakan oleh Umno. Lain-lain tok guru mungkin tidak berkelayakan mengikut standard Umno atau tidak ada yang seberani Tok Ayah meperjudikan ilmu dan aqidahnya memfitnah dan memburuk-burukkan Nik Abdul Aziz dan kerajaan Pas Kelantan.

Mengikuti beberapa ucapan Tok Ayah yang dimuat naik dalam internet, seseorang yang waras mungkin boleh membuat tanggapan bahawa:-

1) Tok Ayah perlu dirujuk kepada pakar jiwa. Cara beliau bercakap dan berbangga dengan jumlah wang RM 2juta yang diberikan oleh Najib kepada pondoknya,  beliau menunjukkan bahawa sememangnya beliau ada simpton kecelaruan berfikir. Mungkin beliau telalu gembira untuk membuktikan kehebatan beliau kepada murid-murid beliau yang sesungguhnya beliau berada pada makam yang hebat.

2) Cerita pengembaraannya bersama Rasulullah dibumi Kelantan dan sumpah seranah yang beliau kepada Nik Abdul Aziz dan kerajaan Pas Kelantan dan disandarkan kepada Rasulullah adalah keterlaluan mengancam aqidah. Penyokong bersorak dan bertepuk tangan dan berkemungkinan menerima khayalan daripada pengembaran fikirannya bercelaru itu sebagai betul. Ulama Umno sepatutnya peka dengan isu dan penyesatan ini bukan membesar-besarkan fitnah seperti dalam isu kalimah Allah.

3) Dalam ceramahnya, Tok Ayah Abdullah Saamah menyebut bahawa lebih 30 kali Rasulullah membenarkan tindakan beliau mengajar ilmu agama dan termasuk penerangannya membela Umno dan menuduh Pas dan Nik Abdul Aziz sebagai sesat.

4) Kita tidak dapat pastikan cerita Tok Ayah Abdullah Saamah ketika mudanya berjubah dan berserban merah bertemu orang tertentu dan menawarkan diri untuk menjadi calon Pas.

5) Kita sesungguhnya bimbang Umno menyesatkan orang Islam dan memp0eralatkan orang yang terlupa atau tidak telan ubat penenang mengikut peraturan.

6) Umno boleh bercita-cita untuk terus berkuasa tetapi usah gunakan kaedah yang boleh menghancurkan aqidah dan akhlak orang Islam.

Saturday, April 13, 2013

Mengata dulang paku serpih.


Mahathir pernah tewas kepada almarhum Haji Yusof Rawa. Mahathir juga pernah menggunakan pentas Pas ketika disingkir dari Umno. Mahathir bernasib baik kerana Hussin Onn membuat kesilapan untuk memilih beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir yang bijak menggunakan peluang, berjaya menyingkirkan saingan beliau untuk menampakkan beliau pemimpin yang hebat. Beliau bukannya hebat dipentas terbuka dan adil. Beliau menyingkir satu persatu saingan dalam politik meninggalkan Umno untuk dipimpin segolongan perasuah yang tiada karisma dan wibawa.

Pru ke 13, Najib dan Umno masih mengharapkan Mahathir membuat percaturan bagai memastikan parti pemerintah itu tidak hancur. Najib menerima Mahathir bukan sebagai mentor tetapi "wali" yang keramat. Umno diyakini menang dengan percaturan Mahathir.

Sesungguhnya Mahathir sendiri gelabah. Harapan beliau mempertahankan Putrajaya adalah perjuangan hidup mati. Kiranya berlaku kekalahan kepada Husam Musa dari Kelantan yang sanggup mempertaruhkan masa depan politiknya mengkagumkan. Kalau Mahathir berdepan Husam di Putrajya dan menang, adalah biasa sebagaimana biasa Mahathir kalah kepada Haji Yusof Rawa. Luar biasa ialah bila Mahathir memilih mana-mana kerusi parlimen di Kelantan dan menang serta memahat sejarah sebagai benar-benar negarawan yang hebat. Kita percaya Mahathir tidak sebodoh itu walaupun kerjaya politiknya sudah tiada masa depan.

Mahathir tidak seberani Lim Kit Siang yang meninggalkan kerusi selamat dan bertanding di Johor. Mahathir memperlekehkan keberanian Lim bertanding di Johor kerana majoriti kaum China. Begitu pula Mahathir, belum tentu beliau sanggup berdepan dengan Nurl Izzah di Lembah Pantai atau Abdul Hadi Awang di Marang. Mahathir boleh menunding jari melondeh kelemahan orang lain, dan beliau jarang memperjudikan nasib ditempat yang beliau belum tentu menang. Mahathir akan sentiasa memastikan beliau dalam situasi pasti menang. Maka apakah hak Mahathir mempertikai percaturan Pakatan Rakyat sedangkan kemelut dalaman Umno berada pada tahap keritikal.

Pru ke 13 akan menjadi pertaruhan terakhir kerjaya Mahathir dan Umno. Aliran sokongan rakyat dan segala pembongkaran  kejelekan 56 tahun memerintah Malaysia membuatkan Umno tinggal suatu talian hayat, PENIPUAN. Jika Mahathir boleh menipu untuk merampas Sabah daripada Pairin Kitingan dengan projek IC, apakah mereka mampu bertahan untuk bertanding secara jujur? Soalnya berapa banyak cabang penipuan yang mampu dikesan Pakatan Rakyat dalam Pru kali ini? Kita percaya anjing yang biasa makan tahi, jika tidak dimakan pasti dihidunya.