Tuesday, October 1, 2013

Runtuh

Terengganu Darul Iman, negeri yang rakyatnya terdiri daripada orang-orang beriman. Pemimpin-pemimpin dan pembesarnya adalah orang yang mantap iman.

Terengganu juga negeri yang kaya dengan hasil minyak. Ada yang menamakannya sebagai Kuwait Malaysia. Hasil mahsulnya memang banyak dan kekayaan hasil negeri melimpah ruah. Sayangnya rakyat Terengganu diantara termiskin di Malaysia.

Sepanjang sejarah Terengganu merdeka bersama Malaysia, hanya seketika negeri itu diperintah oleh Pas, ketika bermenteri besarkan Almarhum Daud Samad dan Dato Seri Abdul Hadi Awang. Hampir setengah abad Terengganu diperintah oleh Umno/Perikatan dan Umno/Barisan Nasional. Parti siasah yang dipercayai boleh menjaga negeri dan rakyat Terengganu dengan cemerlang.

Terkini Terengganu dikuasai oleh Umno/BN dipimpin oleh Ahmad Said yang dijangkakan tidak lama memerintah setelah Idris Jusoh tidak dipersetujui oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan. Ahmad berjaya menjadi Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua.

Sejarah pengukiran tamadun terhebat diTerengganu sebagaimana diwar-warkan ketika Idris Jusoh menjadi Menteri Besarnya terencat dah melebihi 6 tahun. Idris dan selogan pembangunan yang tidak pernah dilihat mata dan tak pernah terlintas dihati menjadi permulaan  runtuh meruntuh di Terengganu.

Zaman Idris sebagai Menteri Besar, Terengganu bermewah dengan wang royalti yang ditukar menjadi wang ihsan. Umno dan barua Umno memperlakukan semaunya kerana wang ihsan sebagaimana berbelanja duit pusaka mak bapak mereka. Sejarah penafian hak rakyat yang menyokong oposisi tidak pernah berubah, mereka sentiasa terpinggir dan dipinggirkan.

Pembangunan bukan ikut merit kepentingan. Pemimpin akan memikirkan projek untuk membawa khazanah negeri kepangkuan puak dan kroni. Barua-barua Umno menjadi kontraktor-kontraktor yang mendapat tender kerajaan. Siapa yang berani mempersoalkan kerana SPRM perlu mendapat persetujuan Menteri besar untuk menyiasat salah laku rasuah walaupun mereka tahu siapa perasuah dan berleluasanya rasuah. Samseng-samseng menjadi orang kanan dalam politik Umno sehingga ada yang lebih berkuasa daripada Ketua Polis Daerah.

Menteri Besar Ahmad Said pura terkejut dan tunjuk cenge dalam kes bumbung Masjid Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu yang runtuh. MB mengarahkah supaya SPRM menjalankan tugasnya. Bodoh pertanyaan, apa perlu MB meminta SPRM jika badan itu benar-benar bebas dan bertanggungjawab?

Rakyat yang tiga suku celik huruf pun tercengang kerana kes runtuh di Terengganu Darul Iman bukan pertama kali dan bukan pula yang terbesar. Malah bekas MB Terengganu Idris jusuh sendiri pernah meruntuhkan Masjid Bujal di Kemaman ketika berkuasa. Runtuh dan meruntuhkan bukan perkara luar biasa di Terengganu. Lihat kes-kes runtuh dan termasuk Stadium tercanggih dan terbaru runtuhdi Terengganu.

Lampiran senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:


1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, MarangTarikh: 12 April 2008Harga: RM2 juta
2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong BadakTarikh: 2 Jun 2008Harga: RM292 jutaPunca: “Semua buat silap” – Ahmad Said
3. Kolam Renang Batu Burok bocorTarikh: 5 Jun 2008Harga: RM18 juta
4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggalTarikh: 29 Jun 2008Harga: (terminal ) RM123 juta
5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), KemamanMaklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.Tarikh: 15 Mac 2009
6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.Maklumat – tumbang.Tarikh: 6 Ogos 2009Harga: RM15 juta
7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, KemamanTarikh: 3 Oktober 2009Harga: RM2.1 juta
8. Bumbung kaca Terminal Bas Kuala BerangTarikh : 21 Disember 2009Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)Punca : Tiada pemantauan semasa
9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala TerengganuMaklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.Tarikh: 29 Mac 2010
10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang Tarikh: 9 Januari 2011Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.
10. Astaka dalam pembinaan di BesutTarikh: 21 Jun 2012
11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, MarangTarikh: 19 Julai 2012
12.Tangki air Sekolah Menengah PakaTarikh: 24 Julai 2012
13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar ChukaiTarikh: 30 Disember 2012
14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulihTarikh: 20 Februari 2013
14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala BerangTarikh: 20 Mei, 2013Harga: RM1.4 juta

Kesimpulannya, pengundi di Terengganu masih tidak terkesan dengan senarai panjang keruntuhan harta benda mereka angkara  salah laku pemimpin Umno. Bagaimana penyokong Umno dapat menilai keruntuhan akhlak dan aqidah di kalangan rakyat Terengganu. Ketika mengundi, mereka akan memberi undi mereka untuk Umno kerana rasuah pilihan raya hingga mereka lupa tujuan mereka untuk membentuk sebuah kerajaan yang ditunjangi roh iman dan taqwa.



Wednesday, September 25, 2013

Cerdik.

Masa cukup lama Nahathir jadi Perdana Menteri. 22 tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Mahathir mengakui kegagalan. Terbaru Mahathir mengakui kelemahan sendiri memantapkan Umno dengan orang yang cerdik. Orang-orang bodoh dalam Umno.

Kebanjiran orang bodoh dalam Umno mungkin disebabkan beberapa perkara.
1) Ramai orang cerdik tak suka kepada Umno.
2) Hanya orang-orang bodoh masih yakin dengan Umno sedangkan orang cerdik sadar Umno adalah pertubuhan politik yang tidak boleh diharap untuk menjadi sebuah kerajan yang berkesan.
3) Mahathir tidak berjaya meyakinkan orang-orang cerdik bersama Umno atau orang-orang cerdik disingkir oleh Mahathir dan kroninya daripada menguasai Umno. Ramai tokoh-tokoh hebat menjadi mangsa Mahathir sehingga Umno dipenuhi oleh orang-orang yang bodoh?
4) Mahathir bukan pemimpin yang hebat dan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk membiarkan orang-orang cerdik bersama dalam Umno. Mahathir tidak sanggup kelihatan tidak cerdik dikalangan penyokong-penyokongnya yang cerdik jika membiarkan Umno dianggotai oleh orang yang cerdik.
5) Mahathir sebenarnya gagal membawa perubahan tahap celek intelek orang-orang Melayu dan bangsa itu masih pada tahap kecerdikan sebelelum merdeka sehingga Mahathir melihat mereka semua sebagai orang yang tidak cerdik.
6) Mahathir dengan kenyataan itu cuba meyakinkan bahawa hanya beliau seorang yang cerdik dan selainnya adalah tidak cerdik.

Cerdikkah Mahathir dan berjayakah Mahathir mencerdikkan rakyat Malaysia. Aku teringat tahap akademik budak-budak sekolah era Mahathir berbanding jati diri dan kesedaran pejuang kemerdekaan serta usaha mereka mencerdikkan diri sendiri. Aminuddin Baki cerdik, Ahmad Ibrahim cerdik, Ghafar Baba cerdik, Chen Peng juga cerdik dan lain-lainya. Kenapa Umno sendat dengan orang tidak cerdik sebagaimana kata Mahathir?

Wednesday, September 18, 2013

Siapa sesat.

Syiah sesat. Wahabi sesat. Qadariah dan Jabariah sesat. Murjiah sesat. Qardiani, lagi lah sesat. Pas, Parti ajaran sesat. Pas lebih bahaya daripada komunis. Buangkan perkataan Islam daripada parti Pas. MCA atau MIC adakah sesat? Samy Velu kata ada Hindu yang sesat.

Sepatutnya ditanya, apakah Umno sesat atau tidak sesat. Sebagaimana sepatutnya orang ramai mengkaji kenapa mereka mengatakan Syiah itu sesat, Wahabi itu sesat atau Pas parti ajaran sesat. Masalahnya, mereka sememangnya tidak suka mengkaji walaupun untuk pegangan mereka. Mak bapak mereka tak suruh kajipun anutan mereka itu betul atau tidak. Malah mereka akan sentiasa merasakan anutan mereka itu benar walaupun mereka bukan penganut yang taat.

Ramai yang mengikuti dan yakin bahawa Umno itu berfahaman ahlul sunnah wal jamaah. Sunnah/Sunni itu sahaja dikira benar dalam mentafsirkan Islam. Semua orang sunnah yakin dengan kebenaran dan ketepatan pentafsiran Islam mereka. Kerana itu mereka yakin bahawa Syiah dan Wahabi itu sesat dan menyesatkan.

Seronoknya, mereka pergi ke Makkah berimamkan orang Wahabi. Syiah yang mereka kata sesat itu, percaya dengan kalimah tauhid yang sama. Quran orang Syiah, quran itu lah juga. Jika ada pun berbeda pendapat dan pandangan kenapa perlu bertempik macam orang sasau. Tukang sorak tu tak lebih daripada media seumpama tv3 yang belum tentu arif tentang Syiah. Tukang canang ni yang lebih-lebih.

Apakah di Malaysia golongan Sunnah itu tidak dapat diselongkar kesalahan mereka. Apakah bebas mereka daripada bahaya khurafat. Jilahkah itiqad mereka. Sempurnahkah amalan mereka? Tanyalah lagi.

Sikap ini menyeronokkan dan amat lucu. Umno yang menolak sebahagian Quran dan menerima sebahagian yang lain itu dikira  sunnah juga, maka ianya benar. Umno yang menjadi teras pemerintahan Malaysia yang sekular dan menolak Islam dalam pemerintahan itu juga benar. Mereka yang galak membuka dan mempromosi budaya maksiat, judi, arak, hiburan melampau itu sebagai bertepatan dengan kehendak Islam sunnah. Betulkah begitu. Syiah dikorek betul-betul kes kahwin mutaah atau sikap taqiyah mereka. Kenapa tidak dijaga aqidah sunni Nusantara yang tercemar sakan dengan bidaah dan khurafat. 

Mereka yang menyokong Umno inilah yang bertempik untuk mengharamkan Pas, Wahabi, atau Syiah sehingga lupa aqidah mereka bertempek dengan klhurafat; tanpa Umno melaysia tidak akan maju. Tanpa Umno Malaysia akan huru hara. Tanpa Umno nasib Melayu dan Islam terancam di Malaysia. Dan banyak lagi, fikirkanlah. Nikah keyakinan sunnah Umno?

Umno juga yang mengajar orang Melayu bahawa Ikhwanul Muslimin itu diasas oleh pengganas dan sebahagian daripada pengganas. Kerana ajaran Umno juga rakyat menjadi keliru dan boleh terima kejahatan Fatah Sisi yang kufur itu untuk menjatuhkan Presiden Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir secara sah dan sendat dadanya dengan 30 jujuz al Quran.

Umno boleh terima kekeliruan pendapat ulama Muda mereka untuk menghalalkan tindakan zalim kudeta tentera Mesir yang sarat dengan agenda kufar Yahudi-Nasrani menghancurkan kerajaan sah pilihan rakyat dan dipimpin oleh seorang sarjana yang zuhud dan Islamik.

Adakah orang Umno yang bertempik mengkritik ulama muda mereka supaya jangan terlalu celupar menyalahkan perjuangan menuntut hak oleh penyokong Morsi dan membenarkan tindakan biadab kudeta tentera Mesir. Khiwarijkah mereka?

Umno sudah terlalu keliru dan tersasar. Wajarkah Umno meneruskan agenda mereka kala segalanya buruk dan lemah. Jenaka apa lagi yang lebih melucukan ketika mereka berada dalam kandang kesesatan, mereka berterik, bertempik menuduh orang lain sebagai sesat dan tidak betul.


Benar agaknya orang tua-tua Melayu mengingatkan kita bahawa, "kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik". 

Saturday, August 24, 2013

Senang jagi Menteri di Malaysia.

Kenyataan pemimpin Malaysia makin kalut. Terbaru Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi menyalahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negewri (ISA) dan Ordinan Darurat (EC) sebagai penyebabkan meningkatnya jenayah di Malaysia.

Polis juga dikatakn hilang taring untuk bertindak. Menteri secara tidak sedar, menyalahkan anggota keselamatan dan sistem latihan kepolisian negara yang memerlukan tongkat, ISA dan EC, dua tongkat yang tidak memerlukan polis mengerahkan keringat untuk membendung jenayah.

Persoalannya, betulkah peningkatan jenayah di Malaysia dan  kewujudan 260,000 penjenayah yang dipayungi oleh penjenayah tegar (Hard core) disebabkan pemansuhan akta-akta tersebut? Kita jarang mendengar Menteri menyoroti kelemahan kerajaan dan ketidakcekapan pemimpin Malaysia menyebabkan jenayah kian meningkat terutama jenayah berat.

Thursday, August 15, 2013

Sisi vs Morsi @ Yahidi Kristian vs Islam?

General As Sisi bukan seorang ulama. Penampilan yang menunjukkan simpati kepada Ikhwan Muslim memungkinkan beliau berada di tapak itu. Tapak dan kedudukan itulah yang digunakan untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan pilihan rakyat, Muhammad Morsi. Mungkin bantuan USD 1.2 bilion yang dijanjikan oleh Washington membunuh nurani As Sisi dan beliau sanggup  menukar dengan lebih 3000 nyawa rakyatnya. Pertukaran itu akan lebih mengejutkan memandangkan rakyat Mesir dan penyokong gerakan Islam sudah terlalu lama bersabar dengan segala bentuk konspirasi Yahudi dan Kristian Barat untuk melumpuhkan mereka melalui tangan-tangan boneka yang mereka ukir. Barat yang sudah terlalu jera untuk menghadapi Islam dimedan jihad dan Perang Salib telah memilih kaedah ini.

Orang Islam seluruh dunia tidak terlalu kercewa dengan As Sisi atau El Baradei yang dosanya membunuh rakyat Iraq sudah diketahui umum. Mereka sah menjadi boneka yang diukir dan robot yang diprogramkan oleh Yahudi Kristian Barat. Mereka tidak ada tapak iman yang membolehkan mereka merenung sebarang penyelesaidan untuk rakyat Mesir dan Islam diseluruh dunia kecuali bersama memasuki lubang biawak bersama tuan mereka, Yahudi dan Kristian.

Orang Islam diseluruh dunia dan khsusnya Ikhwan Muslim sudah kenal benar dengan wajah buruk mereka. Lebih setengah abad, ahli Ikhwan Muslim dan umat Islam merangka strategi untuk berhadapan dengan puak sekular yang benci kepada agama ini. Mereka sudah tidak mempu berdiri sendiri tanpa sokongan ulama dan kuasa hipokrit Yahudi Kristian Barat. Ikhwan Muslim dan Muhammad Morsi dapat menang melalui pilihan raya yang bersih dan rakyat sudah benar-benar hilang kepercayaan kepada barua-barua barat yang bertempik diatas tapak sekular.

Orang Islam akan benar-benar kecewa apabila ulama seperti  Syeikh Al Azhar bertindak menyokong As Sisi walau atas apa jua alasan. Amat memalukan, ulama yang sepatutnya menjadi penasihat kepada gerakan Islam turut diperalatkan sebegitu rupa oleh musuh untuk menghancurkan umat Islam. Apakah jawapan Syeikh Al Azhar kerana kebebalannya memahami dan membawa percaturan politik semasa menyebabkan As Sisi membunuh lebih 3000 orang Islam setakat ini. Angka yang terlalu menyanyat hati berbanding sejumlah 2000 orang yang dibunuh oleh tentera China di Medan Tiananmen pada Jun 1989. Malangnya kita belum terdengar sekelumit ulasan Yahudi Kristian Barat mengutuk As Sisi atas alasan apa sekalipun.

Sudah sampai masanya, para ulama Islam didedahkan dengan politik moden dan bukan pengertian siasah yang dihurai secara kolot dan ketinggalan zaman. Tok Guru Nik Abdul Aziz atau Tok Guru Haji Hadi boleh diminta oleh Najib untuk memberi kursus kepada seluruh ulama di Malaysia supaya mereka tidak jumud seperti Syeikh Al Azhar ketika menyokong As Sisi mengguling Muhammad Morsi. Modul yang dikemukan oleh Hassan Al Banna patut diajar di Al Azhar walaupun beliau tidak bernah balajar diInstitusi yang tershor itu.

Thursday, May 16, 2013

Pongah

Bila Sultan Mizan tak mahu Idris Jusoh  setelah Umno/BN menang tahun 2008, Ahmad Said dilantik menjadi   Menteri Besar Terengganu. Ramai yang menyangka Ahmad Said sebagai MB sementara sebelum seorang tokoh yang lebih berwibawa ditemui. Rais Yatim yang kononnya reti undang-undang dan perlembagaan Umno membuat ramalan mudah, Ahmad Said akan guru daripada jawatan MB Terengganu seperti gugurnya buah nagka buruk. Bedebab, pecah dan berulat.

Ahmad Said yang pada mulanya tidak dipercayai sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu akhirnya berjaya mendapat kepercayaan Najib dan menentukan calon Umno/BN Terengganu dalam PRU 13, 5 Mei lalau. Penyenaraian yang memperlihatkan dendam Ahmad Said kepada kelompok Idris Jusoh yang disingkirkan dari arus perdana politik Umno Terengganu. Ahmad Said hampir menguasai sepenuhnya calon-calon Umno/BN Terengganu, walaupun Idris Jusoh berada dalam kedudukannya tersendiri dalam pokitik dan kabinet Malaysia.

Ahmad Said sekali lagi menjadi MB Terengganu dengan reputasi Umno/BN Terengganu yang amat mengecewakan. Pentadbiran 5 tahun Ahmad Said sebagai MB tidak berjaya memberi kekuatan mutlak kepada Umno/BN Terengganu. Kemenangan tipis BN 18 kerusi Dun keatas Pakatan Rakyat 14 kerusi Dun,  dijangaka oleh ramai pengamat bahawa Ahmad Said tidak mungkin menjadi MB Terengganu untuk tempoh sepenggal lagi. Ramai calon yang disebut-sebut untuk mengganti Ahmad Said, tetapi sejarah 2008 berulang. Ahmad Said menjadi MB Terengganu tanpa sebarang petanda perubahan yang lebih baik.

Barisan Exco yang pilihan Ahmad Said tidak membayangkan kemajuan untuk rakyat bagi sebuah negeri yang mempunyai rekod bajet paling tinggi di Malaysia itu. Seorang Exconya dikatakan seorang bekas Budak Pejabat dan tidak lulus SPM. Kita tidak mempersoalkan kelulusan aademik calon tersebut kerana kewibawaan dan kepimpinan belum tentu tepat diukur dengan pendidikan, tetapi pandangan umum tidak mampu menafikan bahawa setiap kelemahan kerajaan Terengganu dibawah kepimpinan Ahmad Said adalah kerana gaya berpolitik beliau yang songsang, mengutamakan puak daripada kebolehan.

Ahmad Said MB Terengganu yang memalukan. Bagaimana Ahmad Said boleh berfikir untuk tidak memasukkan soal agama dibawah pengawasan seorang Exco. Barangkali itulah cara kepimpinan Ahmad Said yang mengutamakan haiwan dalam zoonya dengan peruntukan menjangkau RM50 juta berbanding peruntukkan perumahan rakyat miskin sekitar RM30 juta. Ahmad Said dikirakan keliru antara kepentingan rakyat Terengganu dengan haiwan dirimba.

Sifat pongah dan pendendam Ahmad Said tidak berubah. Pengalaman 5 tahun sebagai MB Terengganu tidak menjamin anak Tok Penyadap  dari Kemaman itu menjadi seorang pemimpin yang berjiwa besar. Menjadi Menyteri Besar untuk seluruh rakyat Terengganu. Menjadi pemimpin yang faham demokrasi. Menjadi pemimpin yang sadar bahawa seluruh rakyat Terengganu dijamin hak yang sama dibawah naungan raja berdaulat, Sultan Mizan. Ahmad Said mabuk dengan taburan wang rasuah pilihanraya sehingga deman sakan serta meracau apabila majoriti rakyat menolak pendekatan lapuk Umno/BN. Umno menang tipis, sumpah dan rasuah pilihan raya hampir tidak menjadi. Apa lagi rakyat mau?

Ahmad Said sesuai menjadi pemimpin dizaman Firaun di dalam sejaran Mesir kuno. Diakhir zaman kita diingatkan bahawa dajjal akan mendapat sokongan dengan mengandar projek untuk yang bersamanya dan membiarkan kebulur mereka yang menentang. Apakah peringatan tindakan dajjal itu sudah menjadi tanda-tanda yang ianya diaplikasi dalam pentadbiran Ahmad Said. Kita mengharapkan Ahmad Said tidak dicemarkan dengan pelbagai tindakan menindas rakyat. Kita juga mengharapkan Ahmad Said meneliti balik kekhilafan 5 tahun pentadbirannya di Terenganu dengan pelbagai tekanan, ugutan, rasuah dan kronisme tidak menjamin kemenangan bergaya Umno/BN di Terengganu.

Friday, May 3, 2013

Kecek

Perdana Menteri Najib Razak gesa Nik Aziz bersara.  32 tahun menjadi MB Kelantan dan umur 82 tahun, Nik Aziz digesa berundur. Najib kecek Kelantan. Mengikut Najib, " Hari ini kita nak "kecek" tentang pembaharuan dan abad ke 21, tapi kalau pemimpin dah 82 tahun boleh ke bawa pembaharuan."

Apapun Najib bukan PM yang hebat. Terlalu muda berbanding Nik Abdul Aziz.  Tidak ada kehebatan Najib berbanding Nik Abdul Aziz kecuali kebetulan beliau menjadi PM Malaysia. Proses "pemandulan" karisma tokoh-tokoh politik Umno oleh bekas PM Mahathir Mohamad, membolehkan Najib menjadi tokoh paling menonjol dalam kelompok yang lemah. Beliau menjadi PM Malaysia ketika Umno berada pada tahap paling lemah Mahathir sendiri mengatakan bahawa Umno sudah membarah hingga ke usus. Najib sendiri terpalit dengan pelbagai tuduhan yang tidak mampu jentera partinya dan kerajaan tampil menjawabnya dengan sempurna.

Lihatlah dari aspek apa sekalipun kecuali umur, Nik Aziz tidak terlalu tua untuk membawa pembaharuan tidak sebagaimana difikir oleh Najib.

Alur pendidikan dan pengalaman Najib tidak menunjukkan beliau sehebat Rafizi Ramli yang lahir disebuah rumah kampung disebuah kebun getah dan mencicip air perigi. Najib yang lahir di rumah bangsawan Pahang dan menjadi anak Perdana Menteri bukan cerdik sangat untuk menelurkan idea pembangunan yang hebat.

Pengalaman belajar Najib kurang sempurna. Nasib dan kematian ayahnya membolehkan beliau berada di parlimen ketika berusia 22 tahun. Dimana kehebatan Najib jika dibandingkan dengan rekod akademik bininya sendiri Rosmah?

Kemewahan dan kebangsawanannya menyebabkan beliau boleh berkira-kira dan sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk anak-anak dan isteri kesayangannya.Beliau boleh berhutang berbilion ringgit untuk membeli populeriti. Najib bagaikan tidak peduli hala tuju negara yang kian songsang, negara sedang menuju kehancuran. Rakyat dibiarkan leka dengan idea bodohnya untuk menghargai kecelaruan tindakan perdana Menteri mereka yang khilaf.

Kalau itulah maksud pembaharuan yang Najib maksudkan, Nik Aziz pasti tidak sanggup melakukannya kerana beliau takut untuk berjumpa tuhannya diakhirat kelak.

Najib silap kerana dia tak reti kecek (cakap) Kelantan. Orang Kelantan akan memikirkan bahawa kedatangan Najib  mencemuh dan memperlekehkan Nik Abdul Aziz sebenarnya beliau sedang kecek (berusaha menipu) orang kelantan.  Bukan mudah orang Kelantan menerima kemesraan penggunaan perkataan mereka yang keliru. Mereka selalunya merasakan Najib sedang kecek (tipu) orang Kelantan. Tidak bijak Najib gunakan perkataan kecek (cakap) untuk menafikan jasa Tok guru Nik Abdul Aziz menyebabkan orang Kelantan boleh merasakan bahawa Najib sedang kecek (tipu) mereka. Penggunaan perkataan kecek akan mengingatkan segala perlakuan hodoh pusat dibawah pimpinan Najib terhadap rakyat kelantan.

Nik Abdul Aziz sejak pulang dari luar negara berusaha bersungguh-sungguh "membangunkan" rakyat Kelantan. Segala halangan dan rintangan bukan penghalang beliau untuk berputus asa. Usia 82 tahun tidak menghalang rakyat Kelantan yang dahaga suntikan idea pembangunan daripada Nik Abdul Aziz akan berusaha mencarinya untuk mencicip seteguk air dari kolam ilmunya yang tidak pernah kering.Nik Abdul Aziz telah berjaya membangunkan jiwa orang Kelantan. Mampukah Najib menyuntik pembangunan sebagaimana diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepada rakyat Kelantan?

Hebat pembangunan yang diterapkan oleh Nik Abdul Aziz sehingga Mahathir, Abdullah Badawi dan Najib tidak mampu kecek (tipu) rakyat Kelantan. Mungkinkah Najib juga terpaksa tinggalkan jawatannya dan tidak mampu kecek orang Kelantan untuk menolak kepimpinan Tok Guru tua itu?

Najib seharusnya sayang dan  membiarkan Nik Abdul Aziz yang berusia lanjut itu untuk terus menyumbang idea pembangunannya yang hebat itu. Ingat Najib yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan seluruh rakyat Malaysia sedangkan beliau tidak berjaya menerapkan idea pembangunan sebagaimana Nik Abdul Aziz buat. Setelah 56 tahun merdeka, indek kejelekan, moral dan akhlak rakyat Malaysia kian punah. Najib yang bergelumang dengan agenda politik sesatnya lupa kepada natijah pembangunan, membangunkan manusia itu sendiri. Lupa bahawaq beliaupun punya tuhan untuk untuk dinilai KPI nya sebagai PM Malaysia.

Sesiapa sahaja boleh membeli kebodohan rakyat dengan kuasa yang ada sebagimana dibuat oleh Najib sedangkan negara pula menuju kehancuran. Najib sepatutnya dinasihatkan bersara kerana gagal membawa pembangunan bermakna kepada rakyat Malaysia. Kekeliruan Najib menyebabkan beliau merasakan berada pada landasan yang betul. Kesian jika tidak berpandukan agama.